Dilla mencari belukar yang boleh dia menyorok sebelum menaiki bas kerana matanya tidak mahu berhenti menangis. Semua perasaan geram, marah dan sakit hati tidak pergi dengan senang. Dia akhirnya berjumpa sepohon rendang di tempat yang sunyi ke dalam sedikit dari hentian bas. Dia duduk dan berehat di situ.
Razlan masuk ke pejabat dengan perasaan marah. Dia tidak percaya dia ditinggalkan oleh Dilla sekali lagi.
"Bos, ada meeting dengan First Data jam 3.00," beritahu Asiah berhati-hati. Melihatkan mood bosnya hari itu, kecut perutnya. Silap-silap boleh mati terkejut.
"Ok, ask the cafe to bring me coffee and Nasi Lemak now," arah Razlan. Dia mengusap wajahnya. "Haish!" dia meluahkan geramnya. Dia menggelengkan kepalanya.
Ara menelefon Dilla buat sekian kalinya dan kali ini berjaya.
"Dilla!" jeritnya. "Kau pergi mana? Puas aku cari!"
"Ara?"
"Yalah, aku ni. Takkan tak cam suara. Kau ni kenapa? Kau sakit ke? Macam selsema je?"
"Terbersin sikit tadi," jawab Dilla berbohong.
"Kau baca tak mesej Ikmal?"
"Tak. Kenapa?"
"Dia terpaksa membuat praktikal di Singapura. Keluarganya semua berpindah di sana dan dengar khabarnya, ayahnya menaja tiket kapal terbang untuk penyelia latihan industri pergi ke Singapura."
"What? Habis tu tinggal aku sorang?'
"Yang kau tak cek mesej tu kenapa?"
"Banyak sangat masalahlah. Oklah tu, good for him," kata Dilla bersahaja.
"Sapa nak tengokkan kau kat sana? Aku tak ada."
"Kau tu duduk di Afrika ke?" tanya Dilla. Ara terketawa.
"Yelah, yelah. Tapi tak syoklah tak dapat jumpa hari-hari."
"Hujung minggu kita jumpa. Kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?"
"Tak, siapa?"
"Chen Ming," kata Dilla lagi. Airmatanya kering kini semua kerana mendengar suara Ara.
"Hah, crush kau first year?"
"Betul.....!" jawab Dilla. "Dia bekerja di Cybernetics rupanya. Tadi terserempak."
"Kau bila nak balik KL?"
"Company aku report duty minggu depan hari Rabu."
"Oklah, bila kau dah ada kat sini, mesej ya!" balas Dilla ceria. Ya, tidak perlu berlama-lamaan bersedih. Tidak ada faedah bersedih kerana lelaki itu. "Ok, bye!" Dilla mengakhiri perbualan. Dia mengesat matanya dan memeriksanya di cermin bedak kompak. Mesej Farah masuk.
'Kak! Do you need a place to stay?'
'Why? Ada kenal sesiapa yang duduk di Cyberjaya?' Dilla membalas.
'Ada! Nah ini nombornya. Ni sepupu Farah. Bekerja di MMU. Call lah. Boleh terus tengok rumah.' Mesej terbaik hari ini.
'Thank you Farah! Akak call sekarang!' Dilla merasa kesedihannya diganti dengan kegembiraan perlahan-lahan. Alhamdulillah. Tanpa berlengah, dia menguruskan tempat tinggalnya untuk 3 bulan. Semuanya berjalan lancar dan Dilla terus membayar deposit bilik sewa. Dia terus menulis mesej kepada ibunya dan abang-abangnya siap dengan alamat dan selfie dengan sepupu Farah. Dia boleh pindah masuk esok. Alangkah lega rasa hati Dilla.
Razlan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada mesyuarat kerana rasa tidak puas hatinya terhadap Dilla masih di hati.
"Great! Could we meet again next week?" selepas wakil First Data selesai memberi taklimat. Dia tidak mahu duduk di dalam mesyuarat terlalu lama hari itu. Dia banyak termenung selepas itu.
YOU ARE READING
Mengapa Aku?
ChickLitMengapa aku? Dilla Riana Said ditunangkan dengan Razlan Shaari. Ibubapa mereka membuat majlis tanpa berunding dengan keduanya terlebih dahulu. Razlan Shaari, 34, simbol lelaki elit yang mementingkan kesempurnaan lebih-lebih lagi seorang wanita. Tamp...