Sebulan kemudian...
Setelah pulang dari hospital di New Delhi, kesihatan Na'ilah kembali pulih..Penglihatannya kembali pulih seperti biasa.. Berkat doa dan semangat yang kental, Na'ilah mampu menghadapi ujian sementara yang diberikan oleh Allah s.w.t.. Dia berasa amat gembira kerana dapat menjalani kehidupan seperti sediakala..
Pada petangnya, Na'ilah membawa Hazwan berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu untuk menikmati pemandangan ciptaan Allah yang begitu indah..
"Awak.." Na'ilah bersuara..
"Awak boleh tukar tak nama panggilan saya?? Macam tak sedap pulak didengar.." ujar Hazwan dengan suara yang mengada-ngada..
"Ihh.. Apa salahnya saya panggil awak, AWAK??"
"Cuba awak panggil saya panggilan AWAK tu laju-laju.."
Na'ilah pun mencubanya..
"Hah.. Dah macam bunyi apa tu??" soal Hazwan lagi..
Na'ilah hanya mampu tersengih..
"Habis tu, saya nak kena panggil apa??" soal Na'ilah kembali..
"Panggillah abang ke... Anje ke.. Oppa ke... Hah? Aku sebut apa tadi ehh??"
"Oppa?? Hahaha.. Hmm.. Saya panggil awak zauji je lah.."
"Zauji?? Ape tu?? Tak pernah pun saya dengar orang panggil nama tu.." soal Hazwan inginkan kepastian..
"Zauji tu maksudnya suamiku.. Kena unikla sikit.. RARE.. Boringla orang panggil suami dia dengan panggilan common macam tu.."
"Hmm.. Kalau isteriku pulak apa??"
"Zaujati.." jawab Na'ilah..
"Waa.. Cantik nama panggilan tu.. Hmm.. Boleh jugak.. Awak panggil saya zauji.. Saya panggil awak zaujati.."
Na'ilah mengangguk comel tanda setuju.. Hazwan mengusap kepala isterinya..
"Kenapalah awak ni cute sangat.. Geram saya tengok.. Hmm.. Apa dia......uhmm ZAUJATI??"
"Dah sebulan saya dah kembali tengok dunia.. And I still taktau siapa penderma mulia ni.. Awak confirm tau kan??" soal Na'ilah..
Hazwan terdiam seketika..
"Saya baru nak bagi awak something.. Rasanya jawapan yang awak nak tu mungkin ada dalamnya.." Hazwan mengeluarkan sepucuk surat dari poketnya kepada Na'ilah.. Wajah Na'ilah jelas menunjukkan tanda tanya ketika Hazwan memberikan surat tersebut lalu membukanya..
Assalamualaikum ya sahabat.. Sudah sekian lama kita tidak bersua.. Rindu semakin membuak dalam jiwa.. Ku akui, sejak pertama kali kita berjumpa, kau telah membuka pintu hatiku untuk mendekati Yang Esa.. Kau membantuku mencari jalan yang benar ..Walaupun masa kita bersua hanyalah singkat, kau cukup banyak mengubahku.. Aku yakin, kau sudah mengenaliku sebelum aku memperkenalkan diriku.. Jujur aku cemburu Hazwan memilih kau berbanding aku.. Memang salahku meninggalkannya untuk kepentinganku sendiri dahulu.. Dan perbuatanku akhirnya memakan dirku sendiri.. Maafkan segala kesalahanku terhadapmu dan terhadap suamimu.. Maafkan aku kerana kita tidak akan dapat bersua lagi seperti yang kau inginkan kerna..... Aku tidak ada lagi di dunia ini.. Ku harap dengan sepucuk surat ringkas ini, kau memaafkanku.. Ingatilah aku dalam doamu.. Ku hanya mampu menghadiahkan sepasang mataku untukmu.. Hanya itu sahaja yang mampu ku balas segala jasamu membimbingku..Perkenalan yang ringkas, tetapi amat bermakna buatku.. Jika diizinkan, kita bersua lagi di atas sana dalam keadaan yang baik-baik saja.. Setakat ini sahaja.. Ku tutupkan kalamku.. Ku mengharapkan agar kebahagiaan kamu berdua kekal hingga Jannah.. Amin..
-Auliya'-
Na'ilah melipat kembali surat itu setelah membacanya dan menangis dalam dakapan Hazwan..
-Tamat.. Eh.. ada satu epilog-
"Ya zauji.. Awak ingat tak lagi soalan saya masa kat Turki haritu?? Awak belum jawab lagi soalan tu dan saya masih tertanya-tanya.." soal Na'ilah ketika mengambil angin di Namsan bersama Hazwan..
'Uish.. soalan apa benda pulak dia ni?? 3 tahun lepas manalah aku ingat dia tanya apa...' getus Hazwan dalam hati..
"Uhmmm.. Sorry saya tak ingat.. Awak tanya apa haritu ehh??" soal Hazwan menginginkan kepastian..
"Ish.. Awak ni.. Benda kecik tu pun awak tak ingat.. Ada.. Saya tanya pasal budak-budak yang kacau saya haritu kat lorong kecik sunyi tu.. Awak halau diorang macam semut je.. Macam mana awak boleh halau macam tu je??" soal Na'ilah..
Hazwan mula merasa gelabah dan hanya mampu tersengih-sengih.. Dia terpaksa jujur kali ini..
"Uhmm.. Err.. Hahahaha... Jujurlah saya katakan ehh, yang budak-budak kawasan haritu saya yang upah sebenarnya.. Diorang semua budak baik.. Satu kampus dengan saya.. Saya je upah diorang jadi budak kawasan nanti kalau halau diorang depan mata awak... uhhmm... boleh nampak acah-acah hero sikit.. Hihihi.." jelas Hazwan sambal tersengih-sengih..
Na'ilah mula menjeling Hazwan..
"Laa.. Ingatkan berani sangat.. Baru nak bangga ada cik somi macam ni.." Na'ilah menepuk dahinya..
-TAMAT-
YOU ARE READING
Zaujku Seorang Photographer
RandomJodoh dan Ajal tidak dapat kita teka.. Kerana.. Perancangan Allah terlalu sempurna untuk diduga.. Mengisahkan seorang pelajar lepasan SPM berkahwin atas permintaan keluarga.. Demi mencapai hasrat adiknya yang tercinta, Hazwan sanggup berkahwin denga...