Auliya' menunggu Hazwan di dalam perpustakaan.. Hazwan pula mengambil langkah berjaga-jaga ingin melihat jika ada kelibat Auliya' ingin mengganggunya lagi.. Dia menilik sedikit demi sedikit di depan pintu perpustakaan.. Tingkah lakunya diperhatikan oleh Naufal.. Dia mula kehairanan..
'Buang tebiat ke apa budak ni??' ujarnya dalam hati..
"Oii.. Kau buat ahh?!!!" jerit Naufal di telinga Hazwan membuatkan Hazwan terkejut mendengarnya..
"Ish.. Buatnya aku heart attack kat sini, sapa nak jaga bini aku??" soal Hazwan..
"Nanti aku jaga..Aku sudi menjaga jiwa dan raganya.." jawab Naufal dengan senyum lebarnya..
"Aku cepuk kang.."
"Hehe.. Anyway, kau buat apa kat sini?? Terhendap-hendap.. Awat?? Ada awek cun ke??" usik si Naufal..
"Ish..kau ni..Tak habis-habis dengan awek.. Aku sebenarnya nak lari dari langsuir.."
"Biar betul kau ni, Iwan.. Takkan kat negara lain ada kut.."
"Hazwan.. Where have you been?? I'm searching you.. Please.. I want to talk with you.." Auliya' menegur Hazwan di depan pintu perpustakaan..
'Allahu.. Kantoi pulak dah..' desis Hazwan dalam hati..
"You nak apa lagi?? Cukupla Liya.. Walau beribu cara pun you nak dapatkan I, I takkan jilat ludah I balik tau.." soal Hazwan terhadap Auliya'
"You.. I tak pandang lelaki lain lagi selain you.. Please accept me.."
Naufal yang berada disitu hanya sekadar melihat sahaja..
"Fal.. Kalau kau nak tau, langsuir yang aku cakapkan tadi tu.. Dia la.." bisik Hazwan di telinga Naufal lalu dia beredar dari situ..
"Hazwan!! You tak kenal lagi siapa isteri you yang sebenar.. I know her very well, Hazwan.."
*****************************
"Aik?? Banyak-banyak kedai yang kau pergi, satu pun kau tak beli lagi??" soal Atiqah..
Sudah banyak kali mereka berdua berpusing di sekitar pusat membeli-belah tersebut..
"Aku taktau la nak beli apa untuk Hazwan.." jelas Na'ilah..
"Laa.. Kau tak tanya dia ke barang yang Hazwan suka?? Ataupun dia suka colour apa??"
"Tak pernah pulak aku tanya dia suka barang apa... Tapi aku tau dia suka colour apa.. Uhhmm.. Hijau kalau tak silap aku laa.."
"Hmm.. Hijau ehh? Jap.. Aku cuba fikir.."
"Ehh?? Ila??" seseorang menegurnya..
Na'ilah dan Atiqah menoleh ke arah suara tersebut..
"Ehh.. Abg Yazid??" serentak mereka berdua menyebutnya..
"Haha.. Korang nak beli barang ke kat sini??"
"Err.. Haah..uhhmmm.." teragak-agak Na'ilah ingin menjawabnya..
"Macam ada something wrong je ni.. Cakap je la.." ujar Yazid..
"Haa.. Memandangkan abg Yazid ada kat sini, cer tanya dia.." ujar si Atiqah menyiku lengan Na'ilah..
"Hmm.. Apa dia??" soal Yazid ingin mengetahui apa yang Na'ilah inginkan..
"Uhmm.. Abg Yazid.. Abang kan lelaki.. Abang mesti tau apa yang lelaki nak.. Ila nak mintak pandangan abang.. Barang apa yang selalu lelaki beli.." jelas Na'ilah terhadap Yazid..
"Hmm.. Barang yang lelaki paling suka ehh.."
"Ila.. Aku nak ke tandas dulu la..Tak tahan.. Kau beli barang dulu ehh..Nanti datang balik..Ok bai.."
"Iqa..Iqa.. Wei.. Nanti laa.." Jerit Na'ilah..
Atiqah bergegas beredar dari situ tanpa mengendahkan Na'ilah.. Secara tidak sedar tangan Na'ilah ditarik oleh Yazid.. Pasu besar jatuh berhadapan dengan Na'ilah dari tingkat 2.. Atiqah menoleh ke arah bunyi bising tersebut..Situasi mencemaskan itu telah menarik perhatian pengunjung yang datang ke pusat membeli-belah tersebut..
"I..Ila tak apa-apa??" soal Yazid..
"Ila.. Kau tak apa-apa?? Uhhmm.. Abg Yazid.. Boleh lepaskan tangan Ila??"
Na'ilah masih dalam keadaan terkejut kerana buat pertama kalinya seorang ajnabi memegang tangannya..
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...