19

793 43 8
                                    

Dilla menyelesaikan semua tugasan sebaik sahaja azan maghrib bergema. Hari ini gigih Razlan cuba memalukannya di hadapan pekerja-pekerja Cybernetics.

Dia mengambil keputusan untuk solat maghrib di surau pekerja dan naik ke tingkat 15 kerana setiap hari Razlan hanya akan pulang jam 9 malam.

Selesai solat, dia membeli air di vending machine dan sandwich di tepi surau. Bekal untuk dia bertapa di level 15 rooftop. Dia juga telah membawa beberapa batang lilin.

Sunyi sepi apabila dia sampai di situ. Dia sempat menelefon bilik sekuriti memberitahu dia berada di situ kerana arahan Razlan untuk pulang hanya selepas Razlan habis bekerja.

Dia menyalakan lilin dan duduk dengan selesa. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyamankan fikirannya. Kedengaran whatsapp masuk.

Where are you darling?
Mesej dari Chen Ming.

If you really know me, you would know where I am right now ✌
Dilla membalas balik tersenyum. Orang yang paling menyenangkan hatinya sekarang ialah Chen Ming.

Tiba-tiba Chen Ming sudahpun berada di sebelah Dilla.

"How did you know?"tanya Dilla terkejut. Chen Ming ketawa.

"I heard what happened. Are you okay?"

"Penat tapi I am still standing," jawab Dilla. "Dah makan? Nak kongsi sandwich dengan I?"pelawanya.

"You tak makan lagi dari pagi tadi,kan?"tanya Chen Ming. Dilla menggelengkan kepalanya.

"Tak ada masa. Bukan tak mau makan," jawab Dilla sambil membuka plastik sandwich yang dibelinya nanti.

"Cukup ke tu?"

"Perli I ke?"

"It is a genuine question," balas Chen Ming serius.

"Malas nak masak,malas nak pergi kedai. So this will do. Penat, mengantuk," kata Dilla terus menjamah sandwichnya.

"Nah, I beli Nasi Ayam dari restoran yang paling popular kat sini," ucap Chen Ming menghulurkan bungkusan makanan itu.

"Sedapnya bau. Tapi I tak larat nak even suap makanan," akui Dilla sambil mengunyah sandwich dengan malas. Chen Ming membuka tin minuman untuk Dilla.

"I pelik tengok you tahan je dengan Encik CEO tu. I yang tengok jadi nak marah,"kata Chen Ming menghulurkan tin itu kepada Dilla. Dilla mengambil dan meneguk minuman itu. Dekat separuh tin diteguknya.

"Ah, dahaganya!" Keluh Dilla sambil menikmati bintang yang bertaburan di langit. "We can see many stars here," katanya mendongak ke langit. Chen Ming ikut memerhatikan bintang di langit. Dilla makan dengan perlahan dan Chen Ming yang memahami hanya menemani gadis itu.

Razlan yang bersiap untuk pulang ditemani oleh David.

"Has she gone home?"tanya Razlan acuh tak acuh meletakkan pen ke dalam beg laptopnya.

"No sir."

"She is really obedient,"kata Razlan tersenyum. "Where is she?" Tanya Razlan lagi.

"Rooftop."

"Sorang-sorang?" Tanya Razlan berterusan.

"Dengan Chen Ming."

"What?!!" Jerit Razlan. "But it is dark up there."

"We have neon lights on the rooftop,"jawab David tenang. "I think she is there sementara menunggu tuan balik,"terang David lagi.

Razlan bergegas keluar dari pejabatnya. David mengikutnya dari belakang. Mereka berdiri di depan lif seketika.

"Nah, I suapkan. Dah you tak larat nak makan sendiri," kata Chen Ming membuka dan mengambil sedikit nasi. Dilla hanya menjeling.

"Tak payah. Nanti orang tengok macam kita ada apa-apa pulak,"tolak Dilla. Dilla dia menghabiskan sandwichnya dan meneguk air.

Razlan sudah merasa gelisah. 'Kenapalah lif ni lambat sangat?' Dalam fikirannya. Dia menekan butang lif berkali-kali.

"Boss risau ke?"tanya David menguji.

"Tak risau,"jawabnya pendek.

"She is not alone. Chen Ming ada menemani," kat David lagi. Razlan mengambil keputusan untuk menaiki tangga ke tingkat 15. Pejabat CEO di tingkat 13 jadi jaraknya tidaklah jauh sangat.

"Buka mulut. I suap,"arah Chen Ming menyuakan sudu berisi nasi. "This does not make us girlfriend boyfriend ok?" Kata Chen Ming. Dilla berfikir sejenak dan mengiyakan kata-kata Chen Ming. Dia membuka mulutnya dan Chen Ming menyuapkan nasi itu ke mulut Dilla.

"Sedap?"tanya Chen Ming. Dilla mengangguk.

"Hai, tak ada tempat lain nak berasmara-dana?"perli Razlan di tepi mereka. "Ni kalau cukup 4 saksi dah boleh kena tangkap khalwat."

"Khalwat?"kata Chen Ming dan Dilla serentak. Mereka berdiri.

"She is just eating,"sambung Chen Ming.

"Makan? Di tempat yang sunyi. Ada lilin lagi. Apa lagi yang korang nak buat,hah?"sindir Razlan.

"Ok. Bagus juga kalau ada 4 orang tadi. Siapa ar..panggil saksi kan? Will you marry me Dilla?"balas Chen Ming. Dilla hanya memerhatikan Razlan seperti cacing kepanasan.

'So what kalau aku dengan Chen Ming pun. Kau apahal?'desis hatinya.

"Baguslah. You two are made for each other!"kata Razlan memekik. David cuba menenangkannya.

"Boss."

"Will you marry me Dilla?"tanya Chen Ming kepada Dilla. Dilla tahu itu adalah cara Chen Ming melepaskan marahnya kepada Razlan.

"Minggu depan cuti, ikut I balik kampung ya? I introduce you to my family,"kata Dilla manis. Chen Ming meletakkan tangannya di bahu Dilla.

"Tak sabar I nak jumpa family you,"balas Chen Ming tersenyum.

"Encik Razlan dah nak balik. Baguslah saya pergi mengemas bilik Encik,"kata Dilla sopan. "Sayang you tunggu I di lobi ok?" Dilla mengenyit sebelah matanya kepada Chen Ming.

Mereka cuba berlalu dari situ tetapi Razlan pantas cuba menumbuk muka Chen Ming. Refleks Chen Ming lebih baik dia berjaya menepis tumbukan Razlan.

"Encik Razlan, tolong berhenti. Saya tak gerenti saya takkan membalas," Chen Ming memberi amaran. David memegang Razlan agar dia tidak meneruskan tindakannya.

"Ming, you go first. I think I need to settle a few things with Encik Razlan."

"Tapi..."

"I will be all right. Mr David could leave us alone for a moment?"pinta Dilla.

Selepas hanya mereka berdua di situ. Dilla hanya memandang Razlan.

"What are you doing?"Dilla memulakan.

"I should be asking you the same thing," jawab Razlan.

"Awak nyaris menumbuk Chen Ming tadi."

"Awak jangan memalukan saya."

"Kalau awak memalukan saya tak apa?" Soal Dilla jengkel.

"Saya tunang awak. Awak hak saya."

"What?"

"Selagi awak masih tunang saya. Awak milik saya. Saya boleh buat apa yang saya nak,faham?" Dilla terdiam.

"Awak ingat saya barang?"

"Ya!" Dengan jawapan itu Dilla dengan pantas menendang kaki Razlan,menumbuk mukanya dan menolak dia jatuh.  Dilla meletakkan lututnya di atas dada Razlan.

"Dengar sini baik-baik. Awak akan memutuskan pertunangan ini." Dilla menepuk-nepuk muka Razlan. "Suka atau tidak. Rela atau tidak, faham." Dilla berdiri dan meninggalkan Razlan masih di lantai.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now