Chapter 25

301 5 0
                                    

"Ni ke cincinnya??" soal Yazid ketika menemukan cincin Na'ilah..

Na'ilah pun menuju ke arah Yazid untuk mengenal pasti bentuk cincin itu..

"Haa.. Alhamdulillah.. Jumpa pun..Ya Allah.. Rasa mcm nak tercbut jantung Ila ni kalau tak jumpa cincin tu tadi.." Na'ilah pun mengambil cincin itu dari tangan Yazid lalu menyarungka cincin itu ke jarinya..

Yazid hanya mampu tersenyum melihat Na'ilah juga tersenyum..

"Sayang jugak Ila dengan cincin tu ye.. Apa yang membuatkan Ila sayang sangat dengan cincin tu??" Soal Yazid..

Na'ilah mendiamkan diri.. Selama ini dia rahsiakan perkahwinan ini dari sesiapapun di kampus kecuali teman-teman rapatnya dari sekolah dahulu..

"uhhmm abang ada kelas lagi tak lepas ni??" Soal Na'ilah kembali..

Yazid mengerling ke arah jam tangannya..

"takde.. Kenapa??"

"jom ikut Ila pergi kafe.. Nanti Ila ceritakan kat sana.."

Yazid dan Nailah pun menuju ke kafe bertemankan Fharleena yang kebetulan ingin menuju ke kafe juga.. Setelah memesan makanan, mreka pun duduk di meja kosong yang berdekatan..

"ok..Leen.. Kenalkan..Ni abg Yazid..jiran aku dulu..Abg..Ni Fharleena..teman rapat Ila masa skolah dulu.." Na'ilah memperkenalkan Yazid dengan Fharleena..

"Wahh.. Pelajar mumtaz.. Gmbira dapat berjumpa.." Ujar Fharleena terhadap Yazid.. Yazid merupakan pelajar cemerlang di kampus itu.. Yazid hanya mampu tersenyum sahaja..

"Ok.. Sambung cerita Ila.. Abg nk dengar.." Yazid mula bersuara..

Na'ilah pun menceritakan dari A sampai Z tentang perkahwinannya..

"wahh.. Barakallahu fiik.." Ujar Yazid mengucapkan kata tahniah..

"Janji dengan Ila ye.. Jangan bagitau kat sapa2 pasal perkara ni.. Ila taknak benda ni heboh.. Fharleena dengan teman rapat Ila je tau benda ni."

"In Shaa Allah.. Abang takkan bagitau sapa2.."

Setelah sampai makanan yang dipesan, mereka pun menukar topik tentang pelajaran dan hanya berbual kosong sahaja..

'Ya Allah.. Aku patut lupakan dia..' ujarnya dalam hati.. 

*******************************************

Setelah sampai di rumah, Na'ilah mendapati kasut Hayani berada di luar rumah..

'Awalnya Yani balik.. Hari ni hari Rabu.. Biasanya budak asrama balik hari Jumaat.. Ada cuti ke??' ujar Na'ilah dalam hati..

Namun, dia tidak mengendahkan itu semua..Yang penting, Na'ilah mempunyai teman berborak sekarang.. Na'ilah pun menuju ke bilik Hayani untuk berjumpa dengannya.. Dalam perjalanan ke bilik Hayani yang bersebelahan dengan bilik Hazwan, dia bertembung dengan Puan Hafizah..

"ehh.. Dah balik??" Puan Raudhah menegur..

"dah.. Ila beri salam kat pintu tadi ibu tak dengar..So, Ila masuk je la.. Hayani dah balik bu?? Awalnya dia balik.." soal Na'ilah..

"Yani tak berapa sihat.. Dia kena duduk rumah buat masa ni.. Pergilah jumpa dia.. Dia kata, dia rindu sangat nak jumpa Ila.."

"baiklah bu.."

Na'ilah pun tersenyum lalu masuk ke dalam bilik Hayani..

"Kak Ila!!" betapa gembiranya Hayani dapat berjumpa dengan Na'ilah..

"Rindunya akak dengan Yani.. Yani tak sihat ekk?? Baru nak ajak Yani pergi jalan- tadi.." Na'ilah pun memeluk Hayani dengan erat..

"alaa.. Sakit sikit je.. Nanti bolehla bawak ye.." Hayani melemparkan senyuman ke arah Na'ilah..

Namun disudut hatinya, dia berasa amat sedih kerana suatu msa nanti dia akan meninggalkan semua yang kini berada disampingnya terutama Na'ilah yang belum mengetahui apa2 tentang penyakitnya..

Zaujku Seorang PhotographerWhere stories live. Discover now