#44

7.2K 526 42
                                    

note : chapter ni throwback pasal the four boys berkomplot dengan Sir Zaki.

Pintu biliknya dikunci, langsir ditutup rapat, lampu tiada satu yang dinyala, suhu penghawa dingin ditinggikan. Menyesali perbuatan bodohnya sendiri.

FLASHBACK

"Bengang betul aku dengan minah tu. Acah acah good je." bebel Faiq sewaktu mereka keluar daripada bilik pengetua.

"Elena ke?" sampuk seseorang.

"Eh Sir Zaki!"

"Mari ikut saya." ajak Sir Zaki lalu mereka berempat mengikuti langkah Sir Zaki ke ruangannya dan mulai mengambil tempat di hadapannya.

"Saya dengar kamu berempat ada masalah dengan Elena dan kawan kawannya, betul?" soal Sir Zaki.

Laju Faiq mengangguk. Dalam hati dah macam nak meloncat gembira bila ada unsur unsur guru penolong kanan nak backup!

"Kamu berdendam dengan dia?" soal Sir Zaki lagi. Laju Faiq mengangguk lagi. Yang lain hanya berdiam diri, yalah, hanya Faiq yang berdendam dengan Elena.

"Saya boleh tolong kamu... balas dendam kepada Elena.. because her secret are all in my hand." Sir Zaki berkata dengan senyuman sinis. Tangannya digenggam.

Mereka berempat berkerut. "What secret?" soal Adrian.

"Remember the news about this school almost kena rush? and anak Puan Shaline, Ily disahkan hilang dan ada khabar berita bahawa Ily meninggal dunia?" mereka berempat mengangguk. Kisah sekolah itu pernah gempar 3 tahun dahulu. Namun selepas berita kematian Ily, langsung kes ini ditutup dan dibiar sahaja.

"Good, now hear me clearly. Elena and her friends under Slyther. The rush are also planned. Ily bersama Elena waktu Ily diculik dan juga dibunuh. Demi duit, mereka terlibat dengan pembunuhan Ily. Selepas itu, mereka mulai meletak jawatan dan menjadi rosak. Kamu nampak sahaja mereka berempat tu macam gadis nakal biasa tapi sebenarnya mereka bermain dengan pisau dan pistol. Bertahun mereka bersama Slyther dan merancang kembali untuk cubaan menghancurkan sekolah ini buat kali kedua."

Terkejut, tergamam, terpana, terkaku. Segala jenis ter ada.

"Terkejut right? so what you need to do is a revenge. Cara dia senang, get close to them, treat them nicely, make them fall in love with you, make them forgot they're a bad girl.... and then tinggalkan mereka...that's all. After all the nice treatments, ofcourse mereka akan kecewa. That's what you want right boys? a revenge...."

Faiq sudah terbayang bayang, bersinar sinar matanya memikirkan tentang balas dendam untuk gadis bongkak itu. Manakala tiga rakannya yang lain hanya mengikut kata kata Faiq.

"Okay, deal."

FLASHBACK END

Mimpi ngeri dia memilih untuk bersetuju dengan orang yang salah sehinggakan dia terpaksa menipu orang yang tidak bersalah dan juga yang dia sayang. Setitik demi setitik air mata lelakinya jatuh. Perasaan rasa bersalah tinggi yang amat......

Sementara di bawah....

Bunyi loceng rumah berbunyi menandakan ada yang datang bertandang. Datin Farah yang sedang sibuk di dapur terhenti.

"Pergi tengok siapa datang bik!" laung Datin Farah. 1 minit kemudian, bibik datang kembali.

"Kawan kawan Faiq datang, datin." ucapnya.

"Ooh kalau macam tu, tengokkan kuah kari saya ni ya. Saya ke luar sekejap." ucapnya sambil membasuh tangan di sinki dan menuju ke pintu besar.

"Zarith, Ad, Aril? sihat? nak jumpa Faiq ke?" soal Datin Farah sejurus dia tiba di ruang tamu.

"Sihat aunty. Haah nak jumpa Faiq. Ada ke?" soal Zarith sambil menyambut salam Datin Farah.

"Ada je kat atas tu. Dia mana ada keluar sejak 2 hari lepas. Taktau lah apa masalah dia tu. Kejap aunty ambil kunci bilik Faiq, mesti kunci punya tu bilik dia." ucap Datin Farah sambil melangkah ke meja di tepi pintu.

"Ni ha kuncinya, alang alang pujuk dia sekali suruh makan. Tak pun bawa dia keluar ke, dah serupa perempuan dah auntie tengok dok terperap aje dalam bilik. Dah tak larat aunty nak pujuk." tangannya menghulur kunci bilik Faiq kepada Aril.

"Tak apa aunty, jangan risau. We'll try to convince him. Memang datang sini nak ajak dia keluar pun. Kami naik dulu ya aunty." pamit Adrian lalu mereka bertiga terus melangkah naik ke bilik Faiq.

Pintu bilik Faiq diketuk terlebih dahulu supaya tak terkejut teruna seorang itu. Seperti yang sudah dijangka, tiada sahutan. Akhirnya, pintu dibuka menggunakan kunci pemberian Datin Farah.

Keadaan bilik Faiq mengejutkan mereka bertiga. Pantas tangan Aril menekan suis lampu dan memperlahankan suhu penghawa dingin. Perlahan lahan mereka mendapati Faiq yang sedang berselubing di atas katil.

"Faiq... jom kita keluar? dah lama sangat kau terperap dalam bilik ni." Zarith cuba memujuk Faiq.

"Malas." satu perkataan sahaja yang keluar daripada mulut Faiq. Yang lain mengeluh berat.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni? benda dah jadi, bukannya boleh putar balik masa." haa keluar dah ciri ciri kebapaan Aril.

"Dia kena tembak sebab nak halang aku kena tembak, sedangkan aku dah buat jahat dekat dia, kau rasa?" ucap Faiq.

"So sekarang ni yang kau kena buat adalah minta maaf. Bukannya terperap macam mati bini." perli Adrian. Comforter yang menyelubungi Faiq cuba ditarik.

"Jom la keluar wei, hidup sikit udara baru. Ni dah berapa tahun tak mandi? bangun Faiq!!" jerit Zarith. Namun tiada balasan juga.

"Haa! aku tahu!" bisik Aril kepada Adrian dan Zarith.

"Jom pergi Rafflesia?" soal mereka berempat. Terus Faiq bangkit dan berlari ke toilet.

Jejaka bertiga dah bantai gelak. Siap berguling guling atas katil lagi.

"Kita orang tunggu bawah!" jerit Adrian sebelum mereka bertiga meninggalkan bilik Faiq.

"Faiq buat apa dekat atas tu?" soal Datin Farah sejurus sahaja mereka bertiga turun ke bawah.

"Dia tidur dalam gelap, aunty. Lepas pujuk banyak kali baru nak keluar." ucap Zarith.

"Aunty masak apa tu?" soal Adrian sambil berjalan ke dapur.

"Masak kari daging aje. Nanti makan la dulu sebelum keluar, dah siap pun." pelawa Datin Farah sambil menghidangkan lauk di atas meja makan.

"Boleh aunty! rezeki jangan ditolak orang kata!" Aril bergurai. Pecah tawa Datin Farah dibuatnya.

"Haa ngumpat aku ke?" sampuk Faiq yang baru turun. Dia mengambil tempat di sebelah Zarith.

"Tak ada masa hokeh! baik aku makan lagi bagus!" sangkal Adrian laju.

"Bodek!" sakat Faiq lagi.

"Sudah la tu Faiq, ni kamu berempat nak pergi mana?" soal Datin Farah.

"Rafflesia, ma." jawab Faiq. Datin Farah mengangguk sahaja.

Kalau diikutkan hati memang malas dia mahu keluar namun selepas disogok pergi ke Rafflesia, terus mahu. Sebabnya di sana, dia dapat
menghilangkan tekanan. Yang kedua, itu adalah tempat pertama dia keluar berdua bersama Elena. Faiq oh Faiq...

"Aku taknak drive." ucap Faiq sejurus sahaka mereka keluar rumah. Dia terus mengambil tempat di tempat duduk pemandu. Aril dan Zarith sudah berlari ke tempat duduk belakang.

"Aku lagi aku!!" rungut Adrian sambil menghidupkan enjin keretanya.

×××
last chapter before i'm leaving for holiday, and selamat hari raya aidiladha everyone, adios ✿✿ヽ(゚▽゚)ノ✿

anyone who interested with bbbg's group chat, click link kat my bio.

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang