Chapter 48

325 6 1
                                    

Selang sehari dalam seminggu, Na'ilah akan mempelajari tulisan braille untuk meneruskan pengajiannya yang akan tamat tidak lama lagi.. Guru yang mengajarnya akan datang ke rumah untuk mengajar Na'ilah..

Usai solat Maghrib, Na'ilah menuju ke meja belajarnya..

'Masa ni, mesti aku dah bukak buku belajar untuk exam yang akan datang.. Ya Allah, aku rindu nak belajar lagi macam biasa.. Masih adakah lagi insan di muka bumi ini yang mulia sanggup mendermakan mata yang berharga untukku? Mampukah aku mendepani semua ini?? Ya Allah.. Berikanlah aku kekuatan jika ini caranya untuk Kau hapuskan dosaku yang terdahulu..' air mata mula mengalir di pipi..

Na'ilah hampir sahaja putus asa dengan keadaannya yang memaksa dirinya untuk bekerja lebih keras lagi dalam mencapai matlamatnya sebagai pendakwah.. Mujurlah kawan-kawan banyak memberikan semangat kepadanya dan sedia membantu apa sahaja yang dia ingin tahu.. Setiap hari, kawan-kawannya akan datang ke rumah untuk belajar bersamanya dan menerangkan apa yang telah dipelajari oleh mereka.. Syukurlah masih ada lagi kawan yang sedia membantunya ketika dalam kesusahan..

Lamunannya terhenti apabila seseorang mengetuk pintu biliknya..

"Assalamualaikum.. Boleh ibu masuk??"

"Waalaikumussalam. Ouh ibu ke?? Masuklah.." pelawa Na'ilah..

Pn Hafizah pun memasuki biliknya dan menuju ke arah Na'ilah..

"Ila okey ke?? Ibu tengok mata kamu bengkak je.. Ila lepas nangis ehh??" soal Pn Hafizah..

Sepanjang Na'ilah berada di rumahnya, Puan Hafizah banyak menghabiskan masanya di rumah untuk menjaga Na'ilah berbanding di butiknya.. Baginya, lebih senang untuk mengendalikan perniagaannya di rumah sendiri berbanding ulang-alik dari rumah hanya membuang minyak kereta sahaja..

"Ouh.. Takde apalah ibu.. Ila okey.." jawab Na'ilah mempamerkan senyuman terhadap ibu mertuanya..

Puan Hafizah memeluk Na'ilah dengan erat kerana baginya, hanya Na'ilah sahaja tempat dia berkongsi cerita setelah Hayani meninggal dunia..

"Ibu.. Maafkan Ila sebab dah banyak menyusahkan ibu.. Ibu terpaksa bawak kerja kat rumah semata-mata nak jaga Ila.." Na'ilah bersuara..

"Takpelah.. Ila bukan orang asing bagi ibu.. Menantu ibu jugak.. Lagipun ibu selesa kerja kat rumah berbanding kat butik.." jelas Puan Hafizah..

Na'ilah kembali mengukirkan senyuman mesra..

"Ayah mana bu??" soal Na'ilah..

"Ayah kat bawah tengah tengok tv.. Dia nak jenguk Ila kat bilik tadi, tiba-tiba kaki dia cramp pulak.. Hmm.. Macam-macamlah ayah kamu tu.. Itulah.. Keras sangat bekerja sampai tak peduli dengan kesihatan sendiri.."

"Yang.. Telefon ayang berbunyi tu kat bawah ni.. Saya malas la nak angkat.. Masih cramp ni.." jerit Encik Muammar dari bawah..

"Ibu tak faham la ayah kamu tu.. Setahu ibu, telefon ibu letak kat atas meja depan tv.. Apesal la tak jawab je??" Puan Hafizah kehairanan..

Na'ilah hanya mampu ketawa..

"Yang.. Cepatlaa.. Dah dua kali telefon awak bunyi ni.. Kalau lagu P.Ramlee takpelah jugak.. Sedap didengar.. Ni lagu Didi N Friends.." jerit Encik Muammar lagi..

"Haa yelah bang.. Ayang turunlah ni.. Ibu turun bawah dulu ye.. Kalau ada apa-apa, panggil je ibu kat bawah.. Nanti ibu naik.." jelas Puan Hafizah mengusap kepala Na'ilah lalu beredar dari biliknya..

Puan Hafizah turun dari bilik Na'ilah untuk menjawab panggilan telefon.. Dia melihat nama pemanggil di kaca skrin telefonnya..

"Abang kenapa tak cakap awal-awal?? Haishh.. Kan dah 3 missed call.. Kite rindula kat dia.." rungut Puan Hafizah terhadap suaminya..

Encik Muammar hanya membuat muka bersahaja..

"Assalamualaikum.. Haa.. Kenapa baru sekarang nak call?? .......... Hah?? Dah sampai Malaysia?? Haa.. Nanti ada orang ambik.." Puan Hafizah terus meletakkan telefon..

"Dari siapa tu??" soal suaminya..

"Nanti awak tau la.."

Setengah jam kemudian, seseorang mengetuk pintu rumah mereka..

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." Puan Hafizah meluru ke arah pintu rumah mereka setelah selesai mengurut kaki Encik Muammar yang tidak henti-henti mengadu sakit..

Setelah dia membuka pintu, Puan Hafizah mula mengukirkan senyuman..

Zaujku Seorang PhotographerWhere stories live. Discover now