"Okey.. Ada apa awak nak jumpa saya ni??" soal Hazwan..
"Uhmm.. Pasal isteri awak dengan gambar tu.." jawab Azlyn..
Hazwan tersentak seketika..
"A..Awak tau ke pasal tu?? Saya rasa perkara ni hanya saya dengan Naufal je tau.."
"Yazid tu abang saya.. Dan saya rasa saya tau siapa yang send gambar tu ke Whatsapp awak.."
"Hah?? Awak tau??"
"Ye.. Dan saya rasa dalang semua ni adalah Liya' sendiri.. Dua minggu lepas, Azlyn pernah cuba nak bukak phone saya tanpa saya tau.."
-FLASHBACK-
"Liya'.. Aku nak pergi tandas jap.. Kau tolong jaga beg aku boleh??"
"Haah okey.." jawap Auliya'
Azlyn terus menuju ke tandas..
Tanpa melengahkan masa, Auliya' terus mengambil telefon Azlyn di dalam begnya lalu dia cuba membukanya..
"Ishh tak guna betulla.. Ada password pulak phone budak ni.."
Auliya' berkali-kali mencuba untuk membuka dan mengingat kembali kata laluan telefon yang pernah diguna oleh Azlyn..
"Liya.. Kau buat apa dengan phone aku ni??" Azlyn menegur Auliya' yang sedang membuka telefonnya membuat Auliya' terkejut..
"Uhh?? Uhmm... Tak.. Ak...Aku nak cari.....Uhmm..Haa... Aku nak cari powerbank kau tadi kat dalam beg sebab phone aku dah nak habis bateri.. Tertarik dengan casing phone kau.. Ada blink-blink la..Haha.. Can.. Cantik.. Mana kau beli??"
Timbul rasa curiga dalam diri Azlyn terhadap Auliya'..
'Setahu aku, dia tak suka casing macam ni.. Tapi kenapa tetiba pulak dia cakap macam tu??' desis Azlyn dalam hati..
-FLASHBACK END-
"Sejak haritu, perwatakan dia lain sangat.. Dia selalu busy call orang dan pernah sekali saya terdengar perbualan dia dengan orang tu.. Dia mintak beli number Malaysia.. Saya makin curiga..Sampailah one day, saya terjumpa......." Azlyn menyambung semula ceritanya..
-FLASHBACK-
"Liya.. Oo Liya.. Tolong aku angkat barang ni jap.." Azlyn memanggilnya dari dapur..
Tiada sahutan dari dalam biliknya..
"Tidur ke apa budak ni?? Mentang-mentangla cuaca sejuk harini.. Sedap-sedap je kau tidur ye..Hmm.. Takpe.. Takpe.."
Azlyn terus menerjah masuk ke dalam bilik Auliya'..
"Oi Liya.. Kau...-" kata-kata Azlyn terhenti apabila dia melihat sesuatu di dalam laptop Auliya'..
Auliya' tiada di dalam biliknya.. Azlyn melihat gambar Na'ilah dan Yazid berpegangan tangan..
"Apa ni?? Bila masa gambar ni diambik?? Kenapa abang aku ada kat situ??"
Azlyn terus beredar dari bilik Auliya'..
-FLASHBACK END-
"Macam ni ke gambarnya??" soal Hazwan menunjukkan gambar yang dihantar oleh seseorang..
"Haa.. Yang tu laa.."
Sampai sahaja dihospital, Auliya pergi kaunter untuk menanyakan tempat Na'ilah dirawat..Auliya' terus menuju ke sana.. Setelah masuk ke ruangan itu, Auliya' perlahan-lahan menuju ke katilnya..
"Aku tau kau sayang Hazwan.. Tapi aku lebih sayangkan dia.. Aku lebih kenal dia dari kau.. Hazwan supposed to be mine........ I'm sorry.. I have to kick you out of his life.."
Tangannya mencapai alat bantuan pernafasan yang ada pada Na'ilah..
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...