Laju pecutan Razlan membelah lebuhraya. Fikirannya berserabut. Soalan demi soalan bermain di fikirannya.
Usai majlis makan malam yang gilang gemilang itu. Semua bergerak pulang.
"Dilla, diaorang nak pergi supper di Bangsar. Jomlah,"ajak Ming.
"Oh, my king, this queen is so tired that she barely can open her eyes," jawab Dilla ketawa.
"C'mon I will take you home."
"I dah call uber. Ada kat depan. I will see you tomorrow. Enjoy your supper!"kata Dilla sambil melambai. Penuh hadiah di tangannya. Malam yang memdebarkan, mengecutkan perut,menyeronokkan dan penuh dengan kejutan. 'Even an evil man can look so handsome tonight,'desis hatinya dan dia tertawa. Teringatnya kepada Razlan.
Dilla sampai di apartmennya dengan selamat. Dia keluar dari kereta keletihan.
"Sorang je?"tegur satu suara yang sangat biasa di telinganya.
"Tiga."
"Tiga? Mana lagi dua?"tanya Razlan. Entah kenapa dia berpatah balik ke situ. Dia merindui gadis itu walaupun dia tahu Dilla membencinya.
"Driver, saya dan tuan. Tiga," kata Dilla sambil menutup pintu kereta. "Terima kasih ya,"katanya kepada pemandu uber itu.
"You got good voice."
"Thank you. Good night!" Kata Dilla melangkah melepasi Razlan.
"You look beautiful tonight," tegur Razlan lagi. Dilla menoleh dan melangkah kepada Razlan.
"What do you want?"tanya Dilla yang mula merasa rimas.
"Dilla. Abang nak Dilla. Abang minta maaf atas segalanya."
"Abang? Makan banyak tadi rasa nak muntah pulak. Okey let's settle this. Jumpa saya balik di sini in 15 minutes. Saya nak salin baju, mandi,cuci mekap,solat. We need to talk,"kata Dilla dan dia melangkah pergi. Tergamam Razlan sebentar.
Dia pun mengambil keputusan untuk balik ke penthousenya dan menyalin pakaian.
"Assalamualaikum," Dilla mengucapkan kepada kak Yuni yang sedang membuat tugasannya di meja.
"Waalaikumsalam warahmatullah. Aik baru jam 10."
"Ya kak. Dilla nak keluar pulak sebentar nanti." Dilla terus ke bilik dan bersiap. Wajahnya yang polos tanpa mekap dan sudah segar selesai bersolat. Dia menyarungkan sweat pants dan sweat shirt berhoodie. Nampak sangat ringkas tapi masih menarik.
Dia turun ke lobi dan Razlan sudahpun menunggunya.
"Wow berbezanya dari tadi,"tegur Razlan tersenyum. Dilla hanya memandangnya kosong.
"Dilla lapar. Tadi tak makan sangat. Belanja Dilla makan."
"Of course. Dilla nak makan apa? Abang belanja."
"Dilla nak makan makan nasi lemak yang sedap."
"Ok,jom." Razlan kelihatan lebih tenang dari tadi. "Abang nak minta maaf."
"Untuk apa?" Tanya Dilla. Ramai di bistro ketika itu.
"Abang..."
"Encik Razlan. Boleh tak kita makan dulu sebab saya tak nak semua ni spoilkan saya punya selera." Razlan mengangguk setuju. Dilla hanya membisu sementara makanan sampai.
Dilla makan dengan tenang kerana Razlan menghormati permintaannya. Selesai mereka makan Dilla mengucapkan terima kasih.
"What do you want from me?"tanya Dilla spontan.
"I want us to get married." Jawab Razlan tepat.
"Why?"tanya Dilla lagi. Razlan tidak terkejut dengan perlakuan Dilla kerana dia tahu itu caranya.

YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...