Setelah beberapa jam kemudian, Hayani sedarkan diri, melihat Na'ilah di sisi katilnya..
"Kak...uhhmmm..Yani kat mana ni??" Pandangannya masih tidak berapa jelas..
Na'ilah mula menitiskan air mata..
"Yani kat hospital sayang.." Na'ilah mengeluh panjang..Hayani memegang erat tangan Na'ilah..
"Akak mungkin dah tau kan penyakit Yani sekarang.." Hayani melemparkan senyuman ke arah Na'ilah..
Na'ilah tidak mampu menahan air matanya lantas Hayani mengusap pipinya..
"Akak sorang je ke yang tak tau perkara sebenar?? Lama2 ni Yani tak pergi sekolah kan?? Yani stay kat hospital kan?? Kenapa rahsiakan benda ni daripada akak??" Satu persatu pertanyaan diajukan kepada Hayani.. Hayani hanya mampu membalasnya dengan senyuman..
"Sebab saya sayang akak.." Hayani memeluk Na'ilah dengan erat..
****************************************************
"Liya.." Azlyn bersuara ketika Auliya' sibuk memilih barang makanan untuk dibeli..
"hmm..ada apa??" Soal Auliya' menoleh ke arah Azlyn..
"How did you know Hazwan and his friend...uhmm.. Naufal right??"
Auliya' mendiamkan diri seketika..
"satu sekolah dulu.. And sama kelas.."
"Wahh.. Mesti kau dah tau sangat perangai Hazwan kan?? Macam mana dia dulu wei??" soal Azlyn lagi..
"hmm.. Macam tu jugak la.. Tak banyak cakap..but.. His action is more than his words.. Tau kan apa maksud aku??"
"uhhmmm.. Dia lebih banyak bertindak berbanding cakap kosong je?? Is that it??" soal Azlyn inginkan kepastian..
Auliya' hanya mengangguk sahaja..
"oh my.. Mesti dia tak romantik.. Boringnya kalau macam tu..uurgghhh.. Baik cari lain.."
Auliya' disebelahnya tersenyum puas dan merasa lega..
*******************************************************
Setelah menyiapkan tugasan yang diberikan, Hazwan terus mengemas mejanya.. Telefon sedia di tangan untuk menelefon isteri kesayangan..
"Hello.. Assalamualaikum.." Hazwan memulakan bicara..
"Waalaikumussalam.." sahut Na'ilah dengan nada yang sayu membuatkan Hazwan menjadi bimbang..
"Ila.. Ila kenapa ni?? Ada masalah ke?? Ila sakit ke??" soal Hazwan..dia mulai panik..
Na'ilah hanya mampu menangis di saat mereka berdua masih dalam talian lagi..
"Kenapa awak tak bagitau perkara sepenting tu pasal Yani kat saya?? Kenapa perlu rahsiakan yang Yani menghidap leukimia tahap akhir??" Dalam tangisnya, dia meluahkan segala kepada Hazwan..
'Ila..andainya awak tahu yang pernikahan kita ni atas dasar ingin menghiburkan orang lain dan bukan kerana awak.......'
Dalam dirinya ingin sahaja dia berada di sisi Na'ilah menyeka air matanya, memeluknya dengan erat..Namun, semuanya tidak mampu dia lakukan..
Hazwan hanya mampu mendiamkan diri mendengar esakan Na'ilah yang tidak berhenti menangis..
"Maafkan saya.. Saya tak mampu nak jawab.." Hazwan bersuara dengan nada yang sayu..
"Satu je saya mintak dari awak sepanjang saya takde kat sana.." ujar Hazwan..
"Apa dia??" soal Na'ilah setelah dia menenangkan dirinya..
"Tolong jaga Yani untuk saya.. I trust you.."
"why??" soal Na'ilah lagi..
"Because.. Youre my wife and I love you.."
Na'ilah mendiamkan diri.. Secara tidak sedar telefon Hazwan mati begitu sahaja..
"Time ni pulak kau nak kong..haishhh.. Belum habis aku nak cakap ngan bini aku tadi.."
Hazwan bergegas ke bilik Naufal untuk meminjam telefonnya.. Naufal pula berada didapur sedang mencuci pinggan..
"Fal..aku pinjam phone kau jap.." Hazwan terus membuka telefonnya tanpa menunggu sahutan Naufal..
Alangkah terkejutnya apabila Hazwan melihat gambar di skrin telefon Naufal..
"Auliya'??"
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...