Sudah beberapa jam pembedahan itu belum lagi berakhir..Kerapkali Hazwan mundar-mandir di ruangan menunggu sehingga pembedahan itu selesai.. Keluarga hanya mampu berdoa dari jauh.. Dia tidak putus berdoa agar pembedahan itu berjalan dengan lancar.. Akhirnya doktor yang merawatnya keluar dari bilik pembedahan..
"Are you Ms Na'ilah's husband??" soal doktor itu..
"Yes I am.. How's my wife?? Is she okay??"
"She lost a lot of blood.. She's in critical now.. Part of her head was almost cracked and takes a bit longer to heal.. Likely to have side effects from these cracks.. We have to wait for your wife awake in a few days or a few weeks.. If she still unconscious, I am sorry.. We have tried our best to save your wife.. Pray a lot.." doktor itu berlalu pergi sebaik sahaja dia menepuk bahu Hazwan..
Hazwan menuju ke wad ICU setelah Na'ilah dipindahkan di situ.. Sebaik sahaja dia memasuki ruangan ICU, Hazwan mendapat panggilan telefon dari Atiqah..
"Hello, Assalamualaikum.." Hazwan memulakan bicara..
"Waalaikumussalam.. Hazwan.. Macam mana dengan Ila?? Operation okay ke??" soal Atiqah yang turut bimbang dengan keadaan Na'ilah..
Hazwan hanya mampu mengeluh..
"Dia dalam keadaan kritikal.. Doktor cakap mungkin ada kesan sampingan kalau dia sedar.. Tapi boleh jadi dia... Dia..." Hazwan tidak mampu menghabiskan kata-katanya..
"Dia apa Wan?? Cakapla.." Atiqah menunggu Hazwan menghabiskan ayatnya..
"Dia... Mungkin jugak takkan sedar.." Hazwan menahan sebak di dada..
Atiqah mula mengalirkan air mata..
"Sabarlah Wan.. Berdoa banyak-banyak.. Mungkin dia cepat sedar kalau Hazwan sentiasa ada di samping dia.. Saya pun tak mampu nak pergi lawat dia.. Hanya mampu titipkan doa je.." ujar Atiqah ingin mengembalikan semangat Hazwan..
"Apa yang berlaku sebenarnya masa tu?? Betul ke Yazid dengan Ila memang ada keluar bersama??" soal Hazwan kembali..
"Err. Hazwan.. Sebenarnya abg Yazid tak sengaja masa tu.. Dia tarik tangan Ila sebab ada satu insiden pasu jatuh dari tingkat dua directly kena kat tempat Ila dengan Yazid berhenti pada masa tu.. Masa tu saya pergi toilet tinggalkan Ila kejap.." jelas Atiqah membuatkan Hazwan terdiam..
"Ya Allah.. Ni semua salah saya.. Sebab sayalah Ila jadi macam ni.. Saya tak dengar dulu penjelasan dari dia.. Lebih percayakan cakap orang berbanding isteri sendiri.." Hazwan menyalahkan dirinya..
"Hazwan.. Benda dah jadi.. Nak buat macam mana.. Allah buat semua ni ada hikmahnya.. Hazwan kena banyak bersabar dan berdoa.. Insha Allah Ila tak ada apa-apa.. Oklah Wan.. Saya ada hal nak kena buat ni.. Kalau ada apa-apa perkembangan tentang Ila, bagitau ye.."
"Ouhh Ok.. Insha Allah.. Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.." Atiqah memutuskan panggilan..
Hazwan memandang Na'ilah dengan wajah yang sayu.. Dengan kepalanya berbalut tebal dan bernafas dengan menggunakan alat bantuan pernafasan lagi memilukan hati Hazwan.. Hazwan masih memegang hadiah tersebut lalu membukanya.. Tali leher yang berwarna hijau tersimpan kemas dalam kotak hadiah tersebut.. Di sampingnya, terselit satu nota kecil lantas dia membukanya..
-Jarak ini sekadar ujian.. Nak tengok sejauh mana cinta ini boleh bertahan.. Biarkan cinta itu hadir dengan sendirinya.. Di waktu yang Allah telah tetapkan.. Apapun nanti akhir kisah kita, bahagia atau derita, semua pasti ada hikmahnya.. HAPPY ANNIVERSARY -
Hazwan memegang erat tangan isterinya lalu dikucupnya dengan penuh kasih sayang.. Air mata jernih mula mengalir di pipi Hazwan..
"Ya Allah.. Aku mohonKau berikan peluang untuknya terus hidup.. Namun, jika setakat ini sahajaperjalanan kisah cinta kami dan Kau utuskan malaikat-Mu untuk menjemputnya, akuredha.."
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...