Razlan tidak begitu berselera menjamah makan malam begitu juga Puan Jamilah dan Puan Wahida.
Encik Said dan Encik Adham berbual seperti biasa. Hanya Dilla seorang yang nampak bahagia. Razlan hanya memerhatikan sahaja kelakuan Dilla.
"Pakcik, Razlan merayu agar pertunangan ini tidak diputuskan,"kata Razlan lembut. Puan Jamilah yang hatinya agak terkilan terharu dengan permintaan Razlan.
Encik Adham agak terkejut kerana bukan perangai Razlan meminta-minta. Mesti ada sesuatu tentang Dilla yang membuatnya berkata begitu.
Encik Said terdiam dan memandang isterinya. Dia memandang Dilla pula dan dia menggelengkan kepalanya.
"Masa saya memberikan Dilla tugasan-tugasan itu bukanlah hendak mendera. Saya akui kadang-kadang saya cepat marah. Tapi Dilla melebihi jangkaan saya. Dia tidak mudah mengalah dan itu ciri seseorang yang saya sangat suka."
"Sukalah sangat habis semua kawan lelaki Dilla semua dia ingat nak kat Dilla,"celah Dilla tiba-tiba.
"Abang lelaki, abang tahulah perangai seorang lelaki. Ikmal tu. Bukan suka separuh mati ke kat Dilla?" Balas Razlan memandang tepat ke wajahnya.
"Ikmal?"tanya Puan Wahida kepada Dilla. Dilla mengangguk.
"Ikmal tu baik budaknya. Kami pun kenal. Razlan tak salah tentang dia sukakan Dilla. Semasa Dilla tahu tentang pertunangan ini,Ikmal pulang bersama Dilla dan Ara menemui kami,"terang Encik Said.
"Kenapa dia jumpa Abang Said dan Kak Ida?"tanya Puan Jamilah berminat.
"Dia adalah teman istimewa Dilla,"jawab Encik Said. Dilla yang sedang menelan makanan tersedak.
Kemarahan Razlan nampak di wajahnya. Dia teringatkan gambar Dilla dan Ikmal yang memakaikannya jam pada malam itu.
Terbatuk-batuk Dilla. Puan Wahida menepuk-nepuk belakangnya.
"Kat tempat kerja dia rapat dengan penolong pengurus pemasaran. Ke mana saja berdua," panjang pula laporan Razlan.
"Bukan awak ke yang cakap jangan benarkan sesiapa tahu kita ni bertunang? Kalau orang nak berkawan saya dan orang itu ternyata baik dan ikhlas perlu ke saya tolak sedangkan awak sendiri malu hendak mengaku saya tunang awak?" Dilla sudah mula naik angin. Razlan berdehem.
"Betul tu Razlan?"tanya Encik Adham. Razlan mahu tidak mahu terpaksa mengaku.
"Tapi itu dulu ayah,"balas Razlan
Encik Said dan Puan Wahida berpandangan sesama sendiri.
"Kalau begitu keputusan pakcik dan makcik masih tak berubah. Kita batalkan sahaja pertunangan ini. Tetapi jika jodoh kamu berdua ada..pakcik dan makcik takkan menolak," terang Encik Said dengan berhemah.
"Betul apa yang abang Said cakap kan ni?"tanya Puan Jamilah. Encik Said mengangguk.
"Tapi kalau ada orang yang masuk meminang selepas ini? Bagaimana?" Tanya Puan Jamilah lagi.
"Milah soal jodoh ni di tangan Allah. Jadi tak jadi itu sudah tertulis,"kata Encik Said membasuh tangannya. Razlan hanya mendengar dan terpaksa akur dengan keputusan itu. Dia sudah kalah dengan Dilla Riana Said.
"Dilla minta maaf auntie,uncle,"pinta Dilla. Selain Razlan dia tiada masalah dengan keluarga itu.
"Bukan salah Dilla. Salah bujang terlajak ni,"jawab Puan Jamilah menjeling kepada Razlan.
"Auntie pun lepas ni bagilah peluang kepada Encik Razlan memilih jodohnya."
"Baiklah Dilla. Kalau sekiranya abang Razlan kau ni bawa seorang calon menantu yang menghormati orang tua, bijak dan yang paling penting ikhlas, auntie dengan uncle akan pertimbangkan,"balas Puan Jamilah.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...