Selesai menyimpan segala barangan hantaran pertunangan Razlan Shaari, Puan Jamilah duduk di ruang tamu menghirup kopi yang disediakan
Hatinya tenang kini. Kepalanya ringan dan tidak putus-putus dia mengucapkan alhamdulillah.Anak sulungnya Razlan tidak memberikan bantahan dalam pertunangan ini. Dia tersenyum. Dia tahu Razlan memberontak di dalam hatinya tapi setelah semua syarat-syarat bakal jodoh tidak dapat dipenuhi.
Telefonnya berdering. Dia melihat skrin telefon bimbit tertulis 'Suamiku'.
"Assalamualaikum, Cik Milah," sapaan ceria dari suaminya, Tuan Haji Adham Zali, pengasas Cybernetics Global Sdn Bhd. Sebuah syarikat korporat bertaraf antarabangsa. Di khalayak dia dikenali sebagai Datuk Haji Adham Zali tetapi untuk yang mengenalinya secara rapat gelaran itu tidak memberi makna apa-apa kepadanya.
Dia dibantu oleh Razlan Shaari b Adham Zali sebagai CEO, anak sulung Tuan Haji Adham Zali dan Puan Jamilah. Mereka berpangkat datuk dan datin tetapi mereka memilih untuk tidak mahu menggunakan gelaran itu. Tiga lagi puterinya semua memilih untuk bekerja di bidang yang berlainan. Rahimah Shahila anak kedua membuka pusat kecantikan wanitanya sendiri dan telah pun berumahtangga, Ruhila Shahila ialah seorang doktor gigi juga telah berkahwin dan yang bongsu mereka Rania Shahila masih menuntut di peringkat sarjana di Amerika Syarikat.
"Waalaikumsalam w.r.t, bang. Kenapa pagi lagi call ni? Kata dalam meeting?"tanya Puan Jamilah tersenyum.
"Abang nak ucapkan tahniah. Semalam kalut tak sempat nak ucap tahniah kerana mendapat bakal menantu," jawabnya ketawa.
"Terima kasih. Tahniah untuk abang jugak," ucap Puan Jamilah menyambut ketawa itu. "Itu je ke?"
"Ya, Dilla tu kan comel. Dia membesar di hadapan kita kiranya biarpun jarang berjumpa bila dia dah remaja ni. Abang ingat lagi mendukung dia ke sana ke mari masa dia baby. Comel sungguh," balas Tuan Haji Adham.
"Abang ni, ingat lagi ya?"
"Ingatlah. mana tak ingat. Mata besar, bulu mata panjang, mulut comel. Asyik kejar Razlan panggil Bambam Lan, Bambam Lan. Hahahaha,"kata Tuan Haji lagi. Mereka terus ketawa.
"Zaman sekarang ni, kita ikut dengan facebook je kan? Tapi Razlan dari semalam diam sahaja sepatah pun tidak menegur mama," kata Puan Jamilah.
"Mama pun, takkan tak faham. Budak-budak sekarang ni lagi dipaksa lagi memberontak. Dia benganglah tu sebab kena paksa juga menghantar pinangan. Padahal bukan dia tak kenal si Dilla tu," jelas Tuan Haji Adham.
"Entahlah abang. Kita doakan hatinya lembut sebelum perkahwinan mereka dua tahun lagi," balas Puan Jamilah.
"InsyaAllah mama. Jangan risau. Serahkan kepada jodoh. Kita doakan aje. Kita dah usaha, kalau gagal kali ni, kita usaha lagi,ok?" pujuk Tuan Haji Adham. "Oklah mama, abang ada temujanji sebentar lagi. Nanti kita plan macamana nak jemput Dilla ke rumah kita ya? Abang ni dah dekat lima tahun tak berjumpa dengan budak comel ni," tambahnya ketawa lagi.
"Dah tengok facebook pun rindu," usik Puan Jamilah. Dia ketawa. Ya, dari facebook itulah mereka mengikuti perkembangan gadis yang bernama Dilla Riana binti Said.
Razlan masuk ke bilik pejabatnya yang besar dan selesa, menghempas pintu dan menghenyakkan dirinya di sofa cantik berwarna biru berbunga merah jambu.
'Kenapa mereka tidak pernah mahu mempercayai pilihan yang aku buat?' Dia bermonolog. Sedari pagi, semua kakitangan mengucapkan tahniah di atas pertunangannya. 'Huh, bertunang?'
Dia merasa jengkel. Dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menekan facebook Dilla Riana. 'Kau mungkin comel masa kau kanak-kanak. Tapi dah dewasa pun kau masih lagi membulatkan diri,' omelnya apabila melihat gambar-gambar facebook Dilla Riana. Dia membaca biodata Dilla Riana.
"A girl who is always in her best shape, that is round. Because of that, I considered myself as an all-rounder. My best interests, food and photography. Loves flowers. What I don't like? A shallow guy who thinks girls must be pretty and he, himself can look like a dumpster. Hahahahaha! I believe in girl power! "
"Girl power sangat!" teriak lelaki sempurna Razlan Shaari. Dia meneliti wajah-wajah selfie ceria gadis yang menjadi pilihan ibubapanya. "Aku akan menjadi bahan lawak satu Kuala Lumpur ini jika dia menjadi isteri.
Razlan Shaari, the most eligible bachelor in Malaysia dinikahkan dengan gadis seperti penguin." Dia sangat pasti yang Dilla Riana ini mesti apabila berjalan terkedek-kedek seperti penguin.
Dia mengusap wajahnya. Dia masih tidak percaya mamanya sanggup membuat keputusan tanpa berunding dengannya terlebih dahulu. Pintu pejabatnya diketuk. Kelihatan seorang lelaki sebaya dengan Razlan membuka pintu. Dia berdiri di pintu dan tersenyum.
"Assalamualaikum, bro. Dengar dah bertunang. Tahniah ya!" ucap Danial Haris, sepupu Razlan yang juga Pengarah Operasi di Cybernetics Global. Dia ketawa melihat muka serius Razlan. "Yang muka kau macam nak telan orang ni kenapa?"
"Kau masuk tutup pintu, sebelum semua dengar aku mengamuk," ucap Razlan memberi isyarat kepadanya untuk masuk.
Danial Haris menurut sahaja kemahuan kawan baiknya Razlan tapi masih terus tersenyum. Dia duduk berdepan dengan Razlan. Razlan memberi Danial telefon pintarnya.
"Kau nak hadiahkan aku ke telefon ni?"
"Cuba tengok tu, itulah pilihan mama," dia menyuruh Danial meneliti facebook Dilla Riana. Danial mengikut sahaja apa yang diarahkan.
"Ni, pilihan mama kau?" tanya Danial sambil menunjukkan salah satu selfie Dilla. Razlan mengangguk. "Uih, gebunya pipi. Comel tu!" puji Danial sambil tersenyum melihat semua gambar-gambar yang dipaparkan.
"Apa kata kau sahaja yang ganti aku boleh?"
"HAHA, kalau aku tak jumpa Maria ada besar kemungkinan aku menerimanya. Kau tengok ni, comel, putih mulus orangnya paling lawa dia pakai tudung tu. Manis je aku tengok. Sejuk rumahtangga kau kawin dengan dia," ucap Danial masih cuba menyimpan senyuman.
"Kau menyindir aku ya?"
"Eh, mana ada! Tak baik buruk sangka tau. Hari tu mak aku ada beritahu kau kenal dengan budak ni kan?"
"Tu masa dia baby. Dia pernah duduk berjiran dan lagipun mak dia saudara jauh mak aku."
"Hah, dah tu yang kau macam tak puas hati ni kenapa?"tanya Danial menyerahkan balik telefon Razlan.
"Aku Razlan Shaari. Semua model, artis dalam dan luar negara aku pernah date tahu. Tapi ini! Ini! Siapa dia ni yang nak jadi isteri aku. Dah lah montel, no class!"
"Fuyoo, kau dengar tak apa kau cakap ni? No class kau kata kat dia? Kau tak kenal mendalam lagi kau kata dia no class?"kata Danial ketawa.
"Siapa dia nak berganding dengan aku? Macam model pun tidak, glamor jauh lagi."
"Eh, kau ni nak cari bini ke nak cari model iklan?"
"Aku nak isteri aku cantik, lawa dan lelaki lain boleh jadi cemburu melihat isteri aku wanita jelita. Kau faham?"
"Cantik tu bonus je, kalau cantik tapi menyakitkan hati, tak setia, suka membazir duit buat apa? Bila kau senang, dok abang sayang. Bila kau jatuh susah dia boleh cakap bolayan, boleh blah, pergi mati! Macam tu kau nak?"
"Asal cantik aje kata tak setia. Mana kau tau?"
"Habis asal, tak serupa model je kata no class tak setaraf hanya kerana rupa dan pangkat tu apa?" balas Danial tegas. "Apa kata, kau bagi budak tu peluang, kau bagi diri kau peluang. Biasanya pilihan ibubapa itu tepat. Aku ni lainlah, ada mak pun sibuk dengan diri sendiri. Melancong sana sini, tak peduli pun aku di sini," terang Danial. Razlan terdiam dia berdiri dan memandang ke luar tingkap.
"Siapkan proposal untuk meeting dengan TM petang esok ya. Kau tinggalkan aku sendiri," katanya sedikit tenang. Razlan menghela nafas panjang. Panasnya matahari berlainan hari ini, hidupnya kini berubahlah.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...