Razlan duduk di meja study di bilik pejabat di rumah besar keluarga itu. Tanpa dia rela, dia tidak dapat melupakan apa yang berlaku tengahari tadi. Dia bermenung di situ. Mesej masuk.
"Tuan, Cik Dilla pulang ke Sungai Petani dan sudah pun dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur."
David Cheng selaku ketua sekuriti di Cybernetics memberi laporan.
"Thank you David. Keep me informed."
Dia menutup mesej dan menghela nafas lega. Dilla Riana. Kau memang menyusahkan orang kan? Fikirnya lagi. Dia melampaui jangkaan. Pergi balik Kuala Lumpur Sungai Petani macamlah jarak itu dekat. Kau tunggu sahaja habuan kau budak montel. Dia memberi senyuman bermakna.
Dilla sampai tepat pada masanya iaitu jam 5 pagi di Terminal Bersepadu Selatan. Badannya sakit-sakit kerana dia telah membuat sesuatu yang luar biasa semalam. Dia menapak ke komuter yang terdekat supaya dapat pulang Bangi dan mengatur langkah seterusnya. Kedengaran azan subuh dan dia pergi ke masjid yang terdekat untuk bersolat di situ. Sedang menunggu imam, dia sempat menukarkan kad sim telefon kepada yang lama.
Bertalu-talu mesej masuk. Tiga hari hilang dari radar keluarga dan kawan-kawan, whatsapp mesej berjumlah 2000. Dilla merasa tertekan melihat jumlah mesej itu. Dia menunaikan solat subuh dan bersiap untuk balik ke Bangi. Jam 7.30 pagi, Dilla sampai ke kamsis dan terus ke bilik Farah.
"Assalamualaikum," sapanya. Senyap. Dia pasti Farah sedang tidur lagi. Dia membuka pintu dengan kunci spare yang Farah beri. Ya dia betul. Farah sedang nyenyak tidur. Dia menyalin pakaian dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Melihat Farah tidur membuatnya merasa sangat letih. Dia mengambil keputusan untuk mendapatkan tidur tanpa gangguan.
Sebelum tidur, dia mengubah status di whatsapp. Dia malas hendak membaca satu persatu jadi dia memadam kesemuanya.
'Messages gone, phone maintenance. Sorry!!'
Dan dia tidur dengan nyenyak tanpa mimpi. Dia dikejutkan dengan deringan telefon dari ibunya. Dalam keadaan mamai dia menjawab panggilan telefon itu.
"Assalamualaikum, Dilla mak ni," kedengaran suara Puan Wahida.
"Ehmm, waalaikumsalam mak," jawabnya dengan mata yang masih lagi tertutup.
"Dilla sampai tadi pukul berapa?" tanya Puan Wahida. Dalam tidur Dilla tersenyum suara ibunya lebih ceria dari semalam. "5 pagi."
"Dilla di mana?"
"Di hostel," jawapannya pendek-pendek kerana masih melayan perasaan mengantuk.
"Di UKM?"
"Menumpang bilik junior."
"Abang Hafiz kata hari ni Dilla nak pergi cari rumah sewa."
"Ya," jawab Dilla kemengantukan.
"Mak takkan paksa Dilla duduk di rumah Auntie Jamilah," akui ibunya. Dilla tersenyum.
"Thank you, mak."
"Mak dah masukkan duit. Abang Hafiz tolong masukkan. Dilla tolong mak boleh?"
Dilla membuka matanya dalam terpaksa dan terus duduk. Serius kedengaran suara maknya.
"Apa mak?" tanya Dilla lagi. Dalam hatinya berdoa tolonglah jangan suruh pergi ke rumah lelaki perasan sempurna itu.
"Mak masukkan lebih, Dilla beli baju ya? Mak...memang ada niat nak pergi shopping barang Dilla. Tapi-" Dia tidak dapat meneruskan kata-katanya mengenangkan stress yang Dilla hadapi.
"Wow, mak. Daebak! Betul ni?" jawabnya dengan nada lebih ceria. Puan Wahida ketawa kecil.
"Ya! Beli yang boleh mix and match. Beli basic colours tau. Hitam, putih, biru gelap."
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...