Usai solat Maghrib, dia menadah tangan ke arah langit..
"Ya Allah.. Aku mohon pada-Mu, agar Kau jaga hubungan kami suami isteri disaat kami berjauhan.. Lindungilah kami sekeluarga dari musibah yang akan Kau timpa pada kami..Kau hadirkanlah rasa sayang itu ke dalam diriku..Aamiin Ya Rabbal Alamiin.."
***************************************************
Setelah habis kelas, Na'ilah menuju ke perpustakaan untuk membuat rujukan.. Dia masih teringat panggilan semalam.
'kenapa dengan aku semalam ehh?? Kenapa aku berdebar-debar?? Hmm..mungkin sebab aku tak pernah call ajnabi sebelum ni?? Hmm.. Mungkin jugakk..' ujarnya dalam hati..
Spanjang perjalanan ke perpustakaan, dia asyik memikirkan sesuatu sehingga tidak sedar dia telah melanggar seseorang.. Buku2 rujukan yang dibawanya habis terjatuh diatas lantai..
"AllahuAkbar.. Ya Allah..mintak maaf sangat2.. Saya tak perasan tadi.." Na'ilah pun mengutip buku2 nya tnpa menoleh ke arah org tersebut..
"ehh.. Takpe..memang salah saya tak elak.." dia pun menolong Na'ilah mengambil buku2 nya dan menyerahkannya..
Na'ilah tidak berani memandang wajahnya kerana terlalu malu..Tambahan pula orang yang dilanggarnya lelaki..
"Na'ilah Farafisyah?" dia mulai bersuara..
Na'ilah tidak berani menyahut..
"Ila..ni abang la.." dia bersuara lagi.. Na'ilah pun mendongak ke atas untuk melihat wajahnya..
"maaf.. Saya knal awak ke??" soal Na'ilah..
"Ye lah.. Jiran Ila masa kecik2 dulu.."
Na'ilah cuba mengingatkannya semula..
"Abang....Yazid ke??" Na'ilah cuba meneka..
"hah! Ingat pun.. " Yazid tersenyum..
"uhh memangla ingat.. Saya tengok nama abang kat tag tu.." Na'ilah menunjukkan pas pelajar Yazid yang bergantung di lehernya..
"laa...ingatkan Ila ingat..Ila kenal abang ke tak ni??"
"Kalau dah tau nama tu, mestilah kenal..hehe..lama tk jmpa abg..sejak abg habis upsr kt Bachok masa tu, abg terus pindah takde khabar berita langsung pun.."
"yelah..parent abang tu yang beria sangat nak pindah..Ila apa khabar?? Sihat?? Wahh.. Dh makin cantik orangnya.."
"Sihat..Alhamdulillah..rezeki Allah.. Haha..Abang pun apa kurangnya.." Na'ilah perasan bahawa cincin perkahwinan tiada di jarinya..
Dia mencari seluruh tempat di kawasan tersebut..Yazid kehairanan..
"Ila cari apa tu??"
"Cincin Ila terlucut dari jari masa langgar abang tadi..alaa... Abang... Tolong Ila carikan, boleh?? Ila sayang sangat dengan cincin tu..Cincin tu penting bagi Ila.."
'Cincin?? Ila dah bertunang ke??' ujar Yazid dalam hati..
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...