"Assalamualaikum, awak.. Awak kat mana??" Na'ilah menelefon Hazwan sejurus sampai di New Delhi..
"Waalaikumussalam.. Awak dah sampai?? Awak tunggu je kat mana awak berdiri sekarang.." Hazwan terus meletakkan telefon..
Dia menuju ke arah Na'ilah yang masih tercari-cari kelibat suaminya..
"Rindu ke??" bisik Hazwan di telinga Na'ilah membuatkan Na'ilah terperanjat..
"Ya Allah.. Awak..Buatnya saya menjerit tadi.. Tak pasal-pasal orang tuduh awak nak rogol saya.. Bukannya nak bagi salam dulu sebelum tegur.. Huh!" Na'ilah mencebik bibirnya..
"Wah.. Haha.. Jauh sekali pemikiran tu ye.. Assalamualaikum, tuan puteri yang ku rindui selalu.."
'Ya Allah.. Mana tak cair aku dengar ayat tu dari bibir orang yang aku suka..' desis Na'ilah dalam hati..
"hmm.. Waalaikumussalam.." jawab Na'ilah dengan nada bersahaja..
"Aik?? Tak gembira ke jumpa saya??" soal Hazwan dengan nada yang sedikit kecewa..
"Awak.. Saya lapar.. Jom makan..Kat dalam flight saya langsung tak makan.. Pelik-pelik je nama makanan tu.." Na'ilah cuba menukar topik lalu menarik lengan baju Hazwan..
'Awak.. Saya sentiasa rindukan awak.. Cuma saya malu nak luah..Akan ada masanya nanti saya luahkan..' ujar Na'ilah dalam hati..
***************************************
Betapa gembiranya hati Na'ilah kerana dapat meluangkan masa yang ada ini bersama suaminya setelah sekian lama menjauh..Senyuman mula terukir di bibirnya membuatkan Hazwan tidak berhenti memandang senyumannya.. Hazwan pula tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar pemandangan di sekitar Taj Mahal itu.. Pada saat itu juga, Hazwan terpesona melihat senyuman Na'ilah yang menawan..
"Ila.." Hazwan memanggil Na'ilah dari jauh..
Na'ilah pun menoleh ke arah Hazwan..
"I love you.." senyuman yang paling menawan mula terukir di bibir Na'ilah..
Flash kamera Hazwan mula memancar di wajah Na'ilah..
'Waaaa.... Kenapa tak bagitau awal-awal dia nak ambik gambar?? Entah macam mana la rupa aku dalam tu.. Malunya...' desis Na'ilah dalam hati lalu dia beredar ke tempat lain..
Hazwan mula kehairanan melihat tingkah laku Na'ilah..
"Aik?? Bukan main payah aku nak confess kat public.. Takkan dia taknak balas 'I love you' lagi kat aku?? Is she playing hard-to-get with me?? Takpe.. Takpe.. Taknak sebut takpe.. I will do everything to make she fall in love with me..Tunggu la nanti..huh!" bebel si Hazwan seorang diri sambil memeriksa gambar Na'ilah yang baru sahaja diambilnya sebentar tadi..
"Hey, pretty.. Alone??" Sekumpulan lelaki datang mengerumuni Na'ilah..
Na'ilah mula mencari Hazwan yang hilang dari pandangan..
'Tulaa kau.. Degil taknak tunggu Hazwan dulu..Kan dah kena..'desis Na'ilah dalam hati..
Dia terus beredar dari situ namun lengannya ditarik oleh salah seorang dari mereka..
'Awak... Tolong saya.. Awak kat mana sekarang??' ujar Na'ilah dalam hati.. Na'ilah mula berasa cemas..
"I'm sorry but this is my wife.. Can you let her go before i call the police??" Hazwan menarik tangan Na'ilah terus dalam dakapannya..
Mereka pun berlalu dari situ..
"Aishh... Degil..Pepandai je jalan sorang diri..Kan dah kena.." Hazwan mengetuk kepala isterinya..
Ketakutan yang dirasai oleh Na'ilah tadi mulai hilang apabila Hazwan di sisi.. Hazwan masih lagi memegang erat tangan Na'ilah..
Peluh gemuruh mula membasahi dahi Hazwan..Inilah kali pertama dia memegang erat tangan isterinya.. Na'ilah yang melihat peluh mula menitik dari dahi Hazwan terus mengeluarkan tisu untuk mengesatnya..
"Saya tau awak gemuruh..I just want that...... I love you till the end of my life, Muhammad Hazwan bin Muammar.." bisik Na'ilah di telinga Hazwan membuatkan Hazwan tersenyum..
"But, I want to ask you one thing?? Macam mana awak boleh halau diorang macam tu je tadi??" soal Na'ilah..
Hazwan hanya mampu tersengih..
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...