#60

7.4K 566 25
                                    

2 mingu kemudian, Faiq sudah bersekolah seperti biasa selepas dia dibenarkan keluar hospital 2 hari selepas dia sedar. Manakala Elena akan dibenarkan keluar daripada hospital tepat 2 minggu selepas dia dimasukkan ke dalam hospital iaitu pada hari ini.

"Today Elena balik right? kau orang pickup dia pukul berapa?" Zarith berjalan ke meja Ariana sejurus sahaja guru matapelajaran Matematik melangkah keluar daripada kelas.

Ariana mengangguk. "Tengok la dulu. Maybe balik rumah dulu baru pergi ambil dia."

"Kau orang tak ada prepare apa apa ke? well I mean.. to celebrate her comeback after weeks dia dekat hospital?" tiba tiba suara Faiq menyoal.

Melissa dan Alana yang tadinya sibuk menekan kalkulator menyiapkan latihan Matematik terus terhenti. Mereka bertiga terus berpandangan antara satu sama lain.

"Great idea... tapi sempat ke?" Melissa melihat jam jenama Adidas yang berlilit di tangannya. Masih ada 2 jam berbaki sebelum waktu persekolahan tamat.

"Balik sekolah hari ni 1:30, Elena estimate discharge time yang doktor cakap pukul 3:00. Sempat ke? nak beli barang itu ini, hiasan, makanan lagi." Aril ragu ragu.

"Kau orang pergi ambil Elena, at the same time, lengahkan la sikit masa, pergi la singgah kedai apa apa and sementara tu, kita orang berempat beli barang, order foods and siapkan lah semua." Adrian mencadang. Dengan tangannya menggosok gosok bahagian dagu ala ala profesor klon.

"Boleh diguna pakai... cuma aku tak yakin kau orang boleh beli barang barang tu. Boleh ke? aku taknak failed- party okay!" warning Ariana awal awal.

"I think kita kena change position. Kitaorang bertiga yang akan pergi beli barang." ucap Melissa.

"Habistu siapa nak ambil Elena?" soal Faiq, Zarith, Adrian dan Aril serentak.

Ariana dan Melissa terdiam. Cuma Alana yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Kita ikut plan Mel. And aku amanahkan kau Faiq, untuk ambil Elena dekat hospital. You boys, ikut kita orang beli semua barang keperluan including foods. Okay? okay. Kan senang?" Alana menyuarakan pendapatnya panjang lebar.

Empat lelaki itu separa tercengang. "Kau biar betul nak suruh aku yang ambil Elena? risiko tinggi tahu tak?" soal Faiq risau.

"Aku tak akan suruh kau kalau kau tak boleh buat. Ni lah masanya untuk kau tebus balik salah kau dulu. Kau ni buta ke apa eh Faiq? aku tengah tolong kau ni nak dapatkan balik maaf Elena! tolong la jangan jadi slow sangat!" Alana si mulut longkang back at it again gaiz.

"Padan muka kau Faiq kena marah!" bisik Aril nakal ke telinga Faiq.

"Kalau dia taknak balik dengan aku?" soal Faiq lagi.

"Nanti pandai pandai la kitaorang inform dia yang kitaorang ada hal penting nak kena settle sampai malam. So kitaorang suruh kau yang ambil dia. Ada faham?" kali ini Ariana pula yang menerangkan.

"Baik bos!" jawab empat lelaki itu serentak.

👑👑👑

"Hai lah kaki, bila la nak sembuh ni?" bebel Elena sambil mengemas bag pakaiannya. Makin terbatas pergerakkannya apabila sekarang tongkat jadi peneman setia sepanjang masa.

Bunyi ketukan di pintu memberhentikan tangannya daripada mengemas. Perlahan lahan pintu terbuka daripada luar. Elena sabar menanti gerangan yang bakal masuk ke dalam wad nya.

"Eva." terkejut Elena dibuatnya apabila Eva Aerina, si gadis jahat yang melangkah masuk ke dalam wad nya bersama seorang wanita.

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang