33

907 36 3
                                    

Dilla menarik nafas lega kerana hilang dari pandangannya lelaki itu. Dia terus berjalan ke Sunway Pyramid yang tidak jauh dari hotel itu. Ara dan Razlan duduk di satu meja berhampiran dengan tangga. Pengunjungnya ramai tapi tidak sampai tidak selesa. Razlan duduk dan melihat jam tangannya. Sudah 10 minit tapi bayang Dilla tidak kelihatan.

"Abang jom ambil makanan," Ara berbicara nadanya manis sekali.

"Tak payah tunggu Dilla?" tanya Razlan ringkas.

"Sat, Ara call ya?" kata Ara, Dia berpura-pura bercakap dengan Dilla di telefon. "Dilla kau kat mana? Oh... ok-ok nanti aku beritahu. Bye!"

"Apa katanya?" Razlan seperti sudah boleh meneka yang Dilla telah mempersendakannya malam ini.

"Dia kata dia kena pergi beli barang, jadi dia kata dia suruh kita makan dulu. Ehmm...dia tak jadi nak join kita," terang Ara cuba membina ayat yang nampak benar. Razlan terdiam.

"Ara, tell me the truth," tegas Razlan. Ara hanya terdiam seketika. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sebenarnya ni semua salah Ara."

"Salah Ara?" tanya Razlan cuba memahami.

"Masa abang ajak dinner tu, Ara yang setuju bukan Dilla. Jadi Dilla sebenarnya memang tak mau join kita dinner." Razlan menahan kemarahannya. 'Benci sangat kau pada aku?'desis hatinya.

"Semalam Dilla kata nak ke Kuching. Tak pergi ke?"

"Kami pergi pagi, tengahari sudah balik ke sini," terang Ara.

"Kenapa?"

"Dilla tak mahu menyusahkan keluarga Ikmal. Mak dia kan sakit," jawab Ara.

"Dilla ke sana semata-mata hendak meneman Ikmal di hospital?" tanya Razlan lagi ingin tahu. Ara menggelengkan kepalanya.

"Dilla ke Kuching sebab mak Ikmal pernah beri ceramah di sekolahnya dan Dilla terhutang budi dengan mak Ikmal."

"Bukan kerana Ikmal?"

"Bukan kerana Ikmal. Memang dia pergi kerana hendak menziarah mak Ikmal,"jawab Ara. Ara merasa pelik kerana Razlan bertanyakan soalan-soalan sebegini. "Abang, kita tak mahu makan ke?"tanya Ara. Jawapan Ara sedikit sebanyak menyejukkan hatinya.

"Saya pun lapar, jom kita ambil makanan," pelawa Razlan tersenyum. Di dalam fikirannya hanya soalan demi soalan mengenai Dilla Riana.

Dilla menikmati masanya bersendiri di pusat beli-belah itu. Dia membeli makanan dan duduk keseorangan. Telefonnya berbunyi. Tertera Ming Dynasty. Dia tersenyum.

"Hello from the other side." Dilla bergurau. Chen Ming ketawa.

"I missed you."

"That's sweet."

"Where are you? Masih di Kuching?"

"Somewhere but not Kuching," jawab Dilla ketawa.

"BIla balik? Aku risau."

"Kau nak risau buat apa. Aku selamat, jangan risau lah!" kata Dilla ceria.

"Ok, jaga diri. Esok kita dinner sama-sama ya? I missed spending time with you," ajak Chen Ming. Hati Dilla berdegup kuat. 'Ah, Ming why are you so sweet?'bicara hatinya.

"Ok, I will see you soon. Bye!"

"Bye, come back safe and sound!" pesan Chen Ming lagi. Dilla hanya merenung telefon dan wajah Chen Ming di situ. "You just know how to make me think of you," bicaranya sendiri.

Sudah hampir sejam Ara dan Razlan makan bersama. Razlan hanya mendengar cerita-cerita Ara tentang Dilla. Bagus juga makan bersama kawan baik Dilla. Sekurang-kurangnya dia boleh memahami siapa itu Dilla Riana.

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now