Jam 8.30 malam semua sudah siap terhidang untuk empat orang. Hati Ara berdebar-debar kerana dia khuatir bagaimana keadaannya kalau Dilla tahu tetamu mereka hari ini ialah Razlan.
"Wah sedapnya makanan,"puji Ara.
"Kau ni apasal?"tanya Dilla lagi sekali.
"Aku lapaq,"jawab Ara ketawa gemuruh. TingTong! Loceng rumah dibunyikan. Dilla pergi membuka pintu.
"Manager-san,"sapa Dilla mesra.
"I am here with your neighbour. Let me introduce you. Razlan-san,"balas Kaneshiro tersenyum. Razlan yang baru mengunci pintu berdiri bersebelahan pengurus itu.
Dilla terpaku di situ. Setelah sebulan tanpa berhubung secara peribadi,dia melihat Razlan di hadapannya.
Razlan juga berdebar takut kalau-kalau Dilla mengamuk di situ. Dilla memandang Razlan dan Kaneshiro bergilir.
"Yosoko, please come in," tenang sahaja suara Dilla menjemput mereka masuk.
"Konichiwa Manager-san,"sapa Ara mesra. Dia memandang Razlan yang juga berperasaan gemuruh sepertinya.
"Ara-san. You look pretty tonight,"tegur Kaneshiro.
"Thank you. Please have a seat," Ara mempelawa mereka berdua.
"Wow, nampak sedap ni,"tegur Razlan berhati-hati sambil cuba membuat Dilla tersenyum. Dilla datang membawa satu jug teh hijau jepun sejuk untuk mereka.
"I hope you like spicy food Kaneshiro-san," kata Dilla mengambil tempat di hadapan Razlan.
"Razlan once brought me to a nasi lemak place in Malaysia."
"I'm glad. Please enjoy your meal Kaneshiro-san and Razlan-san,"jemput Dilla. Dia mengambil seketul ayam goreng berempah dan meletakkannya ke dalam pinggan nasi Razlan. "Awak tak pernah merasa masakan saya kan?"tanya Dilla. Razlan hanya mengangguk. Tak terbayang betapa terharu perasaannya apabila Dilla melayannya begitu.
"Have you guys met before?"tanya Kaneshiro-san kepada Dilla dan Razlan.
"Actually we know each other quite well,"jawab Dilla. Ara terbatuk-batuk tersedak kacang tanah goreng. 'Ya Allah tenangkanlah hati Dilla,'doa Ara di dalam hati.
"This is better than the Nasi Lemak in KL, Razlan," kata Kaneshiro makan dengan penuh selera. Razlan hanya ketawa gemuruh. Dilla memerhatikan yang Razlan bukan seperti yang selalunya.
Ara hanya makan dengan senyap kerana silap bicara takut Dilla meletup seperti mercun di tahun baru.
"Ara kenapa senyap sangat ni?"tanya Razlan mengubah topik.
"Kelaparan. Hari ni sangat meletihkan di tempat kerja," kata Ara tersenyum. "Lagipun sedap sangat ni. Lunch tadi makan roti je."
Sambil makan Kaneshiro yang banyak menghidupkan suasana. Dia begitu terpikat dengan masakan Melayu.
Selesai makan, Dilla menghidangkan puding karamel dan secawan kopi kepada tetamunya sambil menonton rancangan di tv. Dilla mengemas pinggan dan mangkuk dan dibantu oleh Ara.
Razlan mencuri pandang ke arah Dilla sesekali. Dilla nampak lebih kewanitaan kerana pipi paunya sudah seperti pauh dilayang. Sebulan dia memaksa diri tidak menghubungi gadis itu.
Habis mengemas, Ara membawa strawberi dan coklat.
"This is a terrific dinner," puji Kaneshiro-san.
"We have a talented cook,"jawab Ara ketawa.
"Say Dilla-san, do you have a boyfriend?" Pertanyaan Kaneshiro itu tidak semena-mena. Hampir terlepas cawan yang dipegang oleh Razlan. Dilla ketawa.
"Doshite Kaneshiro-san?"tanya Dilla.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
Chick-LitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...