35

874 35 0
                                    

Ara terkejut melihat Dilla berkerusi roda di depan bilik.

"Dilla! Kenapa ni?"jerit Ara.

"Assalamualaikum. Saya Jehan. Cik Dilla pengsan tadi,"terang Jehan tersenyum.

"You ni-" Ara cuba meneka.

"Saya bekerja di mall sebelah. Kebetulan saya ada di situ,"jawab Jehan. Ara seperti biasa apabila melihat lelaki tampan akan seperti dipukau. Dilla berdehem.

"Er...terima kasih. Saya bawak dia masuk. Terima kasih ya,"kata Ara cepat-cepat. Dia terus memapah Dilla ke dalam bilik.

"Saya pergi dulu,"kata Jehan sambil menutup pintu. Ara hanya mengangguk dan menutup pintu. Ara berlari kepada Dilla.

"Kau ni...bila aku takde kau pengsan!" Jerit Ara. Bukan memarahi cuma merasa kesal dia tidak berada di tempat kejadian.

"Aku penat! Save the leteran please," balas Dilla menanggalkan tudung dan melepaskan ikatan rambutnya. Dia terus menarik selimut dan tertidur. Ara hanya membisu melihat Dilla.

'Dilla mesti rasa tak sihat tu,'bisik hatinya. Dia terlompat apabila mendengar ada mesej masuk. Dia cepat membaca mesej itu.

'Dilla ada di bilik?' Mesej dari Razlan.

'Baru sampai. Dilla pengsan kat mall. Ada orang hantar tadi. Ni dia sambung tidur.' Balas Ara.

'Alhamdulillah. Kalau Dilla nampak macam teruk lagi. Inform I.' Pinta Razlan.

'Mana abang Razlan tau Dilla tak sihat?'

'Tadi I ternampak kat lobi.' Razlan menyembunyikan hal sebenar.

'Ok, ada apa-apa, Ara bagitau.' Balasan dari Ara. Razlan membersihkan dirinya, solat dan terus berbaring.  Tubuhnya terasa penat. 

Tepat 5 pagi, Dilla terjaga. Dia menggeliat sepuasnya. Dia menghela nafas dan bermenung. Kejadian semalam seumpama mimpi. Dia memerhatikan Ara nyenyak tidur. Dia bangun dan pergi ke bilik air untuk mandi.

Selepas solat subuh, dia bersiap seadanya.  Dia mengejutkan Ara.

"Ara! Bangun," kata Dilla menggoyangkan bahu Ara. Ara membuka sedikit matanya.

"Kau nak pergi mana ni lawa-lawa?"

"Aku nak balik dah. Jom! Kita breakfast kat luar. Lepas tu terus balik." Ara hanya menuruti permintaan Dilla. Tepat 7 pagi mereka turun untuk check out. Mereka mengambil teksi ke stesen komuter.

"Apa jadi semalam?"tanya Ara sambil menyuap nasi lemak. Mereka bersarapan di gerai terdekat di stesen komuter itu. Dilla hanya diam sambil menikmati juadah di hadapannya.

"Sedap nasi lemak ni. Nanti aku nak bungkus bawak balik," balas Dilla mengubah topik.

"Kau pengsan semalam kan?" Tanya Ara. Dilla mengangguk.

"Hensem jugak penyelamat kau tu," usik Ara.

"Taken! Dah ada awek dan awek dia cantik macam model."

"Kau ni kenapa?" Tanya Ara jengkel. Dilla ketawa.  "Please dont faint kalau aku tak ada. Aku risau."

"I'm sorry. Tapi kau ingat kau boleh jangka ke nak pengsan? Tau-tau sudah berada di pangkuan jejaka hensem," gurau Dilla.

"Since hari ni kita free, jomlah temankan aku shopping,"ajak Ara.

"Beb, I love you but I really need to get back. Chen Ming missed call aku ada dekat 100 kali. Whatsapp mesej dekat 60 kali. So aku mesti pergi jumpa dia."

"Kau dengan Ming ada apa-apa ke?"

"Awat?" Tanya Dilla.

"Yalah. Dia tu kan crush kau."

"Itu dululah. Sekarang ni aku tak ada perasaan pun kecuali teman tapi mesra."

"I think he likes you."

"I think you're right but aku anggap dia kawan baik je tak lebih dari tu."

"Does he know that he is just a friend?"

"He knows! I dont give any hopes pun."

"Bahagialah kau sekarang. Sudah bebas dari sebarang ikatan."

"Ya! Tapi aku ada 3 minggu lagi untuk habiskan intern di tempat itu. Lamanyalah rasa."

Ara hanya memerhatikan Dilla. Memang Dilla nampak tenang tetapi di wajahnya seperti tersimpan rahsia.

"Aku dapat emel beberapa hari dulu. Kau ingat tak interviu aku dengan syarikat jepun tu?" Tanya Dilla memecah kesunyian. Ara mengangguk.

"Kenapa?"tanya Ara hairan. Dilla membuka telefonnya dan menyuruh Ara membaca emel itu. Ara terjerit keseronokan."Kau berjaya! Kau berjaya!" Jerit Ara lalu memeluk Dilla erat. Dilla turut tertawa dengan reaksi Ara. "Bila kau nak berangkat?"

"Dalam masa 4 minggu. Habis internship. Seminggu untuk bersiap dan aku balik ke sini semula untuk konvokesyen."

"Pakcik makcik tahu tak?"

"Aku belum ada peluang nak beritahu. Mungkin minggu depan. InsyaAllah."

Ara tiba-tiba menitiskan airmatanya. Dilla bungkam.

"Janganlah menangis. Kau ni apa hal?""pujuk Dilla.

"I will lose my best friend," jawab Ara dalam tangis. Dilla memeluknya erat. "Kenapa aku tak dapat...nak ikut hang!"

"Ha ah lah bukan kita sama-sama mintak?" Dilla berfikir sejenak. "You will always be my best friend! Aku janji,"pujuk Dilla sambil menepuk-nepuk belakang Ara. Ara melepaskan pelukan.

"Oklah. Aku jumpa kau minggu depan?"pinta Ara. Dilla mengangguk.

"Jom beli tiket," ajak Dilla sambil berjalan seiringan.

Razlan bersiap ke pejabat dari hotel. Dia amat berharap agar dia dapat bersarapan dengan Dilla. Dia keluar dari biliknya dan David sudah pun berada di luar pintu menunggunya. Dia ternampak troli housekeeping berada di hadapan bilik Dilla.

"Mereka dah check out pukul 7 pagi tadi tuan." Beritahu David. Razlan hanya menghela nafas panjang. Tiada kata-kata yabg keluar dari mulutnya.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menulis mesej kepada Ara.

'Awal check out. Ada di mana?"

'Dah balik. I am on my way back.' Balas Ara.

'Dilla?"

"Dilla balik ke cyberjaya katanya hendak bertemu dengan Ming,'balas Ara setulusnya. 'Kenapa?'

'Nothing! Thanks!' Ucap Razlan mengakhiri mesej.

"Tuan-" tegur David.

"Balik ke pejabat," pantas Razlan menjawab. Wajah Razlan berubah selepas panggilan telefon itu. Dia merasa sangat geram kerana makin dia mahu mendekati makin jauh Dilla meninggalkannya.

"Baik tuan," kata David sambil mengangkat semua beg Razlan. Tak perlu dia bertanya kenapa Razlan menjadi begitu kerana dia dapat meneka.

"Kita balik ke apartment,"arah Razlan.

"Apartment? Tapi tuan apartment masih belum panggil cleaner."

"It is okay. I will clean it myself," jawab Razlan. David engikut sahaja kemahuan Razlan kerana dia meneka Razlan mahu dekat dengan Dilla. Biarpun berlainan blok tapi apartment itu masih di dalam premis yang sama.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now