Setelah selesai kelas, Naufal dan Azlyn terus menuju ke hospital untuk melawat Auliya'.. Sebelum itu, mereka berdua sempat singgah di pasaraya untuk membeli makanan dan buah-buahan untuk Auliya'..
"Aku nak jumpa Ila la sebelum nak jumpa Liya.. Dah lama aku tak jumpa dia.." Azlyn bersuara ketika dia sibuk memilih buah-buahan yang bagus untuk Auliya'..
"Eh? Kau kenal isteri Hazwan ke??" soal Naufal..
"Of course lah kenal.. Dia kawan aku masa kecik lagi.. Cuma aku terputus hubungan dengan dia sejak aku pindah rumah.. Aku dengar Auliya' bercerita pasal isteri Hazwan, terus aku ingat dia.. Tapi aku tak tau dia masih ingat aku lagi ke tak.." jawab Azlyn..
"Ouh ye ke?? Hmm.. Aku rasa baik kau cepat.."
"Why??" soal Azlyn kehairanan..
"Aku call Hazwan pagi tadi, then dia cakap Ila discharge petang ni.. Sebab dia flight ke Malaysia dengan uminya malam ni jugak.."
***************************
Hazwan menuju ke wad Auliya' sebaik sahaja membiarkan Na'ilah meluangkan masa bersama Puan Raudhah sambil mengemas barang-barang yang perlu dibawa balik Malaysia..
Semasa dia memasuki wad Auliya', Hazwan melihat Auliya' sedang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya..
"Assalamualaikum.." Hazwan memberi salam..
"Waalaikumussalam.." Auliya' menjawab salam sebaik sahaja dia menoleh ke arah Hazwan..
"Naufal ada tak??" soal Hazwan..
"Takde.. Kejap lagi dia sampai.. You duduklah dulu.."
"Ouhh takpela.." jawab Hazwan lalu melangkah keluar dari situ..
"Jap.. Uhhmm.. Nak tanya..Isteri you macam mana??" soal Auliya' menghentikan langkah Hazwan untuk keluar..
"Dia dah boleh balik harini.. Malam ni terus flight ke Malaysia.. How about you??" soal Hazwan kembali..
"Macam ni jugakla.. Lagipun, I haven't tell my parents about this yet.."
"Belum bagitau lagi?? Habis bila you nak bagitau??"
"Taktau.. I taknak my parents risau and terpaksa buangkan duit diorang nak biayai treatment yang mungkin takkan ada kesan.." jelas Auliya' dengan nada yang sayu..
Hazwan pula menunjukkan wajah sayu apabila Auliya' berkata sebegitu..
"Uhhmmm.. Hazwan.." Auliya' bersuara lagi..
"Ye??" Hazwan mendongak kepalanya untuk melihat Auliya'..
"I.. Uhmmm... I nak mintak maaf pasal haritu.. I tau I memang jahat.. I tak peduli dengan perasaan orang lain.. And I tak sedar dalam diam ada orang nak kejar hati I sedangkan I sibuk kejar hati orang lain yang dah berpunya.." jelas Auliya' lalu mengeluh panjang..
"I dah lama maafkan you.. And I bukan orang yang sama you pernah kenal dulu.. I dah banyak berubah sejak Allah hadirkan isteri I dalam hidup I.. Dia dah banyak ubah hidup I.. Dulu, I banyak berdiam.. Tapi I pendendam orangnya.. Bak kata orang, diam-diam ubi berisi.. Sekarang, I mudah nak maafkan orang.. I pun dah banyak bergaul dengan orang.." jelas Hazwan sambil mempamerkan senyuman..
"Assalamualaikum.." seseorang memberi salam..
"Waalaikumussalam.." serentak Hazwan dan Auliya' menjawabnya dan menoleh ke arah suara tersebut..
Naufal dan Azlyn akhirnya tiba di hospital setelah balik dari pasaraya membeli barang..
"Amboi.. Rancak bersembang nampak.. Hahaha.." tegur Azlyn..
"Takdelah.. Hahaha.. Nak cari Naufal tadi tak jumpa.. Sembang kejapla dengan Liya.. Aku nak mintak tolong Fal.. Carikan teksi untuk hantar Ila dengan umi aku pergi airport.." ujar Hazwan..
"Ouh ok.. No prob" jawab Naufal..
"Hmm.. Thanks bro.. Aku gerak dulu.. Nak tengok Ila.." jawab Hazwan lalu beredar dari situ..
Azlyn juga keluar dari wad membawa buah-buahan yang baru dibelinya untuk dicuci meninggalkan Naufal dan Auliya' di situ..
"Naufal.." Auliya' bersuara..
"Hmm.."
"Aku nak mintak tolong kau sikit boleh??" soal Auliya'..
"Tolong apa?? InshaAllah kalau aku mampu.."
"Tolong ajarkan aku semua tentang agama.."
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...