39

878 35 0
                                    

Razlan membuka pintu pejabatnya dengan kuat mengejutkan Asiah setiausahanya. 

"Boss er boss," tegur Asiah. teragak-agak. 

"Air," pendek sahaja jawapan Razlan yang menopang di meja besarnya.

"Air, boss. Baik boss!" jawab Asiah berlari ke pantri. Dengan pantas dia membawa segelas air di dulang. Dengan cepat dia menghulurkan air itu kepada Razlan. Razlan meneguk air itu tanpa perlu dipelawa. "Er, boss. Nak apa-apa lagi ke? Nak air lagi ke?" tanya Asiah berhati-hati. Silap nada suara pasti dia akan ditengking oleh Encik Razlan CEO terhangat di syarikat itu. Hangat di sini, menepati maknanya. CEO yang paling senang naik berang bila segalanya tidak berlaku kehendaknya.

Dia menghentak gelas itu di dulang Asiah.  "Cancel all appointments for the rest of the day. Beritahu David siapkan kereta secepat mungkin," nada itu menggerunkan Asiah atau sesiapa sahaja yang pernah berurusan dengan Razlan.

"Ba..baik boss. Saya keluar dulu," jawab Aisiah yang mahu saja terbang dari bilik itu secepat mungkin. 

"Close the door!" kata Razlan seraya Asiah meluru keluar. Asiah hanya menganggukkan kepalanya dan menuruti arahan. Razlan menghela nafas panjang.

"Apa yang telah berlaku tadi?"soalnya sendiri. Dia meraup rambutnya berulang kali. "Did I just make a fool out of myself tadi?" Dia mendongak dan melihat siling seolah mencari jawapan kepada soalan yang memalukan dirinya sendiri. Tidak habis dia mengeluh.  Pintu diketuk dan David masuk dengan segera.

"Ya, tuan?"

"Siapkan kereta. I don't feel too good."

"Yes, sir. I will meet you outside the building in five minutes," jawab David terus berlalu. Razlan mengemas beg bimbitnya dan terus meninggalkan pejabatnya.  Dalam hatinya masih bertanya soalan yang sama. Apakah yang telah berlaku tadi.

David menunggunya di lobi tepat pada masanya. Razlan tanpa berlengah masuk di tempat duduk bersebelahan. David memecut laju kereta itu.

"Tuan hendak ke klinik?" tanya David.

"No, why do you want me to go the clinic?"

"Tadi tuan kata tuan tak sihat," jawab David sambil memerhatikan pemanduan.

"I did something stupid just now," akui Razlan perlahan.

"Tuan?" tanya David tidak mengerti.

"I almost punched him in the face."

David tersenyum.

"Kenapa kau senyum?"tanya Razlan pelik.

"I hope you don't fire me if I say this," kata David. "It's jealousy."

"You think I don't know what jealousy is?" tanya Razlan jengkel.

"Sir, selama ini, perempuan yang kejar boss. Kali ini...err," David tidak menyudahkan ayatnya. Razlan memikirkan pernyataan itu.

"I feel like a fool," mendatar sahaja kata-kata itu.  

"Semuanya adil di dalam percintaan dan peperangan," usik David.

"Direct translation ya?" Razlan tergelak sedikit. Dia menarik nafasnya. 'Begini perasaannya menyukai seseorang,' bisik hatinya.

"Where to sir?" 

"Airport! Please purchase a ticket to somewhere hot and nice and I want to be there for a week."

"Betul ni tuan?"

"Ya!" jawab Razlan pendek.

"Tapi nanti Datuk dan Datin..."

"Please tell them it is a business trip."

Mengapa Aku?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang