18

786 43 3
                                    

Penggera telefon berbunyi tepat jam 5.30 pagi. Dilla bangun dengan kepayahan dan hanya duduk terpejam mata. "Mengantuklah. Dah pukul 5.30 dah ke ni?" tanya Dilla kepada dirinya sendiri. Hari ini hari ke3. Dia merancang untuk mengemas bilik CEO awal hari ini sebab tidak mahu berjumpa langsung dengan Razlan. Jam 6.30 pagi dia dah mula menapak ke tempat kerja.

Dia mengucapkan selamat pagi kepada semua yang berada di lobi ketika itu. Dia sudah sampai jam 7 pagi.  Dia mengambil lif terus ke tingkat 14 bilik CEO.

"Kesian aku tengok intern tu. Kena buli dengan tuan CEO,"  kata salah seorang pegawai keselamatan paling muda di situ.

"Tapi aku tengok dia senyum aje. Tajam macam mana pun kata-kata tuan CEO muka dia macam tulah. Tersenyum manis," tambah kawannya yang agak senior. 

"Tapi aku dengar dia baik dengan pegawai pemasaran paling popular kat syarikat ni."

"Chen Ming?" tanya kawannya lagi. 

"Ramai pekerja wanita makan hati sebab Chen Ming asyik melayan intern ni aje," jawab pegawai keselamatan itu.

"Walaupun orang kata mereka tak sepadan tapi bila aku tengok diaorang ni jalan bersama, nampak serasi sangat."

"Kalau aku ajak keluar, dia nak tak rasanya?" tanya pegawai yang lebih muda kepada kawannya.

"Kau nak bertanding dengan Chen Ming tu aku rasa baik kau surrender dululah ya, cermin muka tu elok-elok," usik pegawai yang lebih tua.

"Ee...orang tua ni, kau jealouslah tu sebab kau tua kan?"mereka ketawa bersama. Dilla sampai di pejabat Razlan tepat jam 7.05. Pejabat Razlan tidak berkunci kerana diarahkan oleh David. Dilla membuka pintu pejabat Razlan dan terperanjat. 

"Orang tua ni memang nak kena dengan aku ni!" jerit Dilla apabila melihat semua kusyen-kusyen sofa tercampak merata-rata. Meja Razlan bersih kerana semuanya berada di lantai. Bakul sampah pula terbalik dan habis semua isi bersepah-sepah. Dilla mengambil kusyen empat segi menutup mulutnya dan menjerit sekuat-kuatnya. 'Rabak jadual aku macam ni.' katanya di dalam hati.

Razlan bangun awal dari biasa kerana dia hendak ke pejabat awal sebab hendak melihat reaksi Dilla mengemas biliknya yang sengaja disepahkan. Dia ketawa sendirian ketika bersiap. 

"Padan muka kau, kau ingat kau siapa?" katanya sendirian. Dilla mengemaskan semuanya secepat mungkin. Mengutip, menyusun dan mengvakuum dalam masa 40 minit. Akhirnya bilik itu menjadi cantik semula. Dia menutup dan mengunci bilik Razlan setelah siap mengemas.

Dia bergegas untuk menyiram pokok-pokok di dalam pasu.  Dia hanya menyiram pokok-pokok yang berada di hadapan pintu masuk. Jam telah menunjukkan jam 8.20 pagi. Jam 9 pagi dia mesti menyiapkan teh dan kopi untuk ketua-ketua unit. Jadi dia terpaksa mengelap dinding kaca waktu balik nanti kerana jika tidak, banyak kerja yang akan tertunggak. Dalam hatinya tak habis-habis menyumpah Razlan kerana menyusahkan hidupnya. Mesej masuk.

"You dah ada di tempat kerja?" Mesej dari Chen Ming.

"Yep, y?"

"Breakfast together?"

"Sorry, I got a lot of things to do today. This CEO is truthfully from hell. See you later!" pendek sahaja mesej Dilla. Dilla bertekad untuk bertungkus-lumus menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Razlan. 

Razlan tiba di pejabat jam 8.30 pagi, setengah jam lebih awal dari biasa. Dia meneliti tiada kelibat Dilla di mana-mana. Dia terus naik ke bilik dengan ditemani oleh David. David membuka pejabatnya dan semuanya sudah cantik teratur.

"Pukul berapa dia kemas bilik ni?"

"Jam 7.05 pagi tuan."

"Dia datang seorang?"

"Ya, tuan," jawab David.

"Where is she now?"

"She is making tea for all the ketua," terang David. Razlan tidak tahu sama ada dia mengagumi atau sedang marah kerana semuanya bercampur-baur.

"Did she complete her tasks yesterday?"

"She did, tuan."

"Did you check?"

"Yes, and she reported to me when she had done everything," jawab David tanpa berselindung. Razlan menggenggam tangan kanannya kerana tidak berpuashati.

"Ask her to bring a cup of coffee for me," arah Razlan.

"Tapi tuan, Asiah yang selalu membancuh kopi untuk tuan," tanya David semula.

"I know. Tapi hari ini I nak bagi dia hadiah sebab bekerja dengan begitu cemerlang,"jawab Razlan sinis. Dia memandang David dan David hanya perlu memberitahu tingkat 3 iaitu kakitangan kafe supaya mengarahkan Dilla ke atas sekarang. Dilla membawa dulang berisi seteko kecil kopi dan sebungkus nasi lemak daun pisang. 'Apa lagi rancangan kau ni monyet?'desis hatinya.

Dia mengetuk pintu bilik CEO. Razlan sedang berbincang dengan  beberapa pegawai dari unit penyelengaraan.  

"Ah, Cik Dilla Riana," tegurnya. "Dah siap kopi saya?" tanya Razlan kunun berbahasa. Dilla hanya menundukkan kepalanya sebagai jawapan. "Kalau semua nak tahu, bilik ni semalam bersepah-sepah. Tapi bila I tiba pagi tadi, semuanya teratur dan tersusun. Cik Dilla Riana inilah yang mengemas," terang Razlan kepada beberapa orang pegawai itu.  Dilla hanya menunggu punch line yang pasti akan timbul bila-bila masa. "Pandai awak mengemas. Ingatkan pandai makan aje," Razlan terus berbicara. Berderaian ketawa pegawai-pegawai itu. David yang neutral sangat tidak berpuashati dengan tindakan Razlan. Rahangnya kelihatan ketat kerana dia menahan rasa tidak puas hatinya.

"Bagus intern kita kali ini. Bukan sahaja pandai akademik tapi baik dalam kemas-mengemas," tambah salah seorang dari mereka.

"Perempuan setinggi mana belajar pun ke dapur juga. Tapi rasanya Cik Dilla Riana takkan ada masalah sebab tak ada yang hendak jadikan isteri pun. So tak payah masak!" kata Razlan ceria disambut ketawa oleh orang-orang lain. Dilla menghela nafasnya dan meneruskan langkah. Dia meletakkan kopi dan nasi lemak Razlan di atas meja pejabatnya yang besar. Dilla hanya mendiamkan diri dan berjalan ke pintu.

"Oh, ya ada satu lagi," tegur Razlan dan itu membuatkan Dilla berpaling. "Awak setuju dengan saya?"tanya Razlan. Dilla menenangkan dirinya sendiri.

"Saya setuju. Sebab hanya orang bodoh dan dangkal sahaja yang setuju menjadi bakal suami saya. Yalah, tapi biasalah kadang-kadang tu kerja saja tinggi, rupa saja lawa, tapi masih bergantung dengan parents nak hidup mewah. Hanya orang macam tu sahaja yang sanggup jadi tunang saya...NANTI," katanya tersenyum manis.  David tersentap dan cuba menyimpan senyumannya. 'That's my girl,' kata David dalam hati.

"Saya minta diri dulu, Assalamualaikum!" Dilla keluar dan menutup pintu bilik CEO itu. 'Padan dengan muka kau. Kau ingat aku nak terima bulat-bulat?' desis hatinya. Dia menari di depan pintu itu ala James Brown. Yeah, in your face! Bastard! Dia menyumpahlah lagi dalam atur langkahnya, Dia ketawa besar. That feels really good! Dia pergi membuat kerjanya yang tertangguh. Asiah yang sedang menaip sesuatu di komputer hanya melihat sahaja Dilla Riana menari tarian kemenangannya.  Asiah pasti kali ini Dilla Riana mencapai kemenangan.

Dia tak mahu menunggu untuk melihat tindak balas Razlan. Kesabarannya tercabar seketika tadi. Tapi dia puas hati kerana dia dapat menangani kata-kata memalukannya tadi. 

Razlan menumbuk meja kopi kaca di hadapannya sehingga retak. Tindakannya mengejutkan semua orang di situ kecuali David yang sudah menjangkakan letupan dari gunung berapi. Pegawai-pegawai itu meminta diri kerana tidak mahu terkena akan api kemarahan tuan CEO Cybernetics yang terkenal dengan angin taufan kemarahannya.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now