Na'ilah menunggu kehadiran Hazwan pulang dari New Delhi di KLIA.. Gembira bercampur duka.. Kepulangannya bukan untuk bermesraan dengan isteri tercinta tetapi memberi semangat kepada Hayani untuk meneruskan kehidupannya...Hazwan bergegas mencari Na'ilah yang sudah lama menunggunya.. Na'ilah pula tidak senang duduk mencari kelibat Hazwan.. Akhirnya mereka bersua.. Disudut hatinya, teringin sahaja Hazwan memeluk erat isterinya kerana terlalu rindu..Namun dia tidak mampu melakukannya.. Na'ilah pula berdiri kaku melihat Hazwan tersenyum.. Allahu.. Rindunya tidak terkata melihat senyuman manis suaminya..
"A..Awak... Awak sihat??" Na'ilah memulakan bicara..
Bibir Hazwan terunci seketika kerana terlalu gembira dapat menemuinya..
"Sihat.. Alhamdulillah.." Hajat Hazwan ingin memeluk Na'ilah terkubur begitu sahaja..
"Yani macam mana??" Soal Hazwan kembali..
Na'ilah mula membisu seketika lalu menunduk ke bawah..
"Dia masih tak sedarkan diri.." jawab Na'ilah dengan sayunya..
Tidak mampu menahan sebak di dada, air mata mula mengalir dipipinya.. Sungguh pedih apa yang dirasai Hazwan ketika melihat air mata isterinya mengalir..
"Alalala... Janganlah nangis.. Adoii.. Malu la kat orang.. Nanti apa pulak orang kata kang.. Masuk facebook kata suami dayus buat isteri menangis kat public.. Nanti kalau saya popular susah.. Pompuan ramai nak dengan saya kat luar sana tu.." gurau si Hazwan menggembirakan hati isterinya lalu menepuk-nepuk bahu Na'ilah..
Na'ilah pula hanya mampu memberikan jelingan tajam ke arah Hazwan membuatkan Hazwan tersengih-sengih..
***********************************************************
Auliya' berada di perpustakaan menunggu kelibat Hazwan yang sering singgah di situ.. Azlyn pula kehairanan melihat Auliya' seperti tercari-cari seseorang..
"Oi.. Kau cari siapa??" Azlyn menegurnya..
"Ada tengok Hazwan tak?? Aku teringin nak jumpa.." soal Auliya' kembali..
"Hazwan tak datang kelas la harini.. Dia balik Malaysia malam tadi.. Dengarnya adik dia sakit.. Haa macam tu lah.." jelas Azlyn sedikit mengecewakan Auliya'..
"Liya.. Cuba kau jujur dengan aku.. Selama kau bercerita yang kau suka kat mamat satu sekolah dengan kau dulu, dia tu Hazwan kan??" soal Azlyn lagi..
Auliya' tersentak mendengar soalan Azlyn.. Dia mendiamkan diri seketika.. Auliya' hanya mampu mengangguk..
"How..How did you know??"
"Aku dah agak dah.. Hello.. Aku ni pompuan sama macam kau jugak.. Pandangan kau kat dia tempoh hari tu lain sangat.. Beb.. I have a bad feeling about this.. Aku tak tau nak cakap macam mana, tapi.. Kalau boleh..." Azlyn berhenti seketika..
"Apa dia??" Auliya' menunggu Azlyn menghabiskan ayatnya..
"Try to forget him, can you??"
Permintaan Azlyn menimbulkan persoalan dan sedikit kemarahan dalam diri Auliya'..
"Kenapa pulak??" soal Auliya' menginginkan kepastian..
Azlyn hanya mampu mempamerkan senyuman..
"No.. Uhmm.. Nothing.. Just give you an advice as your friend.."
Azlyn tidak sampai hati memberitahu Auliya' tentang Hazwan yang sebenarnya sudah berkahwin 2 tahun yang lalu..
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...