bab 54

3.8K 140 3
                                    

"Pak cik Leman. Boleh berhenti kat tepi tu tak?" Kata Rai.

"Eh asal pulak? Jalan je terus Pak Cik Leman. Tak payah dengar kata budak ni." Balas Ray.

"Ihhh turun je lah. Kau lupak ke aku kat sekolah ni 'budak biasa' je. Bukan macam si Fifi sotong tu anak orang kaya yang suka menunjuk harta mak bapak." Jawab Rai.

"Ha yelah yelah. Pak Cik Leman turun je kami sini. Balik nanti ambil kami kat bus stop." Kata Ray.

Rai memaut lengan ray yang berlapikkan kemeja berlengan panjang bewarna biru Ray.

"Budak sekolah ni tak pernah tengok orang patah kaki ke Kal?" Soal Rai mendongak sedikit memandangkan Ray tinggi daripadanya.

"Maybe kot. Dah tak payah la kau kisah pasal dorang. Cepat sikit aku ada tugas pagi ni" balas Ray.

"Kau tengok aku pakai topangkan. Macam mana aku nak cepat-cepat jalan" rungut Rai.

"Tu lah lain kali jangan nak pedajalkan orang je. Kan Allah bagi cash tu. Tipu lagi haaa" kata Ray.

"Eee kau ni dah la blah sana aku nak pergi dekat Rafa" sambil mencubit lengan Ray yang dah dilepaskan semasa melimpasi gate sekolah.

Skip

"Eh Rai asal kaki kau?" Soal Rafa.

"Takkan la cuti  2 hari kau dah patahkan kaki kau Rai?" Soal Ayuni.

Raihana mengeluh mendengar soalan dari sahabatnya.

"Ni sebab mamat tu la. Mr Captain korang. Aku pedajalkan dia sebb tinggalkam aku kat sekolah hari tu. Masa dinner rumah atok aku aku jatuh tangga. Syukur dah nak sampai bawah tak tinggi sangat. Kalau tak aku pun tak tahu." Balas Rai.

"Hmmm kesian kau Rai. Dah jom masuk kelas. Nanti cikgu masuk sebab assembly cancel. Yeahh!" Balas Icha happy.

Bagitahu siapa tak happy assembly cancel? Sebab sepatah 2 kata pengetua macam nak buat ceramah je.








Sampai disini saja update dari saya. Kalau saya rajin ada idea yg tak bertukar in shaa Allah saya akn update another chapter. Sorry kalau hambar. Thanks support sbb sudi baca story saya yang biasa + cliche

Dia Mr Captain Where stories live. Discover now