bab 4

8.2K 304 0
                                    

"Hai saya ayuni" "raihana. Panggil rai je pun boleh" balasku. "Kalau kita cakap aku kau boleh?" "Aku okay je. Baru boleh rapat" jawabku membalas senyumannya.

"Rai,nanti aku kenalkan kau dengan geng aku kelas 5 teratai eh?" "Ok" PnP berjalan seperti biasa.

Waktu rehat. "Icha" panggil ayuni terhadap perempuan yang baru keluar dari kelas sebelah.
Icha yang dipanggil ayuni tadi melambai tangan ke arah kami.

"Ayuni,jom ke kantin. Eh ni siapa" tanya si icha. "Ha ni aku nak kenalkan. Eh jap mana rafa?" "Aku datang"

"Ni,aku kenalkan raihana sofea bt hakim. Dia student baru kelas aku" jelas ayuni. "Hai selamat berkenalan"ucap rafa dan icha serentak.

"Ni alisya,ni pulak rafa alina. Panggil dia orang icha dan rafa je. So sekarang ni kau dah masuk geng kita orang" kata ayuni.

Syukur Alhamdulillah dapat kawan baru yang baik. "Rai jom kita ke kantin" kata icha sambil menarik tanganku.

Di kantin pelbagai ragam pelajar dilihat. "Rai kat sini semuanya boleh dikira sedap" kata icha. "Eleh kau semua sedap. Yang tak sedap pun jadi sedap. Sebab tu kau gemuk" balas rafa.

"Kau jaga sikit mulut tu eh. Nanti aku cepuk kang. Badan aku kurus dikatakan gemuk. Kau rafa aku rasa perlu pakai spec la. Kot kot kah rabun ke" balas icha.

"Dah,jangan gaduh. Aku lapar ni" kata raihana bagi mengelak tercetusnya perang haha.

Tiba-tiba semua orang kat kantin itu aku rasa macam orang gila,macam dekat zoo pun ada.

"Apahal ni semua orang kecoh?" Tanyaku kepada ayuni. "Lelaki paling hot kat sekolah datang rehat la wey" terang ayuni.

Icha dan rafa ada sedikiy gedik juga aku tengok. Macam perempuan yang lain. "Icha rafa makan la." Ajakku.

"Eh ini peluang la rai. Bukan selalu lelaki paling hot kat sekolah ke kantin" balas rafa. Ayuni menggelengkan kepala.

Aku pun curi peluang nak tengok macam mana lelaki paling hot mereka katakan. Handsome. Zup! Eye contact. Cepat cepat aku mengelak.

"Siapa nama lelaki paling hot tu ayuni? Memang macam ni ke kalau dia orang muncul?"

"Dia mr captain sekolah ni. Dia adalah ketua pengawas,ketua basketball,ketua semua apa yang dia join. Nama dia Muhammad raykal farhan bin datuk seri ikmal. Yea,memang macam ni suasana bila ray and the geng muncul" jelas ayuni.

Dia Mr Captain Where stories live. Discover now