Chapter 45

327 6 0
                                    

"Awak.. Kalau awak rasa hidup awak ni tak berguna, cuba awak fikir orang sekeliling awak.. Ramai lagi orang ditimpa kesusahan yang mungkin takde jalan penyelesaiannya.. Tapi diorang tetap teruskan hidup jugak.. Walaupun diorang rasa mungkin tak ada gunanya untuk hidup lagi.. Setiap pagi selepas bangun, diorang check nadi diorang, dah kira bersyukur Allah masih hidupkan diorang sebab Allah nak dengar lagi dan lagi rintihan diorang.." jelas Na'ilah satu persatu untuk menenangkannya..

Timbul rasa sayu dalam diri Auliya' mendengarnya..

"Dalam hidup ni, kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.. Allah berikan dugaan berat tu sebab Allah sayang kita.. Dia nak sangat kita rintih nama Dia mintak pertolongan dan bertaubat.." selangkah demi selangkah Na'ilah mendekati Auliya' dan menahan lengannya..

Auliya' mengenang kembali dosa yang telah dia lakukan terhadap orang sekelilingnya termasuk Hazwan dan Na'ilah..

*******************

"Haa.. Ada apa kau call aku ni Fal??" soal Hazwan dalam panggilan telefon..

"Wei.. Liya ada dengan kau tak?? Aku nak jumpa dia dalam bilik tadi tak jumpa la.."

"Ambik angin kat mana-mana kut.. Takyah la risau.." ujar Hazwan menenangkan Naufal..

"Mana aku tak risau.. Semalam dia cakap dia taknak hidup lagi dah lepas dengar penyakit tu..Kau kat mana sekarang ni??" soal Naufal..

"Rooftop dengan..--" Na'ilah hilang dari pandangannya..

"Ila.. Ila... Ilaaa..." Hazwan cuba memanggilnya namun tiada sahutan..

"Wei.. Nanti aku call lagi.. Ila hilang la.. Nanti aku cuba cari Liya sekali kat sini.." ujar Hazwan lalu memutuskan panggilan..

Hazwan mencari Na'ilah di sekitar atas bangunan..

"Ila.. Ila.." Dia memanggil Na'ilah dengan harapan Na'ilah menyahut panggilan itu..

Hatinya berasa lega Na'ilah menyahut panggilannya dan melihat isterinya duduk di bangku bersama seseorang..

"Ye awak.. Saya tengah sembang dengan dia ni.." Na'ilah memegang tangan Auliya' yang duduk disebelahnya..

Hazwan pula tidak menyangka Auliya' sudah mula berbaik-baik dengan Na'ilah selepas apa yang telah dia lakukan terhadap Na'ilah tempoh hari..

"Ila.. Jom masuk dalam.. Lepasni nak jumpa doktor nak bukak balutan kat kepala tu.. Doktor cakap awak dah semakin sihat dan boleh dibawa keluar.."

"Ye ke ni?? Alhamdulillah.. Tak sabar rasanya nak balik Malaysia.." ujar Na'ilah..

Setelah menghantar mesej kepada Naufal, Hazwan memimpin Na'ilah masuk ke dalam.. Sebelum itu, Na'ilah memaling mukanya ke belakang..

"Awak.. Saya belum tau lagi nama awak.. Nanti saya jumpa awak ehh.. Ingat pesan saya.." ujar Na'ilah lalu mempamerkan senyuman ke arah Auliya'..

Setelah Hazwan dan Na'ilah masuk ke dalam, Auliya masih lagi duduk disitu.. kata-kata Na'ilah terngiang-ngiang di telinganya..

"Kalau awak nak ketenangan diri, dekatkan diri dengan Allah.. Jaga solat.. Allah bagi peluang awak hidup harini sebab nak bagi peluang untuk awak bertaubat.. Mana tau, awak bertaubat harini, pagi esok, awak ada kat dunia lain.. Kita taktau bila ajal kita.. So, kita kena standby awal.."

"Macam mana Allah nak terima taubat saya sedangkan dosa saya ni melambak.. Solat, aurat, hati manusia tu semua saya tak jaga.. Nak ke Allah terima orang sehina saya ni??"

"Awak.. Taubat tu terbuka untuk semua.. Kita semua pendosa..Termasuk saya sendiri.. Tak lari dari dosa.. Dosa seluas lautan pun Allah tetap maafkan kita tau sebab Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."

Auliya' menangis semahu-mahunya..

Zaujku Seorang PhotographerWhere stories live. Discover now