MATANYA diliarkan ke sekeliling ruang dalam farmasi. Setelah pasti tidak ada orang yang dia kenal, Ika Maryam mengalihkan pandangan pada kotak ujian kehamilan yang tersusun kemas di rak.
Banyak pulak jenisnya. Mana satu nak pilih?! Rungut Ika dalam hati. Dia dihambat gelisah. Kalaulah ada yang nampak dia membeli ujian kehamilan memang jadi gosiplah nanti. Sudahlah dia belum bernikah. Biarpun dia sudah bertunang tapi tunangnya belum pernah menyentuh dia. Kalaulah dia mengandung...
Dia lantas mencapai dua kotak ujian kehamilan. Kalau satu takut tak tepat. Biar dia cuba dua jenis. Barulah lebih yakin dengan keputusannya.
Kakinya melangkah secepat yang boleh ke arah kaunter. Pembayaran dibuat sepantas kilat lalu dia keluar dari farmasi tersebut. Kakinya dihayun untuk kembali ke Hotel Adikara, tempat dia bertugas sebagai housekeeper. Dia terus saja berjalan ke arah tandas untuk segera menguji sama ada dia hamil atau tidak.
Dalam kelam kabut berkejar ke tandas wanita, Ika tidak melihat jalan dengan betul lalu bertembung dengan seseorang. Perlanggaran yang agak kuat menyebabkan Ika terdorong ke belakang lalu jatuh. Beg plastik berisi kotak ujian kehamilan turut terpelanting. Isinya terburai ke atas lantai.
"Kau okey?" tanya lelaki itu. Di dadanya tersemat tag nama Marwan. Dia berpakaian seragam staf hotel. Lelaki itu membantu Ika bangun. Dia kemudian mengambil kotak yang terpelanting keluar tadi untuk diberikan semula pada Ika. Namun, niatnya terhenti sebaik dia terbaca tulisan pada kotak itu.
Ika yang baru melihat tindakan Marwan segera merampas kotak itu dari tangan lelaki itu.
Marwan pandang Ika tak berkedip sebelum dia dengan kasar menarik tangan wanita itu masuk ke tandas lelaki. Ika cuba merentap tangannya dari pegangan lelaki itu tapi gagal. Sebaik mereka berada di dalam tandas, Marwan segera menarik Ika masuk ke dalam salah satu bilik tandas. Dia menolak tubuh wanita itu rapat ke dinding. Ika cuba meronta tapi pegangan kuat Marwan mengunci pergerakannya.
"Kau nak apa?" tanya Ika kasar.
"Kau mengandung?" tanya Marwan kembali.
Ika menghela nafas. "Manalah aku tau? Sebab tu lah aku beli benda ni. Dah test barulah tau." jawab Ika dengan nada jengkel. Rimas rasanya bila lelaki itu menyibuk.
"Anak aku?" tanya Marwan.
"Kau ni dah kenapa? Kalau aku mengandung, memang anak kau lah." balas Ika selamba. Hanya Marwan saja kekasih gelapnya. Tunangnya, Hafiz tak pernah sekalipun menyentuh tubuhnya.
"Kau jangan cari pasal. Aku takkan ambil kau jadi isteri." tegas Marwan.
"Aku pun tak ingin la nak jadi isteri kau." balas Ika sebelum menolak tubuh Marwan sebelum keluar dari tandas lelaki dan masuk ke tandas perempuan.
Dia segera melakukan ujian kehamilan. Alat penguji di tangannya dilihat. Ada dua garisan muncul pada penanda. Kaki Ika terasa lemah. Dua garisan maksudnya dia... hamil.
MALAM itu dibiliknya, Ika sedang mengigit jari. Kakinya tak duduk diam. Ada sesuatu yang sedang membesar dalam kandungannya. Dia telah mendapatkan pengesahan dari doktor di sebuah klinik. Dia hamil 3 bulan. Maksudnya, kalau dia tak gugurkan, dalam masa 6 bulan dia akan melahirkan anak ni. Habislah kalau orang tahu!
Dia tahu Marwan tidak akan bertanggungjawab. Pasti lelaki itu akan suruh dia gugurkan. Dia pun rasa itu penyelesaian terbaik. Dia bergerak ke depan komputer di biliknya lantas mencari klinik untuk mengugurkan kandungan. Mungkin ada klinik yang beroperasi secara haram. Kalau tak ada, dia terpaksa guna khidmat bomoh.
"Apsal yang kau cari pasal nak gugur kandungan?" Suara yang tak disangka-sangka itu membuatkan Ika tersentak. Dia menoleh melihat abangnya sudah ada di dalam bilik itu sambil terus melihat skrin komputernya. Ika cuba menutup komputer tapi abangnya lebih pantas menolak tubuhnya untuk duduk di katil.
"Kau jangan buat kerja gila. Kau mengandung ke hah?!" bentak Arif.
"Ma..mana ada! Ika cuma nak..." Dia tak mampu beralasan.
Arif mengesyaki sesuatu. Dia menoleh kiri dan kanan bilik mencari sesuatu. Beg tangan Ika diambil lalu isinya dituang ke atas katil.
"Abang. Jangan!" Ika cuba menghalang tapi Arif menolak tubuhnya adiknya jauh. Dia melihat isi beg tangan itu lalu terpandang alat ujian kehamilan.
"Benda ni. Ini untuk orang cek mengandung kan? Kau mengandung?" Arif segera merapati Ika. Tubuh itu diraih kasar. Lalu Ika ditolak ke dinding dan dicekik.
"Kau mengandung ke? Cakap! Siapa yang buat kau mengandung?" gesa Arif. Ika terbatuk akibat tangan Arif yang masih kuat mencekik lehernya.
"Arif, apa yang kamu buat ni?!" Ibu Ika yang terdengar pertengkaran mereka muncul di bilik itu. Dia segera menampar tubuh Arif.
"Lepaskan dia. Kamu dah gila?!" Puas wanita itu memukul anak lelakinya barulah lelaki itu melepaskan leher adiknya. Ika terbatuk-batuk. Ibunya mengosok belakang Ika.
"Apa kena dengan kamu ni? Nak bunuh adik kamu?" Marah ibu mereka.
"Ni ha. Anak kesayangan mak ni dah mengandung." umum Arif sambil menghulurkan alat di tangannya kepada ibu mereka.
"Mengandung? Apa kamu cakap ni Arif? Jangan buat fitnah yang bukan-bukan. Ika baru tunang orang." ujarnya. Alat ditangan dilihat. Ada dua jalur merah di bahagian penanda.
"Apa benda ni, Ika?" soalnya. Ika hanya tergamam tak mampu bersuara. Bermacam perkara bermain di fikirannya tapi tidak ada satu pun yang boleh dijadikan jawapan. Takkanlah dia nak berterus terang yang dia sering buat hubungan dengan Marwan. Memang malam tu jugaklah dia akan dibelasah Arif. Mahu lunyai badannya. Mungkin juga boleh bawa maut.
Wajah ibu dan abangnya dilihat sekilas. Otaknya ligat mencari jawapan untuk menyelamatkan diri. Kalau dia berterus-terang bahawa kandungan itu milik Marwan, pasti nanti dia dipaksa kahwin dengan lelaki tu. Sumpah, dia tak mahu! Marwan bukan jenis boleh dibuat suami. Buat lelaki simpanan layaklah. Habis siapa yang harus dia korbankan sebagai pak sanggup? Akhirnya, Ika sedar dia tiada pilihan lain melainkan satu saja.
"Ika mengandung." ujarnya sebelum menyambung. "Anak Hafiz."

YOU ARE READING
Di Bawah Payung Cinta
Roman d'amourCinta yang ditatang Hafiz Aiman hancur berkecai pabila tunangnya, Ika Maryam bertindak curang. "Ika tau Ika dah lukakan hati Fiz tapi Ika minta tolong sangat. Kita jumpa. Sekejap pun jadilah sebab Fiz kena dengar dulu penjelasan Ika." - Ika Maryam "...