"Rai sayang. Turun kejap mummy dan daddy nak bercakap dengan kamu" kata mummy dari luar. Sekarang aku,icha,ayuni dan Rafa tengah study group dalam bilik aku. So dia orang dah tahula status aku. Aku suruh dia orang rahsiakan.
"Ya mummy kejap. Korang aku turun dulu ye. Korang buat tanpa aku." "Ok" jawab mereka serentak.
"Mummy daddy kenapa panggil rai tiba-tiba ni?" Tanyaku. Belum sempat mereka nak memulakan bicara ada orang memberi salam. "Assalammualaikum"
"Waalaikummussalam" jawab kami.Rupanya abang ayan dan abang am baru balik dari office. "Ada perbincangan ke?" Tanya abang am. "Hmm mummy dan daddy baru je nak bercakap dengan rai,abang am dengan abang ayan bagi salam" kataku.
"My,nak join" kata arrayan. "Jom yan kita dok sekali" balas abang am. "Ish sibuk abang ni la" kataku. "Sibuk je kau dik. Dok senyap je kat situ" "dah dengar apa mummy nak kata tu" daddy meleraikan perang mulut kami.
"Ni,malam ni kamu semua tak ada kemana-mana ke?" Tanya mummy membuka bicara. Tiga-tiga kepala menggeleng. "Kenapa my" tanyaku.
"Atuk kamu nak jumpa malam ni dekat rumahnya" terang mummy. "What!?" Kami bertiga menjerit serentak. "Ni,kenapa overeact pulak?" Tanya daddy. "Err daddy,kan tahu atuk macam mana? Seram kalau dia nak kita datang" kata arrayan.
"Ish apa nak seramnya" "my kalau am tak nak ikut boleh?" "Ayan pun" "err rai pun" uishh tiga beradik ni macam ada telepathy. "No! Kamu semua kena pergi. Siapa tak nak pergi,semua kemudahan dirampas." Kata daddy
"What!?" "Ni dah kira paksaan ni main ugut dy" kata arrayan. "Dah pergi bersihkan diri. Rai sambung kerja dengan kawan kamu." Kata munmy.
Selepas maghrib itu mummy suruh kami siap cepat sebab atok suruh datang selepas isya'.
"Rai,dah ke belum?" Panggil datin seri jasmine. Tiada sahutan dari raihana. "Raihana,raihana,raihana sofea" "ya mummy kejap" aku hanya mengenakan jubah berwarna putih dan sedikit merah jambu. Shawl pula aku guna warna merah jambu.
"Ish lambat la adik ni. Nanti atuk bising" kata abang ayan. "Sibuk je. Dah jomlah pergi. Tadi bising marah rai lambat" perliku. Kami menaiki kereta alphard daddy yang dipandu syam.
Akhirnya kamk sampai ke rumah banglo mewah yang dimiliki tan sri osman iaitu atuk sebelah daddy. Itu sajalah pengenalan bagi atuk.
Di rumah itu hanya kami sekeluarga. Nenek dah lama meninggal 3 tahun yang lepas. Sekarang ni atuk tinggal dengan pak usu adik kepada daddy.
Aku yang dah lama menunggu bertanya. "Atuk,atuk nak kami kumpul ni kenapa?" Tanyaku.
"Eh,kenapa? Tak suka datang rumah atuk?" Tanya atuk balik. "Tak adalah. Atukkan kalau panggil kami datang ni mestilah ada tujuan" balasku. Lama atuk diam.
Ayah backup atok. "Ehem,rai manner! Kita tunggu keluarga uncle ikmal sampai" belum sempat aku bertanya ada suara memberi salam. "Assalammualaikum"
YOU ARE READING
Dia Mr Captain
Teen FictionRaihana atau lebih dikenali Raihana Sofea bt Datuk seri Hakim. di sekolah lama dia,nak dikatakan gangster tak juga sebab dia tak buli orang. tapi dia ditakuti ramai dan dihormati. "Rai,daddy dah uruskan hal perpindahan kamu di sekolah baharu. Next w...