Usai solat Dhuha di ruangan solat, Puan Raudhah menuju ke wad Na'ilah.. Sebaik sahaja dia memasuki wad tersebut, dia melihat seseorang sedang menggapai alat bantuan pernafasan yang ada pada Na'ilah..
"Hey! What are you trying to do with her??" soal Puan Raudhah dengan suara yang agak tinggi menyebabkan Auliya' terkejut..
Tanpa melengahkan masa, Auliya' terus beredar dari wad tersebut lalu bertembung dengan Hazwan..
"Liya?? Kau buat apa dalam wad ni??" soal Hazwan sejurus dia melihat wajah Auliya'..
"Iwan.. Dia cuba nak cabut alat bantuan pernafasan Ila.." jelas Puan Raudhah ketika dia keluar untuk mencari Auliya'..
Auliya' terus berlari meninggalkan Hazwan dan Puan Raudhah..
"Iwan kenal ke budak tu??" soal Puan Raudhah..
"Kenal umi..Dia satu kampus dengan saya.. Sama sekolah dengan saya jugak.. Saya kejar dia dulu ye umi.. Umi jaga Ila elok-elok ye.." jawab Hazwan..
Puan Raudhah hanya mengangguk sahaja.. Dalam perjalanan keluar dari hospital, wajah Auliya' bertukar menjadi pucat..
'Urgghh.. Kenapa kau datang balik masa ni?? Pedihnyaa...' desis Auliya' dalam hati menahan perutnya..
"Liya.. Kau buat apa kat sini??" tegur Naufal sebaik sahaja melihat Auliya' menuju keluar dari hospital..
"None of your business lah.." peluh dingin mula keluar dari dahi Auliya'..
"Muka kau pucat ni.. Baik kau...--" belum habis ayat Naufal, Auliya' sudah tersungkur di lantai..
**********************
"According to the test and symptoms, I am pretty sure that Ms Khalish Auliya' has pancreatic cancer.. Last stage.."
Naufal masih menunggu Auliya' untuk sedarkan diri.. Hazwan pula menuju ke wad Auliya'..
"Liya macam mana?? Aku tengok boleh tahan pucat muka dia tadi kau bawak dia masuk sini.. And anyway, doktor cakap apa??" soal Hazwan..
Naufal tidak mampu untuk menjawab soalan Hazwan lalu menyerahkan kertas keputusan ujian x-ray kepada Hazwan.. Hazwan melihatnya dengan penuh teliti..
"Keputusan ni membuatkan aku maafkan apa yang dia cuba nak buat kat Ila pagi tadi.. Liya tau ke pasal penyakit dia ni??"
"Aku rasa dia tak tau.." jawab Naufal dengan nada yang sayu..
"Hmm.. Okeylah.. Aku keluar dulu ye.. Kau lapar ke?? Aku boleh belikan makanan.."
"Takpe.. Aku belum rasa lapar lagi ni.. Kau jagalah Ila tu.. Biar aku jaga Liya.."
Hazwan mengangguk lalu keluar dari situ.. Sebaik sahaja Naufal mula melabuhkan punggungnya di kerusi, Auliya' mula sedarkan diri..
"Li.. Liya.. Kau okey ke??" soal Naufal..
Auliya' masih dalam separuh sedar dan cuba untuk mengenalpasti di mana dia berada..
"Aku kat mana ni??" soal Auliya'..
"Kau kat hospital sekarang.. Baik kau berehat.. Lagipun kau takde kelas pagi esok kan?? Kau boleh stay kat sini.." jelas Naufal..
"Aku nak balik.." Auliya' menggagahkan dirinya untuk bangun dari katil..
"Takkan kau nak balik dalam keadaan macam ni.. Kau sakit sekarang ni.." ujar Naufal menahan lengan Auliya' dari meninggalkan katilnya..
"Ahh.. Peduli apa aku.. Kau sibuk sangat ni kenapa??Sukahati aku la.. Bukan kau yang sakit kan??" tengking Auliya' terhadap Naufal..
"Sebab aku sayang kau la aku buat macam ni.. Kau tu sakit.. Dah nak mati pun nak sombong lagi kat bumi Tuhan ni ke haa??" balas Naufal lagi..
Kata-kata Naufal membuatkan Auliya' terdiam..
'Ma..Ma..Mati??' desis Auliya' dalam hati..
*****************
Sebaik sahaja Hazwan memegang tangan Na'ilah, tangannya mula bergerak sedikit demi sedikit membuatkan Hazwan tersentak..
"Ila.."
Na'ilah mula membuka matanya membuatkan Hazwan tersenyum kegembiraan.. Tidak tergambar bahawa gembiranya Hazwan apabila isterinya sudah sedarkan diri..
"I..Iwan ke tu?? Ke.. Kenapa saya.... Saya tak nampak... Apa-apa??" soal Na'ilah..
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...