Chapter 37

318 9 0
                                    

"Ya Allah.. Aku lupa la nak bagi kat dia..hmm takpelaa.. Masa kat airport nantila bagi.." Na'ilah terlupa untuk memberikan hadiah yang dibelinya kepada Hazwan sepanjang seminggu mereka meluangkan masa bersama..

"Ila.. Dah kemas semua barang? Teksi dah ada dah nak bawak pergi airport.. Jom.." tegur Hazwan di belakang Na'ilah..

"Ouhh ok.." Na'ilah mempamerkan senyuman kepada Hazwan..

"Ila tunggu sini dulu.. Saya nak pergi check out kat depan.." ujar Hazwan..

Na'ilah hanya mampu mengangguk sahaja.. Nada dering telefon Na'ilah berbunyi menandakan panggilan masuk dari Nurul..

"Assalamualaikum, ya sadiqati.. Waahh.. Rindunya aku kat kau beb.." sahut Na'ilah..

"Waalaikumussalam Warahmatullah Wabarakatuh.. Aku lagi rindu tau.. Kau apa khabar?? Sihat??"

"Alhamdulillah sihat..Makin berisi..haha.. Kau pulak macam mana??" soal Na'ilah kembali..

"Alhamdulillah aku sihat jugak hihi.. Aku tengok kat instagram kau tadi.. Fiuhh .. Bercuti ehh dengan suami tercinta?? Jealousnya.. Kempunan aku.." usik si Nurul..

"hehe..Sementara cuti sem ni kan.. Memandangkan sorang ke timur, sorang ke barat.. Kenalah luangkan masa berharga ni bersama Hazwan.. Eh? Kempunan?? Haha.. Kahwin la cepat-cepat."

"Kalau boleh, sekarang aku nak kahwin tau.. Tapi diri ini belum ada yang ingin.. Aku berkenan la kat kawan Hazwan haritu masa hari korang nikah.. Hmm.. I loikee.. Sapa nama dia??" soal si Nurul..

"Wuu.. Sempat kau ye tengok orang.. Nama dia Naufal..Hmm... Nak aku recommend ke?? Aku boleh je jadi orang tengah.." usik si Na'ilah..

"Wahh.. Nama sehensem rupa.. Hmm..Takpelaa.. Kalau ada jodoh tu, adalah.. Kalau takde tu, aku cari mat salleh kat sini je lah.. Tak payah susah-susah nak atur hubungan aku.. Kau tu banyak tanggungjawab.. Takut menyusahkan kau pulak.. Hmm.. Okeylah.. Aku tak dapat nak lama-lama ni.. Kredit mahaii.. Lain masa aku call kau lagi ye.. Assalamualaikum.."

"Waalakumussalam.." Na'ilah memutuskan panggilan..

Setelah berurusan di kaunter, Hazwan menuju ke arah Na'ilah.. Tiba-tiba, dia mendapat satu mesej Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali lantas dia membukanya.. Riak wajahnya yang tadi riang bertukar.. Timbul kemarahan dalam diri apabila dia melihat gambar yang dihantar oleh orang tersebut..

Na'ilah pula menunggu kedatangan Hazwan yang baru selesai berurusan di kaunter sambil tangannya mencapai satu hadiah di dalam begnya lalu disorokkan dibelakangnya.. Hazwan meluru ke arah Na'ilah dengan wajah yang serius..

"A..Awak.. Kenapa ni??" Na'ilah mula kehairanan dengan riak wajah Hazwan yang seperti ingin memakinya..

"Apa ni???" Hazwan menunjukkan gambar yang baru sahaja diterimanya oleh orang yang tidak dia kenali..

Na'ilah memeriksa gambar tersebut dari telefon Hazwan.. Alangkah terkejutnya apabila gambar itu merupakan gambar Yazid bepegangan tangan dengan Na'ilah ketika mereka bertembung di pusat membeli-belah.. Na'ilah terdiam seketika..

"Awak jawab pertanyaan saya, Ila.." jawab Hazwan dengan tegas..

"Awak.. Ni accident.. Dia tak berniat pun nak pegang tangan saya macam tu je.." Na'ilah cuba menerangkannya kepada Hazwan..

"Accident apanya payah pegang tangan macam tu.. Ey, awak.. Saya tak sangka awak buat tu belakang saya.. Entah berapa kalilah awak pegang tangan dia sementara saya takda kat sana.. Saya tau la Yazid tu dah lama sukakan awak.. Saya tau dia memang tak boleh terima awak dah jadi isteri saya.." Hazwan mula meninggikan suara kerana tidak dapat menahan kemarahannya..

Na'ilah hanya mampu mengeluarkan air mata.. Semudah itu sahaja dia melupakan hari-hari bahagia mereka.. Na'ilah meluru keluar dari hotel itu meninggalkan Hazwan.. Hadiah yang disorokkan tadi ditinggalkan begitu sahaja..

"Ila.. Saya tak habis cakap lagi kan.. Ila.. Ila!!" jerit Hazwan dari jauh..

"PEEEEEEEPPPPPPP!!!!" bunyi hon kereta mengalih perhatian pengunjung di sekitar hotel itu.. 

Zaujku Seorang PhotographerWhere stories live. Discover now