#26

7.8K 655 39
                                    

Masih pagi dan ada lagi 7 jam sebelum akad nikah Mak Su. Semua sudah bersarapan awal pagi supaya tak terlambat untuk bersiap. Si gadis berempat sibuk menghias pelamin aka 'final touch' bersama bridesmaid Mak Su.

"Ariana!" laung Zarith dari dalam biliknya.

"Apa?" laung Ariana kembali. Memandangkan jarak ruang tamu dan bilik si jejaka agak jauh.

"Mana baju aku? bawa sini please!" laung Zarith lagi.

"Eh orang tua ni banyak cekadak betul la." bebel Ariana sendirian lalu bangun dari tempat duduknya.

"Dah nampak rupa suami panggil isteri dah tu." sakat Mak Su disusuli ketawa yang lain. Ariana terus ke bilik baju lalu mengambil baju Zarith yang diseterika olehnya malam tadi. Kemudian dia menuju ke bilik Zarith.

"Woi! buka la pintu,baju kau ni." ucap Ariana sambil mengetuk pintu.

Dalam 5 saat,pintu bilik si jejaka terbuka.

"Aduh ni yang malas ni. Sedar la diri kalau tak ada abs tak payah nak tayang tayang sangat boleh tak?"

Zarith mengecilkan matanya sebelum menutup pintu dan keluar kembali sambil berpakaian.

"Ha puas dah orang pakai baju?"soal Zarith.

"Tak puas lagi sebab still nampak. Kau memang sengaja ke eh? for your information, aku tak selera pun tau. Menyusahkan je dia ni, dah la kaki orang sakit, nak ke bilik si putera seorang ni punya la jauh. Ni baju, amik!" bebel Ariana. Baju melayu milik Zarith dihamparkan ke dada Zarith lalu terus beredar.

"Eh minah ni apasal? kegalauan wanita ke apa?" gumam Zarith lalu terus masuk kembali ke biliknya.

👑👑👑

"Aku terima nikahnya Nur Raisya binti Razali dengan mas kahwinnya rm500 tunai..."

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulillah." Tok Mak segera memeluk cium anak bongsunya sebaik sahaja perkataan sah diucap. Si gadis berempat juga tak ketinggalan memeluk Mak Su.

Kelibat keluarga Zarith, Puan Ratna, Encik Zafril bersama Zarith Zarish dan Zarith Zara juga kelihatan.

"Mummy, daddy? baru sampai?" soal Zarith sambil menyalam tangan Encik Zafril dan Puan Ratna. Si jejaka berempat juga turut bersalam dengan Encik Zafril.

"Baru je Ziq, jammed pula harini.Nasib baik sempat tengok Mak Su kamu tu akad nikah." Encik Zafril.

"Mana Ariana, Ziq? kamu kata kamu bawa dia kan? mummy nak jumpa dia la." soal Puan Ratna sambil matanya melilau mencari kelibat gadis itu.

"Ariana? ha dia makan kot. Ala nanti nanti boleh jumpa, bukannya dia dah balik pun."ucap Zarith.

"Ziq! kalau mummy cakap mummy nak jumpa, kasi la mummy jumpa." ucap Puan Ratna tegas. Terkulat kulat Zarith dibuatnya.

"Pergi jelah bang. Mummy nak jumpa future menantu dia tu. Zara pun teruja nak tengok future kakak ipar Zara ni." sakat Zara lalu dibalas dengan jelingan tajam Zarith.

Zarith terus meminta diri untuk mencari Ariana. "Mana la minah galau sekor ni." Kemudian kelibat Ariana di meja khemah terlihat.

"Woi!" sergah Zarith.

"Oh mak kau dessert terpelanting jatuh!" latah Ariana kuat. Selepas dia menyedari ramai yang memerhatinya, terus dia mencubit kasar lengan Zarith.

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang