21

830 41 0
                                    

Hari yang paling gembira di dalam hidup Dilla Riana Said ialah hari ini. Dia meneliti pendrive yang berada di dalam tangannya. 'Harap-harap masih ada kasih sayang ayah kepada aku. Ya Allah, izinkanlah rancangan ini berjaya. Tolonglah hambaMu ini, Ya Allah,' doa Dilla di dalam hatii. Sudah pukul 12.30 tengahari jadi dia bergegas ke mejanya untuk memindahkan fail cctv ke komputernya dan dia boleh mengirim fail video tersebut melalui aplikasi telegram.

Chen Ming mencari Dilla sekitar syarikat tetapi tidak ketemu. Hatinya runsing takut Dilla di dalam kesusahan. Dia menelefon Dilla tetapi tidak dijawab. Dia menunggu di level 15 selepas mengirim mesej kepada Dilla. Dilla balik dari pejabat pos terus ke level 15. Masih ada 20 minit masa makan tengahari.

"Hah!" Dilla mengejut Chen Ming dari belakang.

"Tak terkejut pun sebab I dengar bunyi loceng lif," kata Chen Ming serius. "Riana, pergi mana? Risau I tau," tambahnya lagi.

"I ada je kat ofis. You yang tak ada. Kenapa cari I?"

"Really kenapa I masuk ofis tadi you tak ada? I cuma rindu," selamba sahaja jawapan itu.

"Tapi I tak rindu you pun," balas Dilla. Chen Ming langsung tidak tersenyum.

"Dah makan?"

"Belum. Ming, nak makan I lapar," kata Dilla sambil memegang perutnya.

"Jom duduk sana. I ada belikan you makanan," ajak Chen Ming menarik tangan Dilla ke kerusi taman yang diletakkan di situ.

"Thank you Ming. You are like my soulmate, always there for me."

"Dah, cepat. Masa makan nak habis ni. I dengar Razlan mengamuk dari lobi ke tingkat 14. You jangan buat dia marah tau. I takut dia terkam you ke." panjang lebar penerangan daripada Chen Ming.Dilla hanya menikmati makanan tengahari secepat yang dia boleh.

"Esok cuti, nak pergi mana? I bawa you jalan," tegur Chen Ming membuka botol air mineral untuk Dilla.

"I nak pergi jumpa Ara. Nak ikut?" tanya Dilla mengemas bekas makanan.

"Boleh, no hal," pantas Chen Ming menjawab. "Dah kenyang?" bagaikan seorang kekasih Chen Ming mengambil berat tentang Dilla.

"Ok, pukul 8 jumpa kat lobi blok B ya? I need to go. Nak mop tangga," kata Dilla berlalu.

"Riana!" panggil Chen Ming. Dilla Riana menoleh. "I love you!" jerit Chen Ming.

"I love you too Ming....!" jawab Dilla tersenyum. "Macam kawan baik, macam abang." Dilla melambai dan berlari ke dalam lif. Dia menekan butang ke tingkat 3 untuk memgambil barang kebersihan. Tiba di tingkat 13, Razlan masuk ke lif yang sama dengan Dilla.

"Where are you from?"tanya Razlan tegas. Dilla memberikan senyuman paling manis kepadanya. Senyuman yang mengelirukan Razlan.

"I am from Sungai Petani," jawab Dilla bergurau. Kening kanan Razlan terangkat.

"Are you joking?"

"No! You look dashing today. The navy blue compliments your skin."

"Dashing?" tanya Razlan balik. Dilla melemparkan senyum manis penuh bermakna. Hanya mereka berdua di situ.

"Abang," tegur Dilla lagi berdiri di sebelahnya.

"Abang?"

"Abang...auntie ada bagitahu tak auntie nak balik bila?" tanya Dilla lagi manis kedengarannya.

"Jangan panggil abang ya. Dengar dek orang saya malu."

"Baik sayang," jawab Dilla pendek.

"Sayang?! Awak ni dah kenapa? Angau?" tanya Razlan sudah mula naik marah. Dilla ketawa lagi.

"Auntie balik bila?" tanya Dilla manja.

"Entah, telefonlah dia sendiri," kata Razlan menjeling. Dilla menyentuh lengan kemeja Razlan dengan jari telunjuknya.

"Abang, Dilla nak balik awal hari ni boleh tak bang. Dilla nak pergi jumpa kawan esok. Esok harijadi dia, nak pergi cari hadiah. Boleh tak bang?" lembut sahaja suara Dilla memancing persetujuan.

"Birthday Chen Ming ke?"

"Err..."

"Sakit kaki saya terasa lagi sebab awak tendang saya tau!" marah Razlan.

"Abang tu, tuduh Dilla macam-macam. Tak baik tau," bersahaja perbualan Dilla dengan Razlan. Lif berhenti di tingkat 8 ada beberapa setiausaha masuk. Dilla menganjak dirinya ke belakang sekali.

"Mr CEO, hendak ke mana?" tanya Atiqa, setiausaha paling glamor di Cybernetics.

"Ke lobi"

"Bukan dengan Dilla ni kan?" tanya Atiqa lagi.

"Siapa tu?" tanya Razlan lagi, cuba menyakiti hati Dilla. Dilla kagum dengan kegigihan Razlan. Dia tersenyum sendiri.

"Dilla, esok birthday Chen Ming,kan?" tanya kawan baik Atiqa, seorang setiausaha juga. Dilla hanya mengangguk. Razlan mencuka mendengarkan pertanyaan itu. "What is his special gift?"

"Entah, tak cari lagi," jawab Dilla selamba.

"The best gift would be if you can lose half of your size now. Tak malu ke jalan-jalan, gelak-gelak dengan Chen Ming?"Atiqa bersuara. Dilla tergelak. "What's so funny?"

"You know what's great about you?" tanya Dilla tersenyum.

"What?"

"You have a very irritating voice tone. Muka cantik suara macam itik." Dilla berkata sambil menjeling Razlan.

"Sudahlah kau tu berangan jadi tunang CEO." balas Atiqa marah. Lif berbunyi tanda sudah sampai ke tingkat 3. Dilla meminta jalan untuk keluar. Baru sahaja dia hendak melangkah Atiqa menahan kakinya dan tersadunglah Dilla tergolek ke luar. Satu lif menggelakkannya. Razlan tidak sempat hendak membuat apa-apa kerana pintu lif sudah ditutup. Ada satu mesej masuk.

'You can go home earlier today.' pendek sahaja mesej itu. Dilla tersenyum. Thank you Atiqa for making me look so pathetic. Which I don't mind! kata hatinya. Dia membalas balik mesej itu.

'Thank you Abang Razlan.' Dia menghantar mesej itu dan double blue ticks muncul tanda mesej telah dibaca. 'Oh ya....you look rather puffy masa ni,' mesej Dilla bersama gambar lama yang dimiliki oleh Dilla. Dilla gelak besar. Mesti dia tak sangka aku ada gambar ni, fikir hatinya. Muka Razlan merah padam melihat gambar yang dikirimkan oleh Dilla kepadanya.

'You delete this or you sleep here tonight,' ugut Razlan.

'No, I don't think so, I made copies,' balas Dilla menipu. Dilla gelak lagi. 'Today is a beautiful day,' kata Dilla lagi .

Mengapa Aku?Where stories live. Discover now