Razlan berjalan ke keretanya masih dengan kemarahan. Sebelum dia menekan remote unlock dia terhenti mengambil nafas yang panjang. Dia melihat jam tangannya menunjuk jam 12.05.
Dilla yang berlalu masih menunggu di depan pintu lif. Razlan berlari masuk dan menemui Dilla yang sedang menanti lif ke atas hanya memandangnya. Tiada kata-kata yang teringin dia sampaikan.
Lif terbuka dan Dilla tidak mempedulikan Razlan di sebelahnya. Dia melangkah masuk dan diikuti oleh Razlan.
"Tingkat berapa?"
"Kenapa?"tanya Dilla menjeling.
"Awak masih tunang saya. Tingkat berapa?!"tengking Razlan. Terlompat Dilla terkejut.
"Tingkat 10," jawab Dilla. Razlan menekan nombor 10. Sampai di situ, lif terbuka. Razlan melangkah keluar dengan egonya. Dilla dengan pantas menekan butang 2 dan pintu segera tertutup.
Razlan tidak sempat berbuat apa-apa kerana ego dia hanya memandang ke depan. Niatnya hanya ingin tahu di manakah apartment Dilla.
Bila dia sedar lif sudah berbunyi dan pintu lif telah tertutup.
"Hei!Dilla!" Jerit Razlan sambil menekan butang lif. Dilla hanya ketawa terbahak-bahak di dalam lif.
"Padan dengan muka kau tu. Ego sangat. Boleh blah!"kata Dilla sendirian. Dilla sampai ke tingkat 2 dan dengan pantas dia berlari ke pintu rumahnya,membuka pintu dengan cepat dan berdiam diri.
Razlan mengambil lif yang bersebelahan dan menekan nombor 2 kerana dia cuba mengesan ke tingkat berapa Dilla turun. Apabila dia keluar ke tingkat 2, senyap sunyi.
"Ya Allah perempuan jenis apa yang mak aku suka sangat ni?!" Katanya serabut. Dia mengambil lif untuk turun ke lobi. "Taulah hari Isnin nanti budak montel,"herdiknya.
Selepas berjogging bersama Chen Ming pagi itu, mereka berehat di bawah pokok berhadapan tasik.
"You tak call I pun semalam?" Chen Ming seakan bertanya.
"I was so tired balik salin baju mandi solat dan tidur. Tak larat nak buat apa dah."
"Did he stay long?"tanya Chen Ming sambil meneguk air yang dibawanya.
"Entah. Lepas you balik I pun balik. Dia berleter sorang-sorang kat situ."
"Kenapa I terasa you dengan dia macam ada apa-apa je?"tanya Chen Ming memandang tepat kepada Dilla. Dilla ketawa. 'Kalau ya pun ada hubungan bukan hubungan yang baik,'katanya dalam hati.
"He is a bully lah,"komen Dilla selesai ketawanya. "Temankan I shopping? My mom bagi duit but I tak sempat nak keluar shopping."
"Sure!Tapi I need to go somewhere first. You ikut I boleh?"
"You tak kisah ke?"
"Kenapa I nak kisah?"
"Entah. Nanti orang ejek you keluar dengan orang gemuk macam I?" Kata Dilla mengangkat bahunya.
"I tak kisah yang you pulak lebih-lebih kenapa?"kata Chen Ming tersenyum.
"Oh you pun kata I gemuk ya?"usik Dilla. Chen Ming ketawa.
"Cinta itu buta!"ucap Chen Ming seraya membangunkan dirinya. Dia menghulurkan tangannya untuk membantu Dilla berdiri. Dilla hanya memandangnya kosong. "If there is any consolation, someone is beautiful regardless their size ok?" Dilla sudah tersenyum. "What's beauty without brains?" Dilla mengangguk dan bangun sendiri
"Chen Ming yang pandai berbahasa." Mereka berdua ketawa.
"Dilla Riana yang suka merajuk,"usiknya lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/85023748-288-k306705.jpg)
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...