Selepas pengebumian Hayani di tanah perkuburan berhampiran dengan perumahan mereka, pada malamnya pula diadakan majlis tahlil untuk Hayani.. Rakan-rakan Na'ilah termasuk Yazid datang ke rumah untuk bersama dalam majlis tahlil tersebut.. Puan Hafizah pula tidak keluar bilik sejak pulang dari pengebumian Hayani.. Penat juga Puan Raudhah dan Encik Ammar memujuknya supaya keluar dari bilik berjumpa dengan tetamu.. Tetapi pujukan mereka tidak berhasil..Akhirnya giliran Hazwan pula yang memujuk ibunya..
"ibu.." Hazwan mengetuk pintu biliknya..
"Iwan ni bu.. Boleh Iwan masuk??" soal Hazwan menunggu Puan Hafizah membuka pintu..
Na'ilah disebelahnya memegang erat lengannya dan memandang Hazwan..
"Awak.. Rasanya ibu bukak ke?? Ila risau la.. Dari semalam ibu tak makan apa-apa.." soal Na'ilah menemani Hazwan di muka pintu bilik ibunya..
Hazwan memberikan senyuman ke arah Na'ilah walaupun dalam hatinya turut bersedih atas kehilangan adiknya yang tersayang..
"Saya tahu ibu jenis yang kuat orangnya.." jawab Hazwan..
Setelah itu, pintu bilik Puan Hafizah pun terbuka.. Melihat keadaan Puan Hafizah yang tidak bermaya, Na'ilah terus pergi ke dapur untuk mengambil sedikit makanan.. Hazwan pula membawa ibunya masuk ke bilik ingin memujuk..
"Ibu.. Iwan risau la ibu tak makan apa-apa dari semalam.. Kalau ibu sakit kan susah.. Tau tak, Ila ulang-alik dari ruang tamu ke bilik ibu nak tau ibu ok ke tak.. Menantu ibu yang ibu sayang tu.. Risau tau tak.. Pandai ibu pilih isteri Iwan.. Baik.. Cantik pulak tu.. Tak jemu Iwan tengok.." sempat pula si Hazwan mengusik ibunya membuat ibunya kembali senyum..
"Ada je benda nak usik ibu.." ujar Puan Hafizah mencubit peha Hazwan membuatkan Hazwan ketawa..
"Haa.. Yang ni Iwan nak tengok.. Takde senyuman ibu, tak lengkap tau rasa hidup Iwan ni.. Tiap pagi lepas Subuh, Iwan selalu tengok gambar keluarga kita nak melepas rindu.. Call je tak cukup bu.. Tambahan pulak Iwan selalu busy dengan assignment bertimbun..Ibu...." Hazwan memandang tepat mata Puan Hafizah..
"Janganla kurung diri macam ni.. Kalau Yani tengok ibu bersedih macam ni, roh dia pun tak tenang tengok ibu selalu merintih pasal dia.. Iwan tau, ibu susah nak terima hakikat Yani dah takde.. Ibu sayang sangat kat Yani tu.. Tapi.. Allah lebih sayangkan dia.. Yani budak baik.. Solat tak tinggal.. Tak melawan cakap orang tua.. Aurat pun terjaga.. Insha Allah.. Syurga buat dia, ibu.." jelas Hazwan menenangkan hati ibunya lalu dia memeluk Puan Hafizah dengan erat..
"ehem.. Assalamualaikum.. Ila mengganggu masa ibu dan anak ke?? hehe.." soal Na'ilah di depan pintu membawa sedulang makanan untuk ibunya..
"Waalaikumussalam.. Takdelah.. Tak ganggu pun.." jawab si Hazwan melemparkan senyuman ke arah Na'ilah..
*****************************************************
Setelah selesai majlis tahlil arwah pada malam itu, tetamu pun beredar dari rumah..
"Awak.." Na'ilah menegur Hazwan yang sedang sibuk mengemas pinggan yang telah digunakan..
"Haa.. Kenapa??" soal Hazwan..
"err.. Ni Abg Yazid.. Jiran Ila dulu.. Senior Ila jugak satu kampus.. Dia kata dia teringin nak tengok awak..." jawab Na'ilah dengan nada yang ceria..
"Oh ye ke?? Saya Hazwan.. Suami Na'ilah.. Gembira dapat berjumpa.." Hazwan pun bersalaman dengan Yazid..
Setelah mengemas semua sisa makanan di ruang tamu, Hazwan dan Yazid pun berbual kosong di laman rumah..
"Uhhmm.. Abg Yazid.. Mcm mana perangai Ila masa kecik dulu?? Yelah.. Kan abg rapat dengan Ila.. So, mesti abg tau perangai dia kan berbanding saya.."
"Panggil Yazid je cukup.. Agak janggal pulak orang lelaki panggil saya abang.. Hmm.. Ila dulu brutal orangnya.. Haha.. Pernah satu hari, dia cari pasal kat budak senior yang pernah kotorkan baju dia..Tak pernah terfikir la pulak sekarang ni dia dah transform jadi gadis muslimah yang sopan.. " Mereka berdua pun tergelak..
"Tapi yang penting, Ila tu memang baik.. Walaupun mulut dia bising, tapi dia caring.. Saya pun pernah suka kat dia.. Tapi, dia dah ada suami yang layak untuk dia.. Jaga dia baik-baik ye.." kata-kata Yazid membuatkan Hazwan terdiam..
*ada mistake di sini.. Chapter 30 selepas chapter 33 ya.. Tak perasan yg chapter 30 belum di publish.. Kesilapan amatlah dikesali.. Terima kasih kerana masih support cerita ni walaupun agak lama saya publish chapter seterusnya akibat kekangan masa dan juga internet yang tak pernah nak laju.. hahahaha
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...