#14

9.8K 731 23
                                    

Tepat pukul 3:30 petang, Ariana memarkir kereta miliknya di garaj rumah. Dijadikan cerita, tiba tiba ada call daripada adik Zarith, Zarish suruh pulang awal ke rumah. Maka date mereka berdua terpaksa dibatalkan lalu Ariana pulang lah ke rumahm

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, ibu bapanya berserta si adik kembarnya Adam Faris dan Addina Iris sedang duduk di ruang tamu.

"Awal pula balik? kata pukul 7?" soal Addina.

"Tak jadi, cancel."

"By the way, papa nak bawa mama, Dina dengan Adam pergi dinner. Ari nak ikut?" soal Encik Aziz, bapa Ariana.

"Dah alang alang Ariana balik ni, pergilah siap." arah Puan Aisha.

Ariana hanya menurut lalu terus menekan lif untuk ke biliknya. Hendak membantah, silap silap tak jadi minum petang mereka pada hari itu. Sejurus sampai di biliknya, terus dia menuju ke pintu 2 iaitu bahagian toilet dan closet nya tanpa tangguh.

20 minit kemudian...

Ariana mengetatkan bathrobenya. Terus dia bergerak ke closet lalu mengeluarkan kemeja putih dan seluar denim.

 Terus dia bergerak ke closet lalu mengeluarkan kemeja putih dan seluar denim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rambut pula dia lepaskan. Selepas dia mencoletkan sedikit NYX Soft Matte Lip Cream kod Cannes di bibir lalu terus dia turun ke bawah.

🌴🌴🌴



"Ziq ikut umi dengan abah pergi dinner dengan kawan abah jom?" ucap Puan Ratna sejurus sahaja dia pulang daripada mall.

"Ingatkan apalah tadi. Ziq okay je asalkan Zarish ikut." balas Zarith sambil memandang sekeliling rumah mencari adiknya, Zarish.

"Zarish pun pergi, dia tengah mandi. Ziq pun pergilah mandi, semacam je bau." Puan Ratna ketawa sedikit melihat wajah cemberut Zarith selepas mendengar kata katanya.

🌴🌴🌴

Ariana masuk beriringan bersama adik kembarnya, Adam dan Addina ke dalam hotel lalu menuju ke Hilton Restaurant yang terletak di dalam bangunan Hilton.

"Ari, Adam, Dina, ini kawan papa... uncle Zafril and her wife aunty Ratna." tutur Encik Aziz.



"Hi uncle, aunty." ucap Ariana lalu dia bersalaman dengan Puan Ratna.

"Sorry mi, lam- eh jebo- eh Ariana!"

"Eh kuny- Zarith!"

Terbuntang mata Ariana dan Zarith apabila mata mereka bertembung.

"Ziq kenal ke dengan Ariana?" soal Encik Zafril.

"Kenal sangat abah, kawan Ziq kat sekolah." balas Zarith. Perkataan kawan ditekankan.

"Hai, saya Zarish. Ini kak Ariana, kan?" Ariana memandang lelaki di tepi Zarith lalu dia mengangguk.

"Oh jadi inilah dia perempuan yang abang khaskan sebuah sajak dekat tepi swimming pool haritu tapi end up macam orang gila sebab cakap seorang diri tu?" kata kata Zarish mengundang tawa Ariana. Boleh buat bahan nanti ni.

Zarith hanya memandang tajam ke arah Zarish. "Kau percaya la budak ni, sembang kuat."

"Zarish tingkatan berapa?" soal Ariana.

Zarish mengeluarkan 3 jarinya. "Tingkatan 3, mangsa PT3, sob sob."

"Oh... sebaya Addina dengan Adam la, kenal tak?"

"Addina Iris? Adam Faris? adik Kak Ariana ke?" Ariana mengangguk.

"Kenal ke?" soal Ariana pula.

"Kenal sangat, classmate tu. Mana dia orang? tak ikut?" soal Zaril.

"Pergi toi-"

"Eh Zarish! ssup bro! kau buat apa kat sini?" sampuk Adam yang baru tiba bersama Addina. Pinggang Adam dicubit Ariana.

"Ssup bro, ssup bro! salam kau mana? hilang dalam laut?" perli Ariana. Tergelak Zarith dengan tingkah laku Ariana bersama adiknya. Garang betul.

"Assalamualaikum, sorry ah Ril, kakak aku ni tiba tiba jadi ustazah pilihan pula malam malam ni, selalunya dia menari macam orang gila dalam bilik, tu yang aku pelik!" kutuk Adam selamba. Kali ini, ketawa Zarith tak boleh nak dibendung lagi. Terkekeh dia ketawa dek kata kata Adam.

Ariana pula hanya menjeling. Addina disebelahnya dipandang. "Sejak bila kau senyap sopan sangat ni Dina?" soal Ariana apabila dia melihat Addina di sisinya.

"Dah crush dia ada kat sini, memanglah." usik Adam merujuk kepada Zarish. Zarish pula hanya tersenyum. Serentak itu mulut Adam ditutup oleh Addina.

"Jahat la Adam ni!" rungut Addina.

"Addinan rilek je, abang Zarith ni pun sebenarnya crush kak Ariana. Setiap hari dia mengorat." sampuk Zarith. Tersembur orange juice Ariana apabila mendengar kata kata Zarith.

"Kalau tinggal kau seorang je dalam bumi ni pun kau tak akan pernah jadi crush aku eh tooolong la!" balas Ariana.

"Ke abang  yang suka kak Ariana?" sakat Zaril. Ha sudah. Zarith backup Addina, Zaril backup Ariana.

"Semua ada backup payah la. Adam je tak ada. Ya la, kak Ari tinggal Adam la kan bila dah ada Zarish. Dina pula dah taknak Adam jadi abang kembar dia tu yang dia suka abang Zarith." tutur Adam sayu.

"Adam rilek je. Abang ada lagi sorang adik perempuan. Zarith Zara nama dia. Tapi dia boarding school, nanti free time abang bawa Zara jumpa Adam, okay?" soal Zarith dengan nada memujuk.

"Okay! ni baru ngam. kak Ari tengok ni, abang Zarith yang bukan abang Adam pun pandai pujuk Adam tau. Adam merajuk lagi ni Kak Ari!" protes Adam.

Manakala Ariana berbalas pandangan bersama Addina lalu mereka ketawa bersama. Adam yang melihat kakak dan adik kembarnya sendiri mengetawakan dirinya terus menjerit kecil.

"Jahat la Kak Ari dengan Dina, tak nak kawan!" Adam sengaja menggunakan taktik yang melemahkan Ariana dan Addina setiap kali dirinya merajuk.

"Taknak kawan sudah, nama kau bedah!" sakat Ariana selamba. Zarith sudah menghantar isyarat untuk berlembut dengan Adam

"Kau tak payah nak mengada la Dam nak merajuk, kalau kau tak boleh tidur malam malam, bilik siapa yang kau jenguk? bilik aku. Kalau mama papa potong duit belanja, siapa bagi duit? aku juga. So cuba cakap sekarang, nak merajuk lagi ke tak?" soal Ariana. Adam menggeleng malu malu.

"Even Dina ada boyfriend pun, Dina takkan lupa Adam tau!" kata Addina pula.

"Dengar tu Rish, habis lah kau!" sakat Adam.

"Benci la dia ni! kak Ari!" lapor Addina.

"Bising la korang dua, makan tu puas puas, malam nanti jangan minta nak makan lagi, nanti aku yang makan kau orang." ugut Ariana. Sudah masak dia dengan perangai adik adiknya yang selalu datang ke biliknya suruh masak. Kalau datang bilik nak dodoikan tak apa la juga.

× × ×

bbbg | ✔Where stories live. Discover now