CHAPTER 22

348 8 0
                                    

"nak call ke tak?? Nak call ke?? Hmm..tkut ganggu.." soal Na'ilah yang asyik mundar-mandir dalam bilik..

Hazwan pula dalam situasi yang sama.. Teringin menghubungi Na'ilah bertanya khabar.. Telefon sudah tersedia di tangannya menunggu untuk membuat keputusan..

"dia busy ke tak ehh?? Sihat ke dia?? Dia buat apa sekarang ni??" pelbagai soalan mulai timbul dalam kepala Hazwan..

Sejak Hazwan menetap di bumi orang, mereka tidak pernah menghubungi sesama sendiri.. Rindu mula menyelubungi diri.. Masing2 ego tdk mahu memulakannya..

Na'ilah hanya menatap gambar2 Hazwan di atas meja..

"Dia fikir ke pasal aku??" Na'ilah mula mengeluh..

Akhirnya pada hari itu, masing2 tdk mahu menghubungi sesama sendiri..

                                           ******************************************

Keesokan harinya, kelas pertama Hazwan sudahpun bermula setelah setahun setengah mengambil A Level supaya dapat melanjutkan pelajarannya di New Delhi.. Na'ilah pula masih dengan bidang syariahnya..

"Ila.." seseorang memanggil Na'ilah dari jauh.. Dia pun menoleh ke arah suara itu..

"ohh, Nurul..ada apa??"

"kau nak pergi mana?? Aku nak ikut..boring.. Fharleena awal2 lagi dah cau pergi mana entah.."

"aku nak pergi kafe..hmm..jomlah..aku pun takde teman ni.."

Mereka pun menuju ke kafe..Setelah mereka berdua memesan minuman, Na'ilah dan Nurul hanya berborak-borak kosong sehinggalah sampai topik Hazwan..

"Apa khabar suami kau kt New Delhi??" soal Nurul membuatkan Na'ilah terdiam..

"uhmm..aku tak tau.." jawab Na'ilah dengan sayunya..

"laa..kau tak call dia ke?? Dia pun tak call kau jugak?? Awat?? Sibuk sangat ke sampai tak dapat nak call??" Berdas-das tembakan soalan diajukan kepada Na'ilah..

Na'ilah hanya mampu terdiam..

"haaaaa...aku malu nak call.." keluh Na'ilah..

"hah! Tu lah kau..Tu bukan malu namanya.. Korang tu yang ego.. Taknak call dulu..Apalah salahnya call..kalau sibuk, cakaplah sibuk..At least kau tahu dia bernyawa ke tak kat sana.."

Na'ilah mati akal..tidak tahu apa yang ingin dia balas lagi.. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh kawannya.. Mereka terlalu ego untuk menghubungi sesama sendiri..

"uhhmmm..habis?? Apa aku nak buat??" soal Na'ilah..

"Kalau dia tak call kau, kau yang call dia.."

"ish..taknaklah aku..nanti apa pulak dia kata kang.."

"Kau nak ke dia jumpa minah lagi cantik dari kau kat sana?? Dahlah korang belum lagi setahun kahwin terpisah jauh..haiyyaa" soalan Nurul membunuh kata2 Na'ilah membuatkan Na'ilah terdiam..

"Sekarang ni ramai yang kahwin muda, bercerai awal.. Aku taknak kau jadi macam tu.." ujar Nurul lagi..

Zaujku Seorang PhotographerWhere stories live. Discover now