Selepas 20 minit, Dilla membuka matanya. Dia menghela nafas panjang. Setiap kali selepas pengsan kepalanya akan merasa sedikit pening. Dia cuba bangun dari katil.
Jehan yang menemani Razlan di pintu bilik berlari ke katil pesakit.
"Cik,cik?"panggil Jehan. Razlan tidak berani untuk menghampiri hanya berdiri dengan perasaan berbaur.
"Kepala saya!"kata Dilla memegang kepalanya.
"Doktor suruh cik berehat," suara Jehan menenangkan perasaan Dilla. "Saya hantarkan cik balik?" Dilla menggelengkan kepalanya. Dia terkejut melihat Razlan masih ada di situ. Jehan hanya memerhatikan mereka berdua. "Boleh tak tinggalkan kami sebentar?"pinta Dilla perlahan. Jehan akur dengan permintaan itu.
Razlan menghampiri Dilla perlahan-lahan. Jarang dia mengalami perasaan yang sebegini. Tidak tahu apa yang boleh dikatakan. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.
Nak pulak dengan Dilla memandang seperti mahu menelannya.
"Dilla...abang minta maaf,"kata Razlan tersekat-sekat.
"Puas hati?!" Tengking Dilla merenjat jantung Razlan. Untuk seseorang yang baru sahaja pengsan seumpama petir suara itu.
"I acted stupidly. Perkataan maaf tidak cukup bagi abang," balas Razlan perlahan. Dilla menjeling seperti mahu menerkam.
"Dekat sikit," arah Dilla menggamit kepada Razlan.
"Ha?" Balas Razlan seraya melangkah lebih dekat.
"Sikit lagi..."kata Dilla seumpama berbisik. Razlan melangkah setengah tapak lagi. Razlan yang kehairanan memandang Dilla yang duduk di birai katil.
"Kenapa? Dilla nak jatuh ke?"tanya Razlan kerisauan. Terus waktu itu juga Dilla menendang kaki kiri Razlan sekuatnya.
Razlan mengaduh dan memegang betisnya.
"Padan muka. Dah! Hantar Dilla balik ke hotel. Dilla rasa tak sihat."
"Sakit tau tak"balas Razlan terhencot-hencot
Jehan masuk ke bilik itu. "Mari saya hantarkan cik balik,"ajak Jehan terdengar keikhlasannya.
"Saya akan hantar dia,"cepat sahaja Razlan berkata masih lagi mengaduh kesakitan.
"Cik is that true?"tanya Jehan kepada Dilla. Dilla mengangguk. "Kalau macam tu takpe lah. Telefon," Jehan meminta telefon Dilla. Razlan mengetap bibirnya. 'Sempat lagi,'bisik hatinya. Rasa cemburunya berbicara.
Dilla memberikan telefonnya kepada Jehan. Jehan menyimpan nombor itu di dalam telefon itu.
"Nama saya Jehan."
"Dilla," balas Dilla tersenyum. "Saya balik dulu." Razlan cuba membantunya untuk turun dari katil. "Awak ni buat apa?"
"Bukan nak balik?"tanya Razlan.
"Saya tak larat nak jalan."
"Habis tu?"
"Gendong belakang."
"Apa?" Balas Razlan terkejut.
"Piggy back."
"Biar benar."
"Ok. Jehan-"Dilla memanggil.
"Let's go," sampuk Jehan yang sudah pun bersedia.
"Berat awak berapa?"tanya Razlan.
"Sekarang dah banyak kurang. Thanks to you. 70kg dari 90kg."
"70kg?!"Razlan terjerit. "Awak expect saya gendong awak dari sini ke hotel?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Mengapa Aku?
Chick-LitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...