First of all sorry lambat update. Sorry jugak sebab author akan tamatkan cerita Dia Mr Captain di sini. Harap maklum😊
"Weh tak sangkakan 2 hari lagi kita nak tamatkan zaman sekolah kita" kata Ayuni.
"Haah. Dah ready ke?" Soal Rai.
"Belum. Macam tak nak tinggalkan sekolah je. Banyak kenangan tahun ni" kata Rafa.
"Weh jom. Semua dah masuk dewan" suara Icha memberhentikan perbualan mereka.
Ya, mungkin sampai sini saja kisah mereka di sekolah ni. Perjalanan seterusnya biar Allah yang tentukan :)
Malam
Ting! Ting! Ting!
"Adik! Handphone adik bising tolong senyapkan please. Abang Am tengah fokus untuk selamatkan negara ni"
Ya semua Am dengan Yan tengah main game!
"Selamatkan negara sangat. Bising je dari tadi. Cuba tolong mama kat stor bilik sebelah tu. Apalah yang dicari" bebel Rai.
"Adikla tolong. Abang busy ni. Shuh shuh"
"Ishh kalau kau bukan abang aku memang aku heret keluar terus!"
+013+++++++
Kalau kau nak tahu sesuatu jumpa kat Cafe *
Ray ada sekali jangan risau
Location
"Siapa ni?"
Rai terjeda seketika. Lama dia merenung screen menunjukkan mesej diterima tadi.
Rai akhirnya membuat keputusan untuk mengajak Ayuni menemaninya.
Cafe *
"Rai, betul ke cafe ni? Kau tak salahkan?" Soal Ayuni.
"Ye. Location ni pun tunjuk cafe ni"
"Jom kita tanya dulu"
"Ye boleh saya bantu?" Soal waitress di Cafe tersebut.
"Saya nak jumpa seseorang" jawab Raihana.
"Kejap ye. Nama cik?"
"Raihana"
"Oh Cik Raihana. Ni ada pesanan untuk Cik Raihana"
Waitress tadi memberi sekeping kertas kepada Raihana.
"Apa yang ada kat kertas tu Rai?"
Pergi dekat taman depan. Kalau kau nak tahu semua yang dia rahsiakan selama ni. Bawah pokok rendang tak jauh dari tasik.
"Jom!"
"Ish kau ni Rai. Kalau dia orang jahat macam mana? Kita tak tahu siapa dia"
"Tapi Ayuni, I'm eager to know the secret. Dah jom!"
Ayuni hanya pasrah mengikut Raihana dari belakang selepas mengucapkan terima kasih kepada waitress.
Akhirnya, mereka sampai di taman. Tapi, langkah mereka terhenti melihat di kawasan yang malap hanya disinari lampu jalan.
Raykal Farhan sedang berpelukan dengan seorang perempuan. Entah mengapa hati Raihana berasa sakit. Jealous? Tak ada dalam kamus hidup dia.
"Raykal Farhan!"
Jerit Raihana.
Raykal terkejut terus menolak perempuan tersebut.
"Fea. Semua ni salah faham. Bukan macam apa yang tengok" jelas Raykal.
"Dengan mata kepala aku sendiri kau nak menidakkan? Ayuni pun tengokla apa scene kau buat tadi!"
Raihana meluahkan rasa marahnya.
"Fea! Dengar dulu penjelasan aku. Aku tak kenal pun perempuan ni. Dia tiba-tiba datang peluk aku!"
Raykal dah rasa apa je sekarang bagaimana nak terangkan kat Raihana.
"Dah la Kal. Tak payah nak tipulah. Mana ada orang tiba-tiba nak peluk. Kalau dia kenal kau. Melainkan dia tu gila"
"Fea please ini semua salah faham. Hey perempuan kau terangkan yang kita ni tak kenal!"
"Ray, sampai hati awak cakap macam tu" perempuan itu menunduk selepas berbicara seolah sedih.
Raihana ketawa sinis.
"Dah terang lagi bersuluh Kal. Tak payah kau nak selindung lagi. Selama ni kau baik depan family aku je. Aku rasa sampai sini je kot"
"Fea. Please ini bukan apa yang kau tengok. Serious aku tak kenal perempuan ni. Fea, jangan tuduh aku macam ni. Ya Allah"
"Dah la Kal, mulai hari ni kita putus. Kau dengan hidup kau. Aku dengan hidup aku. Mind our own business. Kita buat macam kita tak pernah kenal sebelum ni. Kau boleh la beritahu family kita yang kita putus. Kau boleh la ada hubungan dengan kekasih kau. Thanks!"
Lepas sahaja Raihana berbicara dia terus berlalu pergi diikuti Ayuni. Sepanjang perjalanan balik Rai hanya diam sampai di rumah.
"Kau perempuan kalau aku tahu siapa kau dan siapa yang rancang semua ni. Siap lah!"
Raykal betul-betul marah sekarang. Kecewa. Ya dia rasa kecewa sebab Raihana tidak percaya akan dirinya.
Sekolah
"Masa sudah tamat. Berhenti menulis"
"Alhamdulillah. Kita dah menamatkan zaman sekolah menengah dan habiskan SPM" Ucap Icha.
"Alhamdulillah"
"Lepas ni apa rancangan kau orang?" Soal Rafa.
"Entahla. Nak marathon drama kot." Jawab Raihana.
"Aku pun!" Jawab yang lain ><
Raykal hanya memerhati Raihana yang kelihatan seperti tiada apa yang berlaku semalam.
Raihana yang merasa dirinya seperti diperhati melihat sekeliling sehingga matanya menyinggah diwajah Raykal Farhan. Dia terus mengalih dari melihat Ray.
Raykal tahu. Apa yang Raihana katakan semalam dia memang betul-betul maksudkan.
Begitulah kisah antara Raihana Sofea dan Raykal Farhan. Dugaan mereka dalam bertunang amat mencabar. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang. Kalau betul mereka berjodoh, lari jauh ke mana sekali pun tetap berjumpa jua. Harap semua menerima ending Dia Mr Captain begini. Sampai sini sahaja dari Miss Az. Terima kasih untuk semua yang sabar menunggu. Maaf jika ada silap dari saya. Have a nice day semua <3
YOU ARE READING
Dia Mr Captain
Teen FictionRaihana atau lebih dikenali Raihana Sofea bt Datuk seri Hakim. di sekolah lama dia,nak dikatakan gangster tak juga sebab dia tak buli orang. tapi dia ditakuti ramai dan dihormati. "Rai,daddy dah uruskan hal perpindahan kamu di sekolah baharu. Next w...