"Any explanation? Alana Sofea?" soal Melissa. Terkejut beruk dia dibuatnya apabila Alana masuk ke Nanda Chicken bersama Aril yang diikuti Faiq, Zarith dan Adrian. Sekarang mereka berlapan di meja panjang Nanda Chicken, memerlukan penjelasan daripada Alana dan empat jejaka itu.
"Aku almost kena rompak tadi. And kebetulan Aril ada waktu tu...." pernyataan Alana mengejutkan mereka bertiga.
"How?"
"Macam ni...."
FLASHBACK
Terkocoh kocoh dia keluar daripada rumah dan menuju ke keretanya dan terus meninggalkan kawasan perumahannya. Inilah akibatnya bila dah berjanji lepastu pergi tidur balik.
Dia memandu sehinggalah memasuki lebuh raya. "Adui sakit pula mata ni.. habuk mana berani datang ni?!" bebel Alana keseorangan. Matanya ditenyeh tenyeh sambil melihat cermin.
Eh?
"Motor ni daripada tadi duduk belakang aku ni apesey? apa function beli motorbike kalau tak pecut? duh!" Alana membebel lagi. Dia kembali fokus kepada pemanduannya.
Setibanya di Publika, tempat letak kereta rata ratanya penuh. Terpaksa dia parking di basement. Selesai dengan parking, terus dia berjalan laju ke lif.
"Argh!" terjerit Alana dibuatnya apabila satu motorbike menghampirinya dan hampir melanggarnya. Bagpack di belakangnya menjadi sasaran. Oh ini dah jadi kes ragut ni!
Aril POV
"Duh duh, dah lambat! ada yang aku kena bebel kejap lagi ni." bebel Aril sambil terkocoh kocoh mengunci keretanya.
"Eh tu bukan Lana ke.... biarlah, dia bukannya suka aku lagi pun!" Aril terus melangkah masuk ke lif. Selangkah ke hadapan....
"Argh!" eh macam suara Alana je ni. Dia menoleh, alamak.
"Woi!" Aril terus mendapati Alana yang sedang bergelut dengan si peragut. Sejurus sahaja Aril mendapati Alana, peragut tadi sudah meninggalkan mereka berdua.
"Kau okay Lana?" soal Aril laju. Alana bagaikan dipukau. Dia kaku di tengah jalan.
"O...ok..okay.. aku okay." Alana terus berjalan perlahan meninggalkan Aril. 5 langkah, dia terjatuh namun pantas disambut Aril.
Mengalir air mata Alana di pangkuan Aril. Belakang Alana diusap usap perlahan oleh Aril.
"Asal ni bro?" kelihatan Faiq bersama Adrian dan Zarith menuju ke arah mereka.
"Alana kena ragut." jawab Aril. Terkejut mereka berempat dijadinya.
"Kau sorang sorang ke Lana?" soal Zarith pula. Alana mengangguk.
"Buat apa kat sini?" soal Adrian pula. Dah ada gaya wartawan dah.
"Lunch dengan yang lain." Alana menjawab. Sepatah di tanya, sepatah dijawab.
"Jom la, kita orang iring kau pergi dekat member kau." ucap Faiq lalu mereka berlima melangkah ke lif.
FLASHBACK END
"Kau ada luka apa apa tak?" Ariana menyoal.
"Kau dapat cam tak orang tu?" Melissa pula menyoal. Elena sahaja yang kekal diam daripada tadi. Kekok jadinya.
"Okay je, cuma jadi fobia sekejap. Aku tak dapat cam orang tu, dia tutup muka. Nombor plat pun aku tak perasan. Yang aku tahu, dia follow aku since aku masuk highway lagi. Time tu tak ada la syak apa apa." panjang Alana bercerita.
"Balik la Lana. Rasa tak selamat pula, orang tu mesti dah tahu kau dekat sini. Jom, kita orang escort kau balik." ucap Elena. Dia sudah bangun daripada tempat duduknya.
"Tapi makanan?" soal Alana.
Elena terdiam. "Ikut kau orang la, aku nak balik. Tak sedap badan." dia terus keluar daripada restoren tanpa menunggu yang lain.
"Er.. kita orang balik dulu. Makanan ni, kalau nak, makan lah. Dah bayar pun tadi." pamit Ariana lalu mereka bertiga meninggalkan kedai.
👑👑👑
Malam terakhir sebelum dia meninggalkan banglo keluarganya, pintu closet dibuka besar besar. Time to packing. Dua luggage besar dihamparkan di atas karpet bulu di hadapan closet.
"Malas!" rungutnya. Telefon di atas katil diambil. Group chat mereka berempat dibuka.
g o s s i p 🙆
Ariana Affiera
skype jom 🙌busy packing la sis
Melissa Kayla
aku punAlana Sofea
aku punAriana Affiera
hur hur hur, aku pun....
haa! sambil packing sambil skype!
nak?jap ambil laptop, kau call
Macbook di meja belajarnya diambil lalu diletakkan di atas katil. Laman web Skype dibuka, email dimasukkan. Tak sampai 3 minit, dia menerima panggilan daripada Ariana.
Tersembul wajah 3 rakannya. Masing masing menunjukkan luggages masing masing."Aku taktahu nak bawak apa!" rungut Melissa.
"Bawa je satu almari. Macam aku ni ha." Alana memberi cadangan.
"Weh agaknya banglo tu besar mana eh?" soal Ariana sambil melipat bajunya.
"Mesti lah besar, sebab dia orang sumbat semua anak anak kat sini. Kau Aryn, dah 3 orang dengan kembar tu. Lana dengan Mel pula dengan adik korang yang kecil tu, aku pula dengan Elysa, tu pun dia masuk lagi 2 minggu, camp tak habis lagi."
"Harap harap besar lah. Aku taknak bersempit! ceh!" ucap Melissa. Gurau gurau!
"Bersyukur la sikit cek mek!" perli Alana.
"Bersyukur la ni, gurau je..." balas Melissa siap memuncung.
"Eh by the way Lana, apa first expression kau bila nampak Aril ek tadi?" soal Ariana. Elena dah tarik muka, meluat.
"Entah, mungkin sebab time tu aku shock lagi dengan si peragut tu. Aku pun tak kan lah nak bajet sangat taknak terima pertolongan dia. So... camtu camtu jelah...." terang Alana.
"So let just end it there. Jangan nak terbawa bawa ya." ucap Elena serious. Why so serious Elena?
"Lek lek... packing cepat. Esok nak pergi dah oii!" ucap Melissa memberi peringatan.
Masing masing mulai menyambung packing sehingga tertidur... kroh kroh.
×××

ANDA SEDANG MEMBACA
bbbg | ✔
Teen Fiction☠️ | of 8 highschoolers ; elena, ariana, melissa, alana, faiq, zarith, adrian and aril - playing with guns instead of mathematics questions. 💣 logically, no one could survive, but miracally - a true friendship can.