Chapter 30

316 10 0
                                    

Ahli keluarga berkumpul menjenguk Hayani yang semakin tenat.. Bacaan Yasin kedengaran di setiap sudut ruang rumah.. Puan Hafizah pula asyik ulang-alik dari rumah ke hospital menjaga Hayani dari siang hingga malam.. Akhirnya, pihak atasan hospital memutuskan agar Hayani dibawa pulang ke rumah.. Kesihatan Puan Hafizah juga semakin susut kerana pemakanannya yang tidak terjaga.. Puan Raudhah sentiasa disisi memberi dorongan kepada Puan Hafizah agar terus kuat dan bersabar.. Hazwan pula sentiasa ada untuk menjaga Hayani ketika dia memerlukan bantuan..

"Yani macam mana??" soal Na'ilah ketika memasuki ruangan bilik Hayani..

Hazwan menoleh ke arah Na'ilah lalu melemparkan senyuman paksa terhadapnya..

"Macam tu jugak.. Tak mampu nak cakap.. Makan pun sikit.." jawab Hazwan dengan sayu.. Jelas kesedihan yang amat di wajah Hazwan memandang Hayani yang tidak bermaya..Teringin juga Hazwan melepaskan kesedihannya ke arah Na'ilah namun dia perlu sembunyikannya.. Maklumlah.. Gentleman kan?? Na'ilah pula teringin mengusap belakangnya menenangkan diri Hazwan..

'Halal ke Haram? Halal ke Haram? Alaa..' desis Na'ilah dalam hati..

"Pegang je laa.. Bukannya haram punn.." ujar si Hazwan melihat tangan Na'ilah yang mahu tidak mahu mengusap belakangnya.. Na'ilah hanya mampu tersengih.. Nada dering telefon Na'ilah memecah kesunyian dalam ruangan itu lantas dia mengangkatnya..

"Hello Assalamualaikum.." Na'ilah memulakan bicara..

"Waalaikumussalam.. Ila.. Aku ni Nurul.. Wei, aku nak jumpa kau pagi tadi.. Fharleena kata kau kat rumah mertua kau.."

"Haah ye.. Aku tak dapat nak datang kelas hari ni.. Ada hal..uhhmm.. Apa hal kau nak jumpa aku??"

"Aku just nak cakap yang aku dapat sambung belajar kat New Zealand.. Aku rasa aku tak sempat nak jumpa kau sebab sekarang ni aku dekat Kelantan.. Esok pagi dah kena pergi airport.."

"Wahh.. Tahniah la.. Takpe kalau kau tak sempat.. Cukupla aku tau yang kau nak pergi sana.."

"Ila.. Yani dah sedar.. Dia nak cakap dengan kita berdua.." Hazwan menegur Na'ilah yang masih berbual dengan Nurul melalui telefon..

"Ohh ok.. Nanti saya datang.." jawab Na'ilah..

"Nurul.. Aku ada hal.. Nanti dah sampai sana, jangan lupa call tau.. Ok bye Assalamualaikum.." Na'ilah menamatkan perbualan..

"Ohh.. Alright.. Waalaikumussalam.."

Na'ilah bergegas ke bilik Hayani untuk berjumpa dengannya.. Dia melabuhkan punggungnya disisi katil Hayani memegang erat tangannya.. Hayani mempamerkan senyuman buat mereka berdua..

"A...akak.. Ab..abang.." Hayani cuba untuk mengeluarkan suara walaupun kondisinya agak lemah kerana semakin tenat..

"Yani.. Abang sanggup balik ke Malaysia nak bagi semangat untuk adik abang ni teruskan hidup.. Yani bertahan ye sayang.." Hazwan menahan sebak di dada melihat badannya yang semakin susut dan wajahnya berubah menjadi pucat..

"Abang... Kalau....dah....memang....jodoh.....Yani dengan....maut, takkan ubah....apa2..Terima kasih.....tunaikan....impian Yani.." satu persatu perkataan cuba untuk Hayani keluarkan dari mulutnya

"A...kak...." kini suara Hayani menjadi semakin lemah.. Dia hanya mampu berbisik di telinga Na'ilah sahaja..

"Yani.. Janganla paksa diri kalau nak cakap.. Yani kena berehat.. Sabar ye.. Kalau Allah izinkan Yani untuk hidup, Yani akan dapat teruskan kehidupan kehidupan jugak.." air mata mula mengalir di pipi Na'ilah..

Dengan sedaya upayanya Hayani mengangkat tangannya mengusap air mata Na'ilah..

"Jaga.....abang......saya.....elok......elok....ye kak... Yani...nak...berehat dulu...." bisik Hayani di telinga Na'ilah..

Denyutan nadi tidak didengari lagi...

Zaujku Seorang PhotographerWhere stories live. Discover now