Chapter 32

314 8 0
                                    

Setelah seminggu Hazwan berada di Malaysia, kini Hazwan selamat pulang ke New Delhi.. Walaupun kesedihan masih tersisa, namun dia harus kuat menempuh cabaran dalam hidup.. Lumrah kehidupan.. Kehilangan orang tersayang amat pedih namun akan ada hikmah disebalik kepedihan itu.. Naufal hanya mampu merenung Hazwan yang mendiamkan diri sejak pulang dari Malaysia..

"Kau ok ke tak ni??" Naufal menepuk bahu Hazwan..

Hazwan tersentak apabila Naufal menegurnya..

"Ahh?? Uhmm... Aku ok.." balas Hazwan..

"Sudahlah tu Wan.. Yang pergi tu biarlah pergi.. Allah lebih sayangkan dia.. Aku faham perasaan kau sekarang ni.. Kita yang hidup ni tetap teruskan perjuangan kita.." jelas Naufal..

Telefon Hazwan berdering di dalam bilik menandakan panggilan masuk dari Auliya'.. Dahulu dia tertunggu-tunggu dengan panggilan dari Auliya'.. Kini tidak lagi semenjak dia bergelar suami orang..

"Hello Assalamualaikum.." sahut Hazwan..

"Err.. Waalaikumussalam.. Uhhmmm.. Hazwan.."

"Ada apa??"

"I dengar adik you meninggal.. I've tried to contact you but I lost your phone number.. So I mintak dari Naufal.. I just nak ucapkan takziah kat you atas apa yang berlaku kat adik you.." jelas Auliya'..

"Hmm.. Ok thanks.. Tu je ke?? Ada apa lagi??Saya sibuk sekarang.." soal Hazwan yang secara tiba-tiba bersikap dingin terhadap Auliya'..

"Uhmm wait.. I have something to tell you.. Esok kita jumpa boleh?? Lepas habis kelas you la.."

"Tengokla macam mana.. Banyak assignment yang tertangguh.. If I have time, I'll call you.. Ok bye Assalamualaikum.." Hazwan terus meletakkan telefon..

Dia tidak mahu perasaannya berbolak-balik lagi.. Cintanya cukup untuk isterinya sahaja.. Setelah meletakkan panggilan telefon, dia mendapat satu pesanan ringkas lantas dia membukanya..

Fi Amanillah.. Ingati orang yang tersayang dalam doamu..-Ila-

Walaupun pesanan itu cukup pendek, namun cukup membuatkan hati Hazwan terasa bagaikan di awang-awangan.. Senyumannya terus hilang apabila sesuatu mengganggu kotak fikirannya.. Hazwan masih teringat kata-kata Na'ilah ketika mereka berada di lapangan terbang membuatkan dia terfikir-fikir sampai saat ini..

"Awak.. Saya tau ni terlalu awal untuk saya cakap benda ni.. Dan saya tau jugak yang perkahwinan kita ni bukan atas keinginan sendiri.. Awak kahwin dengan saya sebab kesiankan Yani kan??" soalan Na'ilah membuatkan Hazwan mendiamkan diri..

Na'ilah hanya mampu tersenyum melihat Hazwan yang tidak mampu menjawab pertanyaannya..

"Takpe.. It's ok if you can't answer it.. I knew it.." balas Na'ilah lagi..

"Tapi awak kan tau saya....... Dah mula sayangkan awak??" soal Hazwan kembali..

"Ye saya tau.. Tapi cinta tu tak boleh dipaksa Iwan.. You keep struggling to love me and I try to be a good wife for you.. But that doesn't mean our marriage will end with happiness if you keep that photo around.." tegas Na'ilah lagi..

Hazwan teringat dia masih menyimpan gambar Auliya' di dalam dompetnya.. Dia akui perasaannya terhadap Auliya' masih tersisa..

"Awak... Saya tau awak masih sayangkan dia walaupun hati awak sedikit demi sedikit beralih ke arah saya.. Tapi yang tersisa tu membuatkan awak akan pergi balik kat dia suatu hari nanti kalau.... Kalau.." Na'ilah terhenti seketika..

"Kalau apa??" soal Hazwan menunggu jawapan dari Na'ilah..

"Kalau dia pun sukakan awak macam mana awak sukakan dia dulu.." Hazwan tergamam seketika..

"Awak.. Kalaulah kita memang ditakdirkan untuk tidak bersama, awak sudi.........." Na'ilah mula menunduk ke bawah..

"lepaskan saya??" sambung Na'ilah lagi..

Zaujku Seorang PhotographerWhere stories live. Discover now