note : chapter ni chapter khas throwback, chapter ni akan throwback daripada kes 3 tahun yang lalu sampai kes Sir Zaki.
FLASHBACK
3 years ago.....
Elena yang baru keluar daripada kelasnya, 2 Thistle terberhenti apabila telefon di dalam koceknya berbunyi.
Ariana Affiera is calling...
Pantas tangannya menjawab panggilan Ariana dan melekapkan telefonnya di telinganya.
"Hello hello... ada apa?"
"Kau dah tengok belum list tugasan baru?
"Oh belum! kau dah?"
"Belum juga, tengokkan untuk aku please? aku dekat toilet ni, tak menahan."
"Ergh yelah. Ni lagi dua ekor tu mana?"
"Kafe rasanya sebab pagi tadi tak sempat breakfast katanya and Madam Fatimah tak ada harini."
"Ha ok la. Brb."
Talian dimatikan. Langkahnya diatur ke bilik pengawas di tingkat 1 di blok yang sama. Setibanya dia di bilik pengawas, keadaan board yang terletaknya list bertugas yang baru lagi memudahkannya. Nama Elena Rose dicari. Gotcha! jumpa!
Belakang Sekolah :
- Elena Rose
- Ariana Affiera
- Melissa Kayla
- Alana Sofea"Yas!!! finally one team." terjerit kecil dia dibuatnya apabila dia dan bffs nya bertugas di kawasan yang sama. Group chat mereka berempat dibuka.
G o s s i p 👽
List bertugas baru dah tengok?
Alana Sofea
Belum, apa cer?Guess what?!?! aaaah
Melissa Kayla
Apa bongik? cepat laKita bertugas in one team, belakang sekolah!!
Alana Sofea
Tu je? alah ingatkan dapat
one team dengan
head prefect yang kacak.Melissa Kayla
Sikit sikit muka korang,
muak.Bapak bajet💩
aku suruh senior letak nama kau orang one team dengan budak budak nerd tau ah kau.
Jumpa dekat belakang sekolah nanti.Telefonnya ditutup lalu disimpan ke dalam kocek. Dia masuk ke dalam untuk mengambil file lokasi tugasannya.
"Elena!" dia menoleh. Kelihatan Puan Shaline menuju ke arahnya.
"Ya puan? ada apa? hi Ily!" sapa Elena.
"Ni Ily ni nak sangat ikut saya pergi sekolah nak jumpa kamu berempat."
"Lah yeke, Ily rindu Kak El ke?" soal Elena sambil menunduk sedikit. Ily mengangguk.
"Saya ada meeting ni, kamu tolong jagakan Ily sekejap ya." Elena mengangguk.
Selepas selesai, helakang sekolah menjadi lokasinya. Tempat duduk batu yang sememangnya sudah sedia ada diduduki, file tadi dikeluarkan lalu diselak satu persatu.

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Novela Juvenil☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.