#5 | edited

11.2K 836 39
                                        

Sebaik sahaja dia keluar daripada toilet. Langkahnya diatur ke gazebo. Lepak lepak dulu, tak apa kan? Namun, matanya kemudian tertancap pada kelibat Madam Arni yang baru sahaja keluar daripada kereta bersama buku buku kerja.

"Elena!"

Aril menoleh. Kelihatan Madam Arni di belah kirinya berjalan ke arah Elena yang di belah kanannya. Pantas dia menyorok sedikit untuk mendengar perbualan mereka berdua.

Elena menoleh. Dari jauh sudah terlihat susuk tubuh guru kelas mereka, Madam Arni berjalan ke arahnya dengan buku buku kerja murid di tangannya.

"Ya madam?" soal Alana.

"Tolong saya letakkan buku buku kelas awak ni dekat suite guru saya boleh? saya ada emergency meeting dengan pengetua sekarang ni." terangnya. Elena tersenyum lalu mengangguk.

"Boleh madam, meh sini buku. Btw taknak saya bagi dekat kelas terus je ke?" ucap Elena sambil mengambil buku buku kerja di pegangan Madam Arni.

"Saya tak sempat lagi nak tanda beberapa buku. Nanti dah siap tanda, saya bagi. Terima kasih ya, Alana. Saya pergi dulu." pamit Madam Arni.

Dari jauh kelibat Aril terlihat sedang memerhati Elena. Otaknya memproses sambil memerhati. Tiba tiba dia teringat tentang rancangan Faiq untuk kenakan Elena. Hmm hmm, revenge time mareyyyy!

Langkah Alana diikuti dan sejurus sahaja dia tiba di suite guru Madam Arni, Aril berhenti sedikit jauh agar Elena tidak sedar akan kehadirannya. 2 minit kemudian, Elena berjalan keluar kembali. Aril tersenyum puas. Telefonnya dikeluarkan lalu nombor Faiq didail.

"Datang suite guru Madam Arni. Aku ada idea untuk revenge kau."

"Okay on the way."

Tak sampai 5 minit, kelibat Faiq sudah terlihat bersama Zarith dan Adrian.

"Revenge apa kau ada Ril?" soal Zarith.

"Tadi Madam Arni suruh Elena letakkan buku kerja students kat meja dia.... so kau tahu sendiri la kan what should we do with the books?" soal Aril.

Ketiga tiga mereka menggeleng tak tahu. Aril menepuk dahi. "Macam mana nak jadi prankster ala ala bad boys kalau idea kacang macam ni pun kau orang taktahu? duh!"

"Eh hello! baik sikit please, aku pagi pagi ni tak makan, otak tak boleh nak proses." bangkah Adrian laju menegakkan dirinya.

"So apa idea kau?" soal Faiq tak sabar.

Aril tersenyum. "Buku buku tu buku buku kelas kita. And dia tak tanda lagi separuh daripada buku tu. And the revenge is, kita conteng lah ayat ayat mengutuk Madam Arni pakai buku perempuan empat orang tu. And obviously, waktu dia bagi balik buku tu dekat kelas nanti, dia akan check and booom! mengamuk la!" terang Aril semangat.

"Bagus bagus memang otak setan!" ucap Faiq sambil menepuk nepuk bahu Aril.

"Well well well..." bangga Aril dibuatnya apabila dipuji. Perangai macam setan pun kena bangga ke....

Pantas mereka berempat masuk ke dalam meja guru Madam Arni. Buku buku Elena, Ariana, Melissa dan Alana dicari. Jumpa! laju tangan masing masing menconteng buku mereka berempat dengan kutukan untuk Madam Arni. Ish ish ish.

"Settle, habislah kau Elena..." ucap Faiq perlahan. Mereka berempat berjalan keluar meninggalkan meja guru Madam Arni.

👑👑👑

KRING!

5 Thistle.

"Assalamualaikum class..."

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang