Chapter 38

306 9 0
                                    

Sejurus ambulan tiba, Na'ilah terus dibawa ke hospital diiringi Hazwan.. Hazwan segera mencapai telefonnya menghubungi keluarga.. Hadiah yang ditinggalkan Na'ilah di dalam hotel dipegangnya erat.. Keadaan Na'ilah yang cedera parah amat memilukan hati Hazwan.. Hazwan memegang erat tangan Na'ilah..

"I'm sorry...Saya cuma takut kehilangan awak .. Tolong jangan tinggalkan saya.. Awak kena kuat.." bisik Hazwan..

Air mata jernih mula mengalir dipipi Hazwan..

*Flashback*

"Hazwan.. Cikgu tengok prestasi kamu dalam pelajaran semakin merosot.. Kamu ada apa-apa masalah ke?? Sepanjang kamu belajar kat sini, kamu sentiasa nombor satu dalam kelas.. Malah seluruh batch.. Sekarang, cikgu perhati kamu semakin tak fokus dalam kelas.." tegur Cikgu Fatih dalam bilik guru..

Hazwan tidak mampu menjawab apa-apa.. Dia menunduk ke bawah..

"Bukan saya aje yang perasan.. Cikgu-cikgu lain pun perasan.. Tak pernah langsung kamu dapat E dalam mana-mana subjek.. Ni kenapa addmath E sekarang ni??" Cikgu Fatih mengeluh..

"Nasib baik ni Trial SPM je tau.. Tak lama lagi kamu nak hadapi ujian besar.. Kamu kena betul-betul fokus kali ni.. I will keep an eye for you.. Dah.. Kamu boleh keluar.." tambah Cikgu Fatih lagi..

"Maafkan saya cikgu.. Saya janji saya takkan leka lagi.." Hazwan pun bersalam dengan Cikgu Fatih lalu melangkah keluar dari bilik guru..

"Hoi.. Kena marah ke?? Hahaha.." tegur Naufal yang sudah lama menunggu Hazwan di depan bilik guru..

Hazwan hanya mampu menjeling..

"Dahlaa.. Salah aku jugak.. Aku lebih tumpukan hubungan aku dengan Liya berbanding study.." keluh Hazwan..

"Chill la bro.. Haha.. Jom pergi kantin.. Aku belanja.. Mana tau boleh naikkan mood kau.."

"Betul ni?? Kau belanja ehh..."

"Air je.. Hahaha.. Lagipun dah hujung bulan.. Poket dah nak kering.. Tunggu balik bermalam nanti baru isi.. Hihi..Jap.. Dompet aku kat dalam kelas.. Temankan aku ambik.." ajak si Naufal dengan muka kesian amat menjengkelkan Hazwan..

Ketika dalam perjalanan, mereka berdua terdengar perbualan sekumpulan pelajar dalam kelas mereka..

"Wei, Liya.. Tahniah la kau dapat top 5 dlm kelas.. First ranking pulak tu.. Aku tak percaya kau sanggup buat semua tu semata-mata nak dapatkan nombor satu dalam kelas.."

"Haah.. Ye la.. Kesian tau aku tengok Hazwan tu.. Dari nombor satu, jatuh nombor 10.."

"Hahaha.. Kan aku dah cakap, aku akan buat apa saja demi nak dapatkan nombor satu.. Asyik dia je dapat.. Aku pun nak jugak.. Lagipun aku just nak uji sejauh mana tingginya iman dia.." jawab Auliya'..

"Kadang-kadang kan, aku terfikir.. Kau tak rasa bersalah ke mainkan perasaan Hazwan??" soal kawannya..

"Hmm.. Tak kut.. Lagipun eyy mana taraf aku nak couple dengan dia.. Skema.."

"Whoaa... Hebat permainan kau kan?? Kau ingat kau akan tenang ke mainkan perasaan orang?? Hebat permainan kau Liya.." tegur Hazwan sejurus dia menghempas pintu kelasnya..

"Sabar, Wan.. Bawak mengucap.." ujar Naufal cuba untuk menenangkan Hazwan..

"Err.. Er.. Hazwan.." Auliya' cuba membetulkan keadaan..

"Dah.. We're done.." Hazwan berlalu dari situ..

*Flashback End*

Setelah Yazid selesai menunaikan solat, telefonnya mula berdering menandakan panggilan masuk dari Atiqah..

"Assalamualaikum, abg Yazid.. Iqa ni.. Ada hal saya nak bagitau kat abg Yazid.." Atiqah memulakan bicara..

"Waalaikumussalam.. Haa.. Apa dia, Iqa??"

"Na'ilah accident kat New Delhi.. And satu lagi.. Hazwan terima satu gambar abg tengah berpegangan tangan dengan Ila masa kat shopping complex haritu.." jelas Atiqah kepada Yazid..

"Innalillah.. Bila accident tu?? Astaghfirullahalazim.. Ada orang ambik gambar ke masa tu??"

"Baru je pagi tadi saya dapat panggilan telefon dari Hazwan pasal semua tu.."

Zaujku Seorang PhotographerWhere stories live. Discover now