"Ibu.." Hazwan memeluk Puan Hafizah sebaik sahaja Puan Hafizah membukakan pintu untuknya..
"Ya Allah.. Rindunya ibu kat Iwan.. Iwan sihat nak??" soal Puan Hafizah..
"Sihat je bu.. Iwan mintak maaf sebab Iwan jarang call.. Iwan sibuk sangat dengan aktiviti kat kampus.. Ayah dan ibu sihat??"
"Alhamdulillah sihat.. Ayah kamu tu je banyak sakitnya.. Sakit belakanglah... Sakit lututlah.. Sekarang ni, kaki dia cramplah pulak.. Mana nak lekat dok rumah.. Ada je benda dia buat kat pejabat tu.. Haihh.. Mengada-ngada.." rungut Puan Hafizah..
"Aii.. Dari jauh saya dengar awak umpat pasal saya.." tegur si suami di belakang sejurus mendengar suara anaknya dari ruang tamu..
"Mana taknya?? Dah nak lenguh tangan saya ni urut awak tau.."
Hazwan hanya mampu ketawa lalu bersalaman dengan kedua orang tuanya..
"Uhhmm.. Ila mana bu??" soal Hazwan yang tidak sabar ingin berjumpa dengan Na'ilah..
"Ada kat atas.. Pergilah jumpa dia.. Dah dekat nak sebulan Iwan tak call dia tau tak.. Rindu dia tu, mungkin mengalahkan ibu.." jelas ibunya..
Hazwan mempamerkan senyuman lalu menuju ke tingkat atas untuk berjumpa dengan Na'ilah.. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik supaya Na'ilah tidak mengetahuinya.. Dia melihat Na'ilah sedang mempelajari braille yang baru dipelajarinya.. Namun taktiknya tidak berhasil.. Dia terlupa Na'ilah amat peka pada bunyi..
"Siapa tu??" tegur Na'ilah..
Hazwan membatukan diri seketika.. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan.. Hazwan pun menuju ke arah Na'ilah dan memeluknya dari belakang.. Na'ilah hendak mengelak dari seseorang yang tidak dia kenali namun dia sudah berada dalam dakapan orang tersebut..
"Alaa.. Takkan tak kenal lagi bau wangi ni?? Saya tak tukar perfume tau.." tegur Hazwan..
Na'ilah tergamam seketika..Dia seolah-olah tidak percaya bahawa itu suaminya.. Dia tidak tahu untuk mengeluarkan suara kerana teramat rindu dengan suaminya setelah agak lama dia tidak berhubung semenjak pulang dari New Delhi..
"Tak rindu saya ke?? Saya balik untuk awak ni.. Sanggup saya korek tabung simpanan saya nak beli tiket balik semata-mata nak bagi suprise kat awak.."
"Awak kejam la.. Dahla tak call saya.. Mesej pun tak.. Eh salah.. Saya mana boleh baca.. Dengan ibu pun awak tak call.. Buat apa saya nak rindu orang kejam macam awak.." rungut si Na'ilah..
Hazwan hanya mampu tersenyum lalu mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.. Dia membuka bungkusan kecil itu lalu menyuapkannya ke dalam mulut Na'ilah..
"Turkish Delight??? Haa.. Tengok tu.. Pergi Turki tak ajak.. Saja nak bagi Ila jealous kan??" rungut si Na'ilah lagi membuatkan Hazwan mati akal..
'Laa.. Sebab benda ni jugak dia nak merajuk??' ujar Hazwan dalam hati..
"Awak.. Saya mintak maaf sangat sebab tak call awak.. Awak tau kan saya busy dengan exam sem.. Plus, macam-macam aktiviti kat kampus tu diorang suruh saya handle.. I'm sorry.. Okay?? Yang turkish delight tu kawan saya yang bagi.. Bukan saya yang pergi.." pujuk Hazwan..
Selepas mendengar satu persatu penjelasan dari Hazwan, Na'ilah memaafkan Hazwan..
"Janji tak buat lagi ehh?? Risau tau.. Kut-kut ada apa-apa terjadi kat awak ke.. Manala tau kan.. Awak kan jauh dari keluarga.."
"Ye.. Saya janji.." Hazwan mempamerkan senyuman mesra terhadapa walaupun dia tidak dapat melihatnya..
"Awak.. Saya datang ni ada perkara penting nak bagitau.." sambung Hazwan lagi..
"Ye ke?? Apa dia??" soal Na'ilah ingin mengetahuinya..
"Saya nak bagitau semua orang tentang ni.. Kita turun bawah ehh.. Nak bagitau dengan ayah dan ibu jugak.."
Na'ilah mengangguk.. Hazwan memimpin Na'ilah menuruni tangga menuju ke ruang tamu..
"Ibu.. Ayah.. Sebenarnya ada perkara pnting nak bagitau pasal Ila.." Hazwan bersuara sebaik sahaja memimpin Na'ilah sampai ke sofa..
"Apa dia??" soal En Muammar..
Hazwan memandang Na'ilah dan mengusap tangan isterinya..
"Seminggu lepas, Iwan terima call dari pihak hospital kat sana.. Diorang cakap, ada sorang sudi nak dermakan mata buat Ila.."
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...