#18

7.5K 648 15
                                    

Selepas 2 jam lebih perjalanan, akhirnya dua rombongan bas cik kiah daripada Victon High School tiba di Victon Camp Centre yang terletak di Janda Baik. "Okay semua kita sudah sampai di Blydes Camp Centre, Janda Baik." umum Madam Linda sewaktu bas sudah berhenti.

"Mana janda nya cikgu?" soal Azrai dengan nada mengusik.

"Eva la janda nya!" sampuk Ariana lalu terkekeh kekeh semua ketawa.
Baru Eva mahu membuka mulut membalas, Madam Linda awal awal lagi menahan.

"Dah dah, kalau kamu dah buka mulut Eva sampai esok belum tentu awak tutup. Kamu semua dah boleh turun sekarang dan beratur di hadapan bas."arah Madam Linda.

10 minit kemudian, semua pelajar sudah beratur mengikut puak masing masing. #huahuahua

"Okay sekarang saya nak kamu semua bahagi bahagi kumpulan. Setiap kumpulan mesti ada 8 orang, 4 lelaki dan 4 perempuan."

Empat gadis itu termangu sahaja,mereka bukan rapat mana pun dengan budak lelaki Victon ni.

"Faiq kita satu kumpulan ya?"soal Eva kepada Faiq yang sedang berdiri bersama tiga jejaka yang lain.

"Er ak-"

"Pembahagian kumpulan sudah tamat. Sila beratur mengikut kumpulan masing masing sekarang." arah Madam Linda tegas. Faiq memandang yang lain dengan muka pasrah lalu dia mengangguk.

Empat gadis itu pula memandang semua pelajar, kelihatan tiada saki baki pelajar lelaki yang tiada kumpulan. "Seems like it's only 4 of us." ucap Elena.

"Elena? tak ada kumpulan?"soal Madam Linda.

"Tak laku la tu." sampuk Rania. Rambutnya dipintal pintal, dasar diva karat.

"Amboi amboi, mulut busuk ada hati nak kutuk aku." balas Melissa geram. Penumbuk dihala ke arah Rania dihadapannya.

"Tak ada kumpulan, Madam. Kami berempat pun dah cukup." ucap Elena.

"Atleast tak batak suruh lelaki masuk kumpulan uhuk terperli." ucap Ariana pula disusuli gelak syaiton Alana.

👑👑👑

Seperti yang diarahkan tadi,semua pelajar sudah siap berkumpul di dewan untuk aktiviti seterusnya.

"Mana Eva dan Hana?"soal Madam Linda. Semua menggeleng taktahu.

"Tidur kot tu, tak apa Madam. Biar saya pergi kejut!" kejut nya pasti ada makna lain. Elena terus bergerak ke khemah nya sebelum ke khemah Eva. Bahan bahan yang diambil sebelum bergerak ke camp centre dibawa sekali. Tak lupa juga satu tong air.

Plastik bahan bahan dibuka, tersenyum dia melihat mini katak dalam 10 ekor itu. Perlahan lahan dia membuka zip khemah Eva. Dilepaskan satu persatu katak di tempat tidur Eva. Satu katak disangkut di zip khemah. Selesai,dia terus mengzip kembali khemah Eva. Botol air pula diletakkan betul betul di atas zip kedua khemah iaitu di bahagian atas khemah. Penutup botol air dibuka.

Eva di dalam khemah mulai tergaru garu di bahagian telinga. "Aduh Nia apa ni gentel gentel telinga aku." rungut Eva dengan matanya masih terpejam. Namun tiada sahutan daripada Rania yang tidur di sebelah kanannya.

Perlahan lahan dia membuka mata lalu diambil nya cermin untuk melihat telinganya.

1

2

3

"WAAAARGH!"

bbbg | ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang