26

911 36 0
                                    

Razlan tiba 15 minit kemudian dan Danial mengajaknya duduk di hujung meja bersamanya. Makanan sampai tepat pada waktunya.

"Saya hendak mengucapkan selamat datang kepada tuan CEO kita Encik Razlan Shaari dan pembantu beliau Encik David." Danial memulakan bicara.

Dilla dan Chen Ming bertukar pandangan melihat kehadiran Razlan.

"Would you like to say anything?"pelawa Danial. Razlan bangun dan tersenyum.

"I would like to say thank you for having me. And lunch is on me. Jabatan Pemasaran adalah jabatan yang sangat penting. I hope you enjoy your lunch,"kata Razlan penuh yakin. Ucapannya menerima tepukan gemuruh. Dia duduk dan semuanya mula menjamah hidangan.

Chen Ming mengambil T-bone steak Dilla dan mengalihkan hidangannya ke tepi.

"You nak buat apa ni?"tanya Dilla kehairanan.

"I nak tolong potongkan untuk you,"jawab Chen Ming pendek.

"Huwaaah, belum pernah nampak Ming caring habis macam ni," usik Lee yang duduk di hadapannya. Muka Dilla mula merah. "Are you guys dating?" Tanya Lee lagi ramah. Chen Ming termalu-malu dan Dilla mula berasa serba-salah.

"Well, she is a pain,"komen Chen Ming sambil memotong daging kecil-kecil. Dilla membulatkan matanya mendengar jawapan Ming. "The hardest girl to get actually," katanya berjenaka. Dia mengenyitkan matanya kepada Dilla. Semua ketawa. Razlan hanya memandang sipi-sipi sahaja. Danial hanya memerhatikan sahaja kelakuan Razlan.

"What is the best quality in Ming?"tanya Lee kepada Dilla. Dia termangu-mangu hendak menjawab.

"I don't have to say anything he knows what's on my mind,"kata Dilla cuba tersenyum. Dia merasa sangat segan.

"Really?"tak habis-habis Lee bertanya. Sudah lama dia hendak tahu apakah sebenarnya hubungan Dilla dan Chen Ming.

Dilla mengangguk. Razlan yang menyuapkan makanan berlakon untuk tidak menghiraukan perbualan itu. Kata-kata Dilla mengingatkan dia di malam itu, sewaktu dia pergi berjumpa Dilla di apartmentnya. Dilla tidak perlu berkata banyak kerana Chen Ming hanya menuruti permintaannya.

"Ok, what's Ming favourite part of the day?" Tanya Lee menguji. Dilla memandang Ming yang tersenyum.

"Probably morning when he goes out for a jog."

"Wah, you are so right!"puji Chen Ming ketawa.

"What's her favourite part of the day?" Tanya Lee kepada Chen Ming. Chen Ming mengambil nafas dan berfikir.

"Her favourite part of the day would be masa balik kerja. Tak kiralah pukul berapa, tugasan yang diberi tidak adil atau munasabah,she will  finish it dan berpuas hati." Dilla tidak berkelip mendengar jawapan Chen Ming.  Mereka berpandangan. Dilla merasa sangat dihargai. Semuanya terdiam seketika. Lee bertepuk tangan.

"Tak perlu tanya betul ke tidak tengok senyum Dilla pun tahu itu betul." Mereka semua ketawa dan terus menjamah makanan.

Razlan memandang Danial. Danial menggelengkan kepalanya sebagai isyarat kepada Razlan untuk jangan berbuat apa-apa. Sesiapa yg mendengar jawapan Chen Ming dapat mengagak yang dia benar-benar memahami Dilla.

Chen Ming meletakkan balik pinggan Dilla di hadapannya. "Nah makan," katanya lagi.  Dilla mengucapkan terima kasih kepada Chen Ming. Baru sahaja Dilla hendak mula menjamah makanannya, mesej Whatsapp masuk.

'Can I call you?'

Mesej daripada Ikmal.

'I really need to talk.'

'Nampak macam penting,' bisik hati Dilla ketika membaca mesej itu. Dia bangun dan meminta diri. Chen Ming hanya bertanya dengan matanya. Dilla memberi jarinya di telinga. Razlan dari ekor matanya nampak Dilla berjalan ke luar. Dilla mengambil tempat di sudut lobi yang menghadap dinding kaca.  Dia mendial nombor Ikmal.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now