7

926 44 0
                                    

Hari itu ialah hari Sabtu hari terakhir dia di kampus. Bermula esok, dia akan menempuh semester yang paling mencabar iaitu, semester praktikal.  Tesis sudah berada di peringkat penyuntingan jadi Dilla tidaklah begitu risau. Ara sudah pun pulang ke Sungai Petani malam semalam dan pagi ini, dia sedang menunggu ibubapanya.  Ayahnya memberitahu mereka bermalam di rumah saudaranya di Kelana Jaya supaya dapat mengambil Dilla di kolej siswa awal pagi.

Dilla mengutip satu persatu bagasi yang telah siap ke tempat letak kereta.  Pagi itu ceria dan cerah. Dia melihat barang-barangnya tidak ubah seperti berpindah rumah.  Mesti ayahnya akan berleter kerana dia mempunyai terlalu banyak barang. Jam menunjukkan 9.30 pagi. Dia mengesat peluhnya yang menitik kerana penat berulang-alik dari bilik mengangkat barang-barang.

"Ayah ni pergi mana? Orang lapar ni, tak breakfast lagi," dia bertanya diri sendiri.  Dia mengeluarkan telefon bimbit dan terus mendail nombor ayahnya. "Hello, assalamualaikum. Ayah! Ayah kat mana ni? Puas tau Dilla tunggu. Sorang-sorang pulak tu," Dilla berkata. Bukanlah seorang sangat sebenarnya padang tempat kereta itu penuh dengan ibu bapa mengambil anak-anak mereka. Cuma Dilla merasa sunyi sebab ketiadaan Ara. Ikmal menghantar mesej pagi tadi yang dia terpaksa pulang ke Johor secepat mungkin kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Ayah dah ada kat pintu utama ni, tunggulah lagi sepuluh minit," jawab ayahnya meletakkan telefon. 

"Hish, orang tak sempat nak cakap apa dah letak telefon," bebel Dilla. Ada whatsapp masuk. Dari Ikmal.

'Assalamualaikum, Dilla. Pakcik dah sampai ke?'

'Belum, kenapa?' Dilla membalas mesej.

'Ai, tanya pun tak boleh?'

'Sapa suruh tanya?'

'Pagi-pagi dah angin, tak makan lagilah tu,' Ikmal menserkap jarang. Dilla menjeling membaca mesej Ikmal. Dia berhenti membalas kerana sakit hati. 

"Kau yang mesej, kau nak salahkan aku?' dia membebel lagi sambil melihat telefon. Whatsapp masuk lagi.

'Kenapa tak balas? Kau marah ya?' tanya Ikmal. Dilla membaca dan terus membuat tidak tahu. Mesej masuk lagi. 'Oklah, janganlah marah. Aku concerned aje. Aku risau aku tak ada kat situ,' pujuk Ikmal.

'Aku tak minta kau ada kat sini. Tak perlu risau kau tu bukan suami aku, boyfriend pun bukan, FAHAM?' balas Dilla.

'Belum pernah aku jumpa perempuan garang macam kau. Eh, kau garang dengan semua orang ya?'

'Taklah dengan orang yang aku menyampah je. Macam kau,' selamba sahaja Dilla menjawab.

'Yalah, aku sedar siapa diri aku. Aku nak beritahu aku rindu kat kau,' mesej Ikmal seperti orang jauh hati.

'Aku tahulah aku ni pencuri hatikau tapi tolonglah do me a favor. Stop missing me and stop acting like we have something going on,ok? Kau takkan jadi lebih dari kenalan biasa,' balas Dilla panjang lebar. Dia melihat Hilux ayahnya masuk ke perkarangan letak kereta. Dan terus mengambil beg sandangnya.

Dilla membantu ayahnya mengangkat kesemua barangan ke belakang trak.

"Mak mana?"

"Mak dengan Auntie Jamilah," jawab ayahnya pendek.

"Auntie Jamilah?" tanya Dilla balik.

"Ha ah, auntie Jamilah bakal ibu mertua Dilla."

"Ayah dan mak bermalam di rumah dia semalam?!" terkejut Dilla mendengar penjelasan itu,

"Hah, kenapa? Terkejut?"

"Macamlah tak ada tempat lain yang ayah dan mak boleh lepak semalam. Hotel pun banyak," bebel Dilla sambil mengangkat rak buku ke dalam trak.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now