"Dah okey??" soal Puan Raudhah..
Na'ilah mempamerkan senyuman mesra..
"Dah.."
Puan Raudhah memimpin Na'ilah sehingga ke pintu teksi yang telah menunggu mereka untuk menuju ke lapangan terbang.. Hazwan membawa semua bagasi Na'ilah dan Puan Raudhah untuk dimasukkan ke dalam bonet..
"Ada jumpa Azlyn tak tadi??" soal Hazwan..
"Ada.. Ingat pulak dia kat saya.. Saya teringin sangat nak tengok wajah dia.. Mesti dah cantik sekarang kan??"
Hazwan terdiam seketika.. Dia membetulkan tudung Na'ilah dengan kemas lalu mempamerkan senyuman terhadap Na'ilah walaupun dia tidak dapat melihat senyuman itu..
"Tak dapat nak bandingkan kecantikan hakiki awak yang membuatkan saya tak pandang orang lain selain awak.. Saya mintak maaf sangat tak dapat nak temankan awak sampai airport.. Saya sibuk sangat nak prepare exam nanti.. Sorry eh.." ujar Hazwan terhadap Na'ilah..
"Takpe.. Saya taknak ganggu study awak.. Lepas exam awak balik Malaysia tak??" soal Na'ilah..
"Hmm.. InshaAllah kalau ada tiket nanti saya balik jaga awak.. Awak balik nanti kat rumah ibu ke rumah umi??"
"Rumah umi.. Dah lama saya tak jenguk cinta hati saya.." senyum Na'ilah semakin lebar..
"Cinta hati awak?? Sejak bila awak menduakan saya ni?? Hah?? Cakap cepat.. Siapa dia cinta hati awak??" Reaksi Hazwan terus berubah..
"Uishh.. Awak.. Taktau pulak suami saya ni kuat cemburu.. Haha.. Kucing saya la.. Penawar duka.. Pengubat rindu.." jawab Na'ilah..
"Mana taknya.. Awak cakap dia cinta hati awak.. Habis saya ni macam mana??"
"Awak yang kedua lepas dia, boleh?? Haha.."
"Sanggup awak letakkan saya bawah dia?? Takpe.. Tengoklah nanti saya balik.. Saya ajar kucing tu.." Hazwan tidak puas hati dengan keputusan Na'ilah..
"Berani ke?? Elehh.. Haritu, baru tengok je, dah melompat macam spring sofa tercabut.. Kata umi tadi, Elsa dah makin aggresif sejak pregnant minggu lepas.." ujar Na'ilah menggerunkan Hazwan..
Hazwan pun terdiam..
"Kejap.. Awak.." Na'ilah teringat akan sesuatu..
"Ye??"
"Saya taktau lagi la nama dia.. Tapi saya nak jumpa dia.. Awak ingat tak muka perempuan tu masa kita kat atas bangunan haritu.."
Hazwan teringat akan Auliya'..
"Ouh.. Ingat.. Dia satu kampus dengan saya.. Saya tau bilik dia.. Awak nak jumpa sekarang ke??"
Na'ilah mengangguk..
"Umi.. Boleh tunggu kejap tak?? Saya nak bawak Ila jumpa kawan dia.." Hazwan memanggil Puan Raudhah yang sudah ada dalam teksi..
"Ouh okey.. Tapi jangan lama sangat ye.."
Hazwan mengangguk lalu membawa Na'ilah masuk ke dalam hospital untuk berjumpa dengan Auliya'..
Auliya' sedang sibuk menaip sesuatu di dalam komputer ribanya..
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam.." Auliya' menjawab lalu menoleh ke arah suara tersebut..
"Ouh.. Uhmm.. Masuklah.."
"Saya tunggu kat luar ehh.." ujar Hazwan meninggalkan Na'ilah di dalam bilik bersama dengan Auliya'..
Auliya' memimpin Na'ilah sehingga duduk di kerusi..
"Awak dah sihat??" soal Na'ilah..
"Macam biasa je.. Masih boleh berjalan.. Bercakap.. Walapun kadang-kadang sakit tu masih ada.. Ada apa nak jumpa saya ni??" soal Auliya' kembali..
Na'ilah mengambil bungkusan hadiah lalu diberikan kepada Auliya'..
"Nah.. Hadiah awak.. Umi saya yang tolong carikan yang sesuai.. Nak harapkan saya, sampai tahun depan tak siap saya balut.."
Auliya' membuka bungkusan itu.. Selendang ungu muda terlipat kemas dalam kotak hadiah itu..
"Terima kasih awak.. Terima kasih atas nasihat yang awak dah berikan kepada saya.. Saya akan ingat sampai hujung nafas saya.." Auliya' memeluk Na'ilah dengan erat..
"Saya belum tau lagi nama awak.. Siapa nama awak? Manalah tau lain masa kita jumpa lagi.."
"Liya.... Khalish Auliya'.."
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...